Friday, 13 August 2010

Lawatan MB ke Parlimen Sekijang


Pada 10hb Ogos sehari sebelum umat islam diseluruh negara berpuasa, Dato Hj Abd Ghani Bin Othman sempat meluangkan masa melawat parlimen sekijang dalam usaha beliau untuk mendekati rakyat dinegeri johor dan secara langsung mendengar permasalahan rakyat.

Gambar: 2 Unit Kerusi Roda Sumbangan Pemuda UMNO Bhg Sekijang...

Pemuda UMNO Bhg Sekijang turut sama menghadiri dan mengiringi beliau melawat dan bertemu rakyat. Beberapa program telah dapat dilaksanakan.

Walaupun menyatakan akan berangkat awal pulang ke johor bahru, namun atas semangat dan rasa sayang kepada masyarakat, beliau sanggup meluangkan lagi masa sehingga hampir jam 6 ptg disini.


Dan semasa lawatan di Felda Pemanis 2, Pemuda Bhg sempat menyumbangkan 2 buah unit kerusi roda kepada warga kurang upaya di sana dan disampaikan sendiri oleh YAB MB kepada penerimanya. Terima Kasih Dato....

Sunday, 20 June 2010

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Tahunan Pemuda UMNO Sekijang 2010

Mesyuarat Perwakilan Tahunan Pemuda UMNO Sekijang yang telah selamat diadakan pada 19 Jun 2010 yang lalu di Dewan Sekolah Menengah Vokasional, Segamat.



Saturday, 1 May 2010

Pentas Pemuda Sekijang Kembali lagi....



Salam Semua. Pentas Ceramah Pemuda UMNO Bhg Sekijang kini kembali seperti yang dijanjikan. Kali ini Pemuda Menjemput YB Senator Ezam Md Noor untuk beraksi dan memberikan penerangan berkaitan dgn isu2 semasa terutama cerita 'Pengkhianat Negara' pada

Tarikh: 9 hb Mei 2010

Masa: Jam 9.00 Mlm

Tempat: Perkarangan Rumah UMNO Cawangan Sungai Segamat


Di Jemoput hadir beramai-ramai ke majlis ini. Terima kasih.

Lawatan Ke Pemuda UMNO Cawangan


Jemputan ke program-program cawangan sememangnya menjadi rutin mingguan pemuda UMNO bahagian sekijang. Terbaru kami telah dijemput menghadiri program maulidur rasul anjuran UMNO Cawangan Paya Besar dan juga Pertandingan Badminton anjuran Pemuda Felcra Sekijang.

Kemudian pada 8 April 2010, Pemuda Bhg telah mengadakan mesyuarat Exco bagi membincangkan persediaan menghadapi mesyuarat2 diperingkat cawangan dan juga bahagian di Rumah UMNO Cawangan Kg Melayu Bukit Siput. Sebelum mesyuarat dimulakan, pemuda telah mengadakan program Yassin Dan Tahlil yang dihadiri oleh penduduk setempat di surau bersebelahan dengan tempat mesyuarat diadakan.

Selang beberapa hari berikutnya, satu mesyuarat penajaan bagi pemuda UMNO Cawangan Kg Sulir telah diadakan dihadiri oleh Sdr Jamaluddin Rasip Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Dan Hari ini 1hb Mei 2010, pemuda akan berkunjung ke Felda Kemelah bagi meninjau gelanggang Futsal dibelakang Balai Raya Kemelah yang dikatakan telah usang dan perlu diperbaiki. Begitulah antara catatan perjalanan kami bersama rakan dan insyaAllah akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendekati pemuda2 di cawangan2, insyaAllah..

Sunday, 28 March 2010

Kursus Pemantapan Jatidiri Pemuda

Atas kesedaran bahawa Maklumat berkaitan dengan urusan kepartian dan juga isu2 semasa, Perhubungan UMNO negeri Johor telah mengaturkan kursus bagi semua UMNO bahagian termasuk sayap2 dibawah UMNO itu sendiri bagi memantap dan mencakna minda para pemimpin diperingkat akar umbi.

Tidak ketinggalan Pemuda UMNO Bhg Sekijang bersama dgn Ketua2 pemuda cawangan telah diarahkan untuk menghadiri kursus tersebut di kem batu 13 Bakri. Alhamdulillah seramai hampir 25 org telah hadir pada kurusus tersebut. Malangnya tak semua mereka adalah pemimpin akar umbi atau Ketua Pemuda Cawangan yang menjadi target group kursus ini.

Entah dimana silapnya atau generasi pimpinan hari ini, mereka masih menganggap kursus sebegini gagal menarik minat org muda utk hadir dan menyelami proses perjuangan UMNo itu sendiri. dari 33 cawangan yang ada di bahagaian Sekijang hanya 8 org Ketua Pemuda yang dapat hadir. Itupun kerana tertangguhnya kursus tersebut seminggu setelah dijadualkan pd asalnya hujung Februari 2010. namun apa pun tahniah kepada yg dapat hadir dan berkongsi pandangan dan maklumat sepanjang Kursus ini diadakan. Penambahbaikan dan usaha untuk mengenalpasti kelemahan prog seperti ini haruslah dilaksana demi keutuhan parti keramat kita ini.

Aktiviti Bersama Pemuda Cawangan

Pada 26hb dan 27hb Mac 2010 telah berlangsung pertandingan Carrom tertutup anjuran pemuda Cawangan Felda Kemelah Jaya di balairaya Cawangan bersama dgn ajk mereka.
Pertandingan secara liga yang melibatkan seramai hampir 50 orang daripada pelbagai peringkat termasuk wanita telah mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan.

Apa tidaknya rombongan Pemuda Bahagian terpaksa menunggu sehingga jam 12.30 malam untuk penyampaian hadiah kerana masing-masing hebat mempamerkan skill permainan masing-masing. Turt kelihatan Ayahnada Ketua Cawangan Sdr Hussin dan Bendaharinya Sdr Ayub yang tidak letih menunggu bersama sehingga ke akhir majlis.

Tahniah kepada Pemuda Cawangan Kemelah Jaya yang diterajui oleh Sdr Azmi dan Sdr Yusuf. Laksanakanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kpd sdr berdua bagi memastikan kesinambungan pimpinan pemuda akan dapat diteruskan pada masa2 mendatang.
Sebelum itu Ketua Pemuda sempat bermain badminton persahabatan dengan Ketua Cawangan dan Pemuda Felcra Sekijang sempena Pertandingan Akhir Terbuka Anjuran Belia Kg Sekijang. Tahniah juga Kpd Sdr Baharom Pengerusi Belia Kg Sekijang yang telah menjayakan pertandingan selama hampir 2 minggu tersebut.
Aktiviti ini yang dilihat saban malam dilaksanakan telah menrik perhatian masyarakat untuk sama2 berkumpul menyaksikan permainan ini. Mungkin rahmat Malaysia menjadi Johan All England oleh Dato Lee Chong Wei maka permainan ini kini mula mendapat tempat untuk dipertandingkan.

Pertandingan Futsal Biro Kebajikan Dan Sosial Pemuda Bhg

Pertandingan Futsal anjuran Biro Sosial Dan Kebajikan di Gelanggang Futsal Bandar Putra telah menarik hampir 20 pasukan untuk menyertainya pada 20 dan 21hb Mac 2010 yang lepas.


Tahniah kepada sdr Saleh dan juga barisan ahli jawatankuasanya tang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini. Perasmian dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Adun Kemelah YB Sdr Ayub Bin Rahmat pada sebelah petang selepas tamat pertandingan.

Sunday, 21 February 2010

Kursus Pengurusan Dan Solat Jenazah

Tanggal 21 Februari 2010,di Kampung Melayu Raya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dibawah Biro Pendidikan yang dipimpin oleh Sdr Ahmad Shamsul Bin Tumijan, telah pun melaksanakan satu program fardhu kifayah iaitu kursus pengurusan dan solat jenazah bersama Ustaz Abd Latif yang didatangkan khas dari Rumah Mayat Hospital Segamat.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shamsul dan juga barisan kepimpinan biro seliaan beliau yang berjaya mengubah mentaliti yang biro pendidikan tidak terbatas hanya memikirkan program berkaitan dgn alam persekolahan sahaja. Ia mencakupi sehingga ke program berbentuk ilmiah agama seperti hari ini.

Terima kasih juga kpd Tuan Rumah khasnya orang kampung Melayu Raya yang sudi 'dimandi' dan 'dikafankan' oleh Ustaz Latif dalam usaha untuk memaham dan mempelajari selok-belok pengurusan jenazah ini.

Dengan jumlah peserta seramai hampir 60 orang, kursus ini diharap dapat menjadi medan pembelajaran ilmu fardhu kifayah yang sememangnya generasi muda seperti kita dituntut untuk belajar dan mengetahuinya. Syabas kepada semua yang terlibat.

Kemudian selepas selesai program ini, kesemua exco pemuda yang turut hadir pada program ini telah beramai-ramai hadir ke majlis kenduri kahwin salah seorang ahli pemuda cawangan di kampung Sri Dagang. Meriah sungguh majlis ini kerana mereka diraikan oleh kumpulan rewang pemuda cawangan seramai hampir 15 org membantu melicinkan perjalanan majlis pada hari ini.

Apa yang menarik ialah mereka mengamalkan konsep hidang dimana konsep ini diketahui hampir pupus amalannya diganti dgn kaedah makan secara buffet. Seronok dan kami sempat berbual dan mendengar beberapa perkara berkaitan cawangan bersama Ketua Pemuda Sdr Omar dan Ketua Cawangan Sdr Abu Noh. Tahniah juga kepada kumpulan kugiran Kg Sri Dagang yang dipimpin oleh Sdr Naib Ketua Pemuda Cawangan tersebut. Terima Kasih Sahabat atas layanan yang telah diberikan....

Thursday, 18 February 2010

Siapa Ahli2 Parlimen Australia ni Sebenarnya?



Menurut Sdr Lokman Adam, Exco pemuda UMNO Malaysia...

'Michael Danby MP Port Melbourne,Victoria.Kawasan Parlimen beliau merupakan kawasan yg punyai paling ramai pengundi dari golongan gay, lesbian dan yahudi. Danby masa di University of Melbourne merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Yahudi. Beliau merupakan pejuang gay, lesbian dan Yahudi yg banyak mempengaruhi Paul Keating dan Bob Hawke supaya ... See moremengecam Tun Mahathir. Ini adalah krn Tun M lantang pertahan Palestin dan menentang kekejaman Israil.Danby sebelum jadi MP pernah jadi editor akhbar Australia-Israel Review. Bagi membuktikan ketegasan beliau sbg penyokong gay dan lesbian, Danby telah melantik Adam Carr, seorang gay dan aktivis gay/lesbian sebagai Pegawai Khasnya. Adam adalah bekas editor Majalah Homoseks Australia. '

Maka tak hairanlah kalau mereka semua menyokong Anwar. Di Australia meliwat bukan suatu kesalahan. TApi kita nak ingatkan mereka, ini Malaysia, bukan Australia.


Ucapan penerangan beliau semasa Penyerahan Memo Bantahan Kepada Kedutaan Australia oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 17/2/2010 di Jalan Yap Kwan Seng.

Tindakan segelintir ahli parlimen australia tersebut menampakkan bahawa ada segolongan rakyat malaysia yg menjemput campurtangan asing ke dalam pentadbiran Msia.

Sejarah telah 'mengajar' kita berkenaan perkara ini, dan akibatnya amat buruk jika dibiarkan.

1. Kehadiran Francis Light dan penjajahan KHTI ke Pulau Pinang.
2. Kehadiran kuasa portugis di Melaka.
3. Pelantikan Residen Inggeris di Negeri2 Melayu Bersekutu & Tidak Bersekutu
4. Pelantikan Konsul General di Johor
5. Pen'jemputan' kuasa belanda bagi mengekang kuasa portugis di melaka.
6. Pemerintahan generasi brook di swak.
7. Penjemputan kuasa AS ke bumi iraq & afghanistan.
8. 'Pengiktirafan' pembentukkan MPAJA dalam melawan Jepun, sehingga menyebabkan MPAJA mengganas selepas Jepun menyerah diri.

Jalan penyelesaian diplomatik

Syorkan kepada mereka untuk melantik peguam (yg non political sided) untuk mewakili mereka sebagai 'watching brief' dalam perbicaraan kes itu, tertakluk kepada kebenaran Mahkamah atas locus mereka.

Kes Liwat ANWAR: Dari Kaca Mata Seorang Peguam

Seksyen 377B KK menyatakan:

Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

Contoh kes dalam pertuduhan ini adalah sebagaimana berikut :-

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

RAYUAN JENAYAH NO: B – 09 – 5 – 2008

ANTARA

ABDULLAH BIN MOHD ISA PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA RESPONDEN

KORUM:

1. Korum : Y.A. Datuk Haji Suriyadi bin Halim Omar, HMR

Y.A. Dato’ Hasan bin Lah, HMR

Y.A. Dato’ Ahmad bin Haji Ma’arop, HMR

2. Peguam Perayu/OKT : Tidak hadir.

3. Timbalan Pendakwa Raya : Munahyza binti Mustafa

RAYUAN:

Ini adalah rayuan Perayu/OKT terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Januari 2008 yang mengekalkan sabitan Perayu/OKT terhadap 3 kesalahan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan dan mengekalkan hukuman penjara 15 dan 17 tahun berjalan serentak dan penjara 20 tahun berjalan berturut-turut tetapi mengurangkan jumlah keseluruhan sebatan daripada 30 sebatan kepada 20 sebatan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH:

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan perdengaran rayuan Perayu/OKT ke tarikh 24 MEI 2010 kerana Notis Bicara hanya dialamatkan kepada Perayu/OKT di penjara tetapi tidak dialamatkan kepada peguam Perayu/OKT yang baru dilantik. Mahkamah Rayuan tidak mempunyai notis tentang perlantikan peguam itu.

TARIKH KEPUTUSAN : 19 JANUARI 2010

TARIKH AKHIR PENFAILAN NOTIS RAYUAN : Tidak berkaitan.

PERTUDUHAN:

Pertuduhan Pertama Pindaan

Bahawa kamu pada 8 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Kedua Pindaan

Bahawa kamu pada 10 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Ketiga Pindaan

Bahawa kamu pada 12 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

FAKTA KES:

a) Perayu/OKT telah meliwat mangsa PW1 yang baru berumur 18 tahun pada 3 malam yang berbeza dalam tempoh seminggu PW1 bermalam sebilik dengan Perayu/OKT di rumah yang disediakan oleh majikan mereka. Tidak tahan diperlakukan begitu, PW1 telah mengadu kepada PW3 yang kemudiannya memberitahu PW6. PW6 kemudiannya telah mengambil PW1 dari rumah tersebut dan membawa PW1 membuat laporan polis.

b) Perayu/OKT pada awalnya dituduh di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan tetapi di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen telah meminda pertuduhan daripada seksyen 377C kepada seksyen 377B dan memanggil Perayu/OKT membela diri di bawah Seksyen 377B Kanun yang sama. Di akhir kes pembelaan, Perayu/OKT telah disabitkan bersalah terhadap 3 pertuduhan di bawah Seksyen 377 B dan dihukum seperti berikut:

i) Pertuduhan Pindaan Pertama: penjara 15 tahun dan 10 sebatan;

ii) Pertuduhan Pindaan Kedua: penjara 17 tahun dan 10 sebatan;

Kedua-dua hukuman Pertuduhan Pertama dan Kedua berjalan serentak; dan

iii) Pertuduhan Pindaan Ketiga: penjara 20 tahun dan 10 sebatan;

Hukuman bagi Pertuduhan Ketiga berjalan berturutan selepas pelaksanaan hukuman-hukuman lain yang dijatuhkan terhadap Perayu/OKT.

c) Tidak berpuashati terhadap keputusan itu, Perayu/OKT merayu ke Mahkamah Tinggi.

d) YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan tetapi mengurangkan jumlah sebatan daripada 30 menjadi 20 sebatan berdasarkan seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah.

e) Perayu/OKT masih tidak berpuashati dengan keputusan itu lalu merayu ke Mahkamah Rayuan.

HUJAHAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA:

Seperti dilampirkan.

HUJAHAN PEGUAMBELA RESPONDEN:

Tiada

ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH:

Tiada.

CADANGAN TPR:

Tidak berkaitan.

Disediakan oleh:

(Munahyza binti Mustafa)

Peguam Kanan Persekutuan / Timbalan Pendakwa Raya

Unit Rayuan

Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan

Pertuduhan telah dikemukakan kepada YB DSAI, di bawah seksyen ini, yang mana SP1 iaitu pengadu sedang dalam proses memberikan keterangan sebagai Keterangan Utama dalam Pemeriksaan Utama. Bukanlah niat menulis di sini untuk menyentuh persoalan berkaitan dengan fakta kes, tetapi terpanggil untuk menulis sedikit makluman, memandangkan terdapat rakan-rakan yang bertanyakan secara sinis berkaitan dengan laporan akhbar yang menyentuh persoalan ‘seksualiti’ dalam keterangan Saudara Saiful.

Hendaklah kita ambil perhatian bahawa selagi mana kes dalam proses perbicaraan, kita sebagai orang awam, adalah lebih baik, teratur dan wajar agar tidak membuat komen atau telahan berkenaan dengan intipati keterangan, memandangkan proses Pemeriksaan Balas (cross examination) oleh barisan peguam yang bijaksana mewakili YB DSAI masih belum bermula. Secara umum, apabila seorang saksi member keterangan di mahkamah, ianya akan dimulakan oleh pihak yang membawa saksi ini ke mahkamah untuk Pemeriksaan Utama (Examination in chief), dan dalam proses ini, akan mengemukakan fakta yang diadukan, dan menandakan barang kes, termasuk juga menunjukkan tempat kejadian (jika berkenaan) serta mengenalpasti apa-apa fakta yang berkaitan, termasuk mengecamkan pelaku. Kemudian, saksi akan disoal balas (cross-examined) untuk 3 tujuan utama, menyangkal keterangan awalnya, meletakkan keterangan pembelaan dan juga mencabar (impeache) kredibiliti saksi. Selepas proses ini selesai, maka beliau akan disoal semula dalam re-examination untuk ‘membetulkan dan menjelaskan’ kesan dari soalan-soalan balas.

Dalam pertuduhan melibatkan kesalahan seksual, pengadu akan memberikan keterangan , sememangnya spesifik dan secara terperinci berkenaan perlakuan yang dilakukan (dan sememangnya cerita seks). Seperti contoh, mengecamkan dan mendeskripsikan tentang ciuman, kemaluan, cara kemasukan, rasa akibat kemasukan, kesan akibat kemasukan, apa yang dibuat sebelum dan selepas kemasukan, dan sebagainya. Sebab itulah, apabila keterangan ini dikemukakan, ianya dibuat secara tertutup (in camera). Maknanya, hanya pihak berkaitan sahaja yang akan ada dalam bilik mahkamah untuk mendengar keterangan ini. Lain-lain orang akan diperintahkan keluar dari bilik mahkamah, sehingga ianya selesai. Keadaan ini biasa berlaku dalam perbicaraan kes seksual. Kita jangan sempitkan pemikiran bahawa saksi menceritakan sesuatu yang memalukan, dan takkan lah ianya berlaku. Apa yang perlu kita letakkan dalam pemikiran mestilah menjurus kepada prosedur bahawa aduan telah dibuat, pelaku telah disiasat, pihak pendakwaan telah mengumpulkan bahan bukti, pihak pendakwaan juga merekodkan pernyataan saksi sama ada di bawah seksyen 112 dan/atau 113 kanun acara jenayah. Pihak pendakwaan juga telah merekodkan bukti-bukti dalam kertas siasatan dan mengemukakan pertuduhan di Mahkamah. Proses mahkamah akan dilaksanakan dengan mengemukakan bahan bukti. Dalam perbicaraan, Orang Kena Tuduh (OKT) akan mencabar dan cuba menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan. Mahkamah akan membuat keputusan sewajarnya. Kalau difikirkan secara politik, sudah tentu penyokong OKT akan ‘mati-mati’ mengatakan OKT tidak bersalah. Ini perkara biasa.

Menyentuh soal perbicaraan, ia ada tatacaranya. Dalam perbicaraan, ia adalah peperangan. Ada taktik. Ada muslihat. Ada prinsipnya. Ada kod etika nya.

Dalam kes YB DSAI, dari peringkat permulaan, barisan peguam beliau, telah membuat permohonan demi permohonan, yang mana pada pendapat saya, memang berasaskan kepada prinsip pembuktian, tetapi ia berlapikkan taktikal untuk tujuan sebagaimana berikut :-

(a) Mencabar keputusan hakim dalam perkara awalan (preliminary)

(b) Menarik masa perbicaraan agar barisan pembelaan ‘cukup’ masa untuk membuat sesuatu dalam kesnya

(c) Melengahkan perbicaraan untuk ‘meluputkan bahan bukti’.

(d) Menimbulkan tidak puas hati atau kemarahan hakim bicara

(e) Melengahkan masa perbicaraan, untuke menunggu pilihanraya baru.

(f) Dll

Dalam proses perbicaraan juga, bantahan-bantahan dikemukakan, dengan nada dan pilihan ayat yang kadang kala tidak sopan, dengan tujuan membangkitkan kemarahan hakim, kerana apabila hakim tersilap dalam perbicaraannya, ia adalah asas kepada rayuan, dan juga asas untuk menukar hakim (recuse) seperti mana yang sedang dilakukan sekarang.

Apa yang berlaku sekarang adalah pihak barisan peguam YBDSAI telah membuat pelbagai permohonan, dan rayuan tiga (3) lapis sehingga ke mahkamah persekutuan, dan menggunakan alasan ‘pending appeal’ untuk menangguhkan perbicaraan. Tetapi di prosiding sebelum ini YA Hakim Bicara telah menolak permohonan penangguhan, sementara menunggu keputusan rayuan OKT di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah telah meneruskan dengan bicara saksi pertama. Kemudian apabila kes berjalan , pihak peguam DSAI telah menimbulkan isu berkenaan dengan perkataan ‘lagi’ dan ‘tindakan wartawan mengambil gambar’, yang mana ‘katanya’ YA Hakim telah membuat ‘ruling yang berkaitan’. Atas ‘ruling’ berkenaan, maka barisan peguam DSAI telah membuat permohonan untuk ‘recuse’ YA HAKim Bicara. Permohonan ini terpaksa dijalankan kerana ia menyentuh persoalan pokok prinsip keadilan. Kesannya, kes ini tertangguh lagi.

Kesan dari permohonan ini juga ada dua , sama ada YA Hakim akan menarik diri dari mendengar bicara ini atau meneruskan. Kalau meneruskannya, sudah pasti rayuan akan dibuat ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (ambil masa lagi). Dalam keadaan ini, sukar untuk hakim bicara meneruskan bicara, kerana kalau Mahkamah atasan membenarkan permohonan recuse ini, maka apa akan jadi kepada keterangan yang direkodkan oleh Hakim Bicara itu. Kalau ditukar hakim, memang akan tangguh lagi, sebab nak tetapkan hakim baru dan untuk hakim baru membaca nota prosiding, agar tidak berlaku pertelingkahan ruling. Secara amnya, kes akan ditangguhkan lagi.

Apabila kes ditangguhkan, maka masa akan berjalan. Pihak politik DSAI bersiap sedia menggunakan isu ini untuk ‘point utama’ dalam rally kempen pilihanrayanya kerana isu ini melangkaui kemunasabahan orang-orang atas pagar. Dan inilah yang ditunggu-tunggu untuk merampas putrajaya. Apabila ini berlaku, maka ‘mungkin’ sesuatu akan dilakukan terhadap kes ini (mana la kita tahu, sebab mereka mungkin terdesak untuk melakukannya).

Justeru itu, apa yang saya boleh katakana, bahawa pihak DSAI telah membuat persediaan dan perancangan yang sangat kemas dan teratur serta teliti. Beliau telah mendasarkan perancangan beliau dengan mengambilkira semua pihak, dari segi politik, undang-undang dan psikologi kempen pilihanraya. UMNO dan BN jangan lah leka. Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Read between the line, kerana UMNO dan BN bukan menghadapi lawan yang bodoh, tetapi lawan tinggi ilmunya yang sering diperlihatkan sebagai bodoh. DSAI tahu dengan mendalam semua rahsia orang UMNO dan BN. DSAI juga mengetahui strategi UMNO dan BN, kerana beliau antara orang yang mencernakannya dahulu. DSAI juga mengetahui perhal PR. Beliau mengetahui semuanya. Beliau juga mempunyai sokongan moral, kewangan dan modal insan untuk terus menongkah ke atas.


Wallahu a'lam.

Monday, 8 February 2010

KPI Pemuda UMNO Bhg: Roadshow Program Jom Daftar

Setelah mendapat arahan drpd PPU malaysia agar memastikan proses pemutihan Ahli UMNO diperingkat Pemuda dilaksanakan, Pemuda Sekijang telah mengambil inisiatif utk menggerakkan Biro Keahlian Dan daftar Pemilih lebih proaktif.

Atas semangat itu juga, pengerusi Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih yang diketuai oleh Sdr Mohd Ridhuan Yunus telah bergerak dalam siri Roadshow beliau ke cawangan-Cawangan, program2 UMNO dan kampung utk bersama dgn mereka dalam membantu proses pemutihan ahli dan juga pendaftaran ahli baru. Beliau juga telah menyediakan senarai nama kepada semua cawangan dgn nama ahli pemuda yang masih belum berdaftar dgn SPR. Nama2 ini akan diserahkan kpd ketua2 Pemuda Cawangan agar mereka dapat mengenalpasti dan seterusnya bantu mereka berdaftar dgn SPR.

Dlm Roadshow ini juga, pendaftaran pengundi Muda menjadi keutamaan dan penambahan keahlian UMNO juga mendapat perhatian golongan muda yang ingin bersama dengan parti keramat ini. InsyaAllah, kita akan teruskan usaha ini. Salam Perjuangan

Dalam pada itu, pada hari ahad lepas satu program gotong royong membersih dan mengecat semula astaka di padang Kg Pogoh telah dilaksanakan oleh pemuda Cawangan Pogoh 2 yang diketuai oleh KP Sdr Iswadi Ahmad. Beberapa org Exco PPUB turut hadir bersama dgn mereka.

Saturday, 23 January 2010

Sembah Takziah Daripada Warga PPUB Sekijang



Sembah takziah dari seluruh Rakyat Jelata di dalam Parlimen Sekijang terutama Orang Muda dan PPUB Sekijang Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman... Al-fatihah...

Belagsungkawa

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

- Bernama

Wednesday, 20 January 2010

Aktiviti Org Muda - Tarik Tali Di Medoi

Petang Sabtu Lepas, walaupun agak letih setelah melalui beberapa aktiviti sepanjang hari, ketibaan rombongan PPUB ke Felda Medoi ternyata memberikan suasana seronok dan agak berbeza pada petang tersebut.

Ini kerana, hampir 60 orang yang majoritinya generasi kedua dan ketiga di Felda ini berkumpul ramai bagi menyaksikan dan menyertai aktiviti Org Muda iaitu Tarik Tali. Walaupun suasana yg asalnya tenang di padang tersebut, ketibaan mereka seawal jam 5 ternyata meriuhkan suasana.


Tali yang direntang ditengah padang ditarik dan kelihatan beberapa org rakan yang keletihan apabila saingan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain agak sukar. Ada yang hampir kejang kaki akibat menggunakan tenaga menarik dlm keadaan terlampau. Tapi inilah keseronokan bersama mereka. Saya ingin memuji kekuatan sdr rahim Md Esa anak kpd Ketua UMNO Cwgn di Medoi, yang ternyata dgn celoteh dan keupayaan PR beliau berjaya memeriahkan suasana pertandingan ini.

Tahniah kpd pemuda dan belia di sana. Kumpulan Ketua Pemuda Cawangan Sdr Sabri berjaya mendapat tempat ke 2. Dimaklumkan juga aktiviti secara santai sebegini telah dilaksanakan hampir setiap minggu walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi komitmen mereka yang menyertai dan keseronokan bersama mereka memang saya puji. Jika semua cawangan sebegini, saya yakin masyarakat akan lebih dekat dengan kepimpinan UMNO. Tahniah sekali lagi.

Wednesday, 6 January 2010

Pertandingan Futsal ( Bawah 15 Tahun & 18 Tahun )

PIALA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG
ANJURAN BERSAMA : BIRO PENDIDIKAN, BIRO SOSIAL & KEMASYARAKATAN DAN BIRO BELIA &
SUKAN


Tarikh : 19hb Disember, 2009 ( SABTU )
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Futsal Bandar Putra , Segamat


" PPUB Sekijang mengucapkan tahniah kepada para pemenang"


Posted by Picasa

Sunday, 3 January 2010

Isu Gula, Beban Musim persekolahan Dan Isu Kalimah ALLAH'



Salam perjuangan..salam satu malaysia. Pagi ini terpanggil untuk menulis setelah mendapat kiriman sms dihantar kepada saya "Seorang pelajar sk rendah kena bayar RM 67 buku kerja, RM 20 Yuran, Buku Tulis RM 24..total RM111 seorang! Bayangkan ada 3-4 orang anak lain, ditambah yang bersekolah menengah lagi, macam mana orang miskin dapat hidup? Gula dah naik harga semalam..waalupun 20 sen sekilo..kita tak tau apa barang lain nak naik lagi..apa dah jadi"

Walaupun dihantar tanpa nama dan ditujukan kepada saya, keprihatinan seperti ini wajar dihayati dan diterjemah bukan mengikut kata hati, tetapi menggunakan waras akal. Saya percaya bukan seorang dua rakan kita yang terbeban menjelang musim persekolahan bermula. Tidak kurang juga yang merasakan bila masuk je sekolah segala wang ringgit terpaksa dikeluarkan demi masa depan anak-anak. Mungkin dalam keadaan tertekan, apabila terdengar berita kenaikan arga gula, walaupun 20 sen beban berat tadi makin terasa dibahu mereka yang sememangnya kurang dari segi pendapatan.

Kadang-kadang kita alpha juga..hal sekolah anak-anak cukup kita berkira, tetapi dalam urusan hiburan seperti bil astro, urusan rokok dan sebagainya tidak pula kita terlalu berkira walhal pendidikan adalah perkara pokok dan asas yg perlu kita dahulukan. Enahlah, tapi kalau kita tanya dengan rakan kita yang berbangsa Tiong Hwa yang sememangnya pelajaran merupakan teras utama perbelanjaan mereka, kita pasti malu dan segan. Mereka menyimpan wang demi persediaan anak-anak bila tiba musim persekolahan. jarang kita dengar keluahan daripada mereka menjelang awal tahun. mereka sememangnya membuat simpanan khas untuk perkara-prkara melibatkan pendidikan anakanak. Amalan baik seperti ini wajar kita pelajari dan turuti. Jangan samapi kita asyik berbelanja kepada perkara yang kurang berfaedah dan ia menjadi beban kepada kita menjelang musim persekolahan anak-anak.

Namun, sebagai rakyat yangmarhaein kita faham bukan semua saudara kita senang dan mempunyai pendapatan untuk mereka simpan. Masih ramai yang mmerlukan pembelaan. Jesteru, di sini Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang memohon agar pentadbiran YAB Perdana Menteri yang memastikan rakyat didahulukan, agar melihat dan tmengkaji masa yang sesuai untuk menaikkan harga gula dalam keadaan musim persekolahan yang baru bermula. Sebelum membuat keputusan, kami yakin kepimpinan YAB PM tentunya boleh mengambil kira pelbagai faktor dan masa sebelum ianya dilaksanakan.

Apa yang penting kini, diperingkat akar umbi, ramai yang melihat dan bakal menilai apakah kepimpinan ini begitu erihatin tentang permasalahan rakyat. Kami PPUM Bhg faham akan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sekarang. Namun, berbaloikah kita kehilangan sokongan rakyat hanya kerana menaikkan harga gula dimasa dan suasana yang kurang tepat. Berbaloikah kita melihat, penilaian rakyat yang rata-ratanya masih belum sedar sepenuhnya hasrat kerajaan bagi memastikan pengambilan gula dikurangkan atas sebab kesihatan? sedangkan pembangkang terus mengeksploitasi isu2 seperti ini bagi kepentingan mereka.


Isu Penggunaan Kalimah ALLAH

Kepada barisan pimpinan sekelian..isu penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh Herald Tribune Sarawak baru2 ini begitu mengguris perasaan umat islam. Kalau dulu kami tak pernah dengar perkara-perkara seperti ini berlaku. Adakah memang benar kehendak Allah, sudah tiba masanya Islam begitu diletakkan dalam keadaan hina kerana sikap pemimpin melayu islam dan ulamak yang sekadar hanya suka bercakaran sesama sendiri dan lbih suka menumpukan isu politik dan perjuangan parti daripada menjaga erpaduan dan kekuatan ummah.

Alhamdulillah malam tadi selepas program Ceramah Rakyat, atas rasa keinsafan dan rasa tercabar, kami telah melancarkan tandatangan bagi menyatakan rasa kurang senang degn isu ini. Seramai hampir lima ratus orang menandatangani dokumen Menentang Penggunaan kalimah'ALLAH' oleh gama selain Islam. Dan Kita akan hantar bantahan ini kepada Mufti Kerajaan negeri Johor untuk tindakan lanjut.PPUM bhg juga seiring dengan badan2 NGO Islam lain di Malaysia menentang perkara ini. Dan Kita mengharapkan semua pihak agar mengambil peranan masing2 samada dalam konteks individu mahupun badan2 pertubuhan untuk bangun bersama membantah tindakan herald tribune ini yang kita anggap terlalu kurang ajar untuk mereka menggunakan kalimah 'ALLAH' ini dalam agama mereka.

Sdr bayangkan contoh kisah dibawah ini dibawakan oleh penceramah kita Sdr Lokman Adam malam tadi. Katanya Disekolah semasa belajar subjek pengetahuan Islam, anak kita diberitahu oleh guru 'Allah' menyuruh kita bersembahyang dimasjid secara berjamaah 5 kali sehari..kemudian semasa berbual dengan seorang rakan yang baru selesai belajar subjek pendidikan moral, kebetulan guru itu berbangsa kristian, menyatakan dalam pembelajarannya 'Allah' menyuruh sembahyang berjemaah sekali seminggu di gereja...tak ke haru dan peningnya kepala anak2 kita kelak...fikir2kan...janganlah esok..perkara seperti dalam gambar diatas dilakukan, kita orang2 islam masih lagi membiarkan kutukan dan kecaman yang berterusan tanpa ada rasa jihad dalam diri ini