Friday 21 January 2011

Bekas Bendahari Pemuda Labis: Calon BN Dun Tenang

Sekali lagi pengiktirafan diberi kepada Calon dikalangan orang muda. Kali ini ruang dan peluang diberi kepada bekas Penolong Bendahari Pemuda UMNO bahagian Labis. Calon BN ini juga mempunyai kelebihan lain, termasuk datang daripada keluarga besar di kawasan itu yang mana sudah pasti tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan pengundi kerana bapa beliau adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Labis, manakala bapa saudaranya pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian itu.

Mohd Azahar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan."Kita fikir dia (Mohd Azahar) amat sesuai dari beberapa sudut, antaranya dia seorang yang mempunyai kelulusan baik dan kedua dia ada pengalaman sebagai ADO Pentadbir Tanah dan peringkat daerah, jadi dia faham segala keperluan dari segi pentadbiran dan mempunyai hubungan baik dengan pegawai lain di kalangan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). Maknanya bila dia jadi wakil rakyat nanti, Insya-Allah dia mudah membuat urusan bagi pihak pengundi di kawasan dia dengan kerajaan kerana dia kenal secara peribadi pentadbir dalam JCS yang lain," Dato Seri Najib mengulas kenapa BN memilih Azahar sebagai calon pilihan.

Dari Segi Kelulusan beliau merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. Ini akan memberikan peluang kepada beliau untuk menunjukkan kemampuan orang muda bekerja dengan baik dan cemerlang dalam Dun ini.

Friday 7 January 2011

PRK N05 DUN Tenang : Pemuda Sekijang diberi tanggungjawab menjaga Peti Undi Labis!

Berikut adalah jadual giliran bagi AJK Pemuda Sekijang berada di Bilik Markas Peti Undi Dun Labis dan membantu aktiviti Kempen Pilihanraya :-


Ketua : Anuar Bin Abd Manap

Naib Ketua : Jamaludin Bin Rasip

Setiausaha : Mohd Redzuan Bin Mohd Yunos

Bendahari : Mohd Nor Saidil Bin Ibrahim

Ketua Penerangan : Hamzah Bin Abu Bakar

Ketua Bilik Markas Peti Undi Labis : Suratman Bin Aris


Tarikh /Hari

Butiran

Senarai Nama AJK

22/01/2011

Sabtu

Hari Penamaan Calon

Hamzah Bin Abu Bakar ( Ketua )

Mohd Fared Bin Mohd Said

Mohd Noor Bin Arif

M Zaki Bin Zakaria

23/01/2011

Ahad

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Mohd Jefri Bin Tusiman ( Ketua)

Mohd Noor Bin Arif

Noor Azam Bin Ismail

Md. Salleheen Bin Mohamad

24/01/2011

Isnin

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Sallehuddin Bin Masri ( Ketua )

Mohd Amin Bin Mukri

Sabri Bin Ahmad

Khairi Bin Ahmad

25/01/2011

Selasa

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Khairi Bin Ahmad ( Ketua )

Md Nor Saidil Bin Ibrahim

Asman Bin Biru

Mohd Jefri Bin Tusiman

26/01/2011

Rabu

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Mohd Amin Bin Mukri ( Ketua )

Asman Bin Biru

Sallehuddin Bin Masri

Sabri Bin Ahmad

27/01/2011

Khamis

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Md Salleheen B Mohamad (Ketua)

Khairi Bin Ahmad

Mohd Amin Bin Mukri

Mohd Nor Saidil Bin Ibrahim

28/01/2011

Jumaat

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Mohd Jefri Bin Tusiman ( Ketua)

Sallehuddin Bin Masri

Mohd Nor Saidil Bin Ibrahim

Md Salleheen Bin Mohamad

29/01/2011

Sabtu

Aktiviti Kempen Pilihanraya

Ahmad Shamsul B Tumijan(Ketua)

Mohd Redzuan Bin Mohd Yunos

M Zaki Bin Zakaria

Mohd Fared Bin Mohd Said

30/01/2011

Ahad

Hari Pengundian

Hamzah Bin Abu Bakar ( Ketua )

Mohd Redzuan Bin Mohd Yunos

Noor Azam Bin Ismail

Ahmad Shamsul Bin Tumijan

Monday 3 January 2011

Futsal Tertutup Zon 5 Pemuda Sekijang



Pembuka tahun 2011, Pemuda Sekijang meneruskan aktivitinya dengan mengadakan sekali lagi pertandingan futsal pada 01hb Januari, 2011.Tetapi, pada kali ini giliran pemuda di dalam Zon 5 pula.Pertandingan yang dinamakan Futsal Tertutup Zon 5 PPU Bahagian Sekijang ini dianjurkan bersama Persatuan Belia Padang Lalang/Logah yang diketuai oleh Sdr. Amin Mukri bertempat di Gelanggang Futsal Serbaguna Taman Sutera, Kg. Jawa.Pertandingan telah bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai jam 5.30 petang.

Pasukan-pasukan yang bertanding adalah dari cawangan Padang Lalang/Logah,Kg. Jawa,Batu 3 Kg. Jawa,Felda Medoi dan Taman Segar.Setiap daripada cawangan-cawangan tersebut telah menghantar 2 pasukan menjadikan pasukan yang ada sebanyak 10 kumpulan.

Tengah hari itu saya berkesempatan hadir bagi menyaksikan perjalanan pertandingan tersebut.Kelihatan ramai pemuda-pemuda dan golongan veteran yang hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan kira-kira jam 5.30 petang.Johan pertandingan mendapat habuan sebanyak RM 200, tempat kedua RM 150 manakala, tempat ke 3 dan ke 4 masing-masing membawa pulang RM 50.Kami telah memberi peluang kepada Mantan KP Sekijang iaitu YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat menyampaikan hadiah pada petang itu.

Tahniah kepada Pasukan Batu 3 FC kerana muncul johan , diikuti Pasukan Ole FC di tempat kedua, dan pemenang bersama Pasuka Iron Maiden dan Samdol FC di tempat ketiga.

Sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah juga kepada Sdr. Amin, Sdr.Hamzah dan Sdr. Sabri atas penganjuran ini!!

SU...


Jelajah One Malaysia Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Felda Chemplak, Labis



Satu pagi yang cerah di Dewan Semai Bakti kelibat YB Khairy Jamaluddin bersama-sama rombongan program Jelajah One Malaysia telah sampai di Felda Chemplak, Labis.

Pagi 26hb Disember, 2010 tersebut merupakan hari yang bertuah bagi masyarakat di sekitar Felda Chemplak kerana YB Khairy sanggup turun untuk menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak felda yang terpilih.

Saya bersama-sama KP Bahagian Sekijang, Sdr. Anuar dan beberapa AJK Pemuda Bahagian antaranya Sdr. Suratman, Sdr. Eady, Sdr. Khairi dan Sdr. Amin tidak ketinggalan hadir bagi memberi sokongan kepada program ini.

Kelihatan hadir sama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Labis, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Cikgu Rosdin, KP Bahagian Labis, Sdr. Mansor Biraj dan sayap-sayap UMNO Bahagian Labis.Turut hadir KP Negeri Johor, Sdr. Mohd Fadil Muskon dan Pn. Mariam yang merupakan Pengarah GiatMara Malaysia.

Pada hari tersebut juga telah diadakan demonstrasi daripada Pelatih-pelatih GiatMara Malaysia.Antaranya demonstrasi solekan dan gunting rambut.Difahamkan mereka ini telah berkampung selama tiga hari di Felda Chemplak ini.

Terdahulu dalam ucapan, YB Khairy menyentuh tentang Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau menyeru supaya masyarakat Felda di sini tidak mengendahkan dakyah-dakyah atau berita karut yang akan dibawa pembangkang.Beliau percaya masyarakat di sini telah matang membuat keputusan parti mana yang layak disokong.

Sepertimana program-program ini di negeri-negeri yang lain, diakhir program YB Khairy akan singgah ke rumah penduduk Felda yang telah terpilih untuk melihat sendiri kedaifan rumah dan mengambil kesempatan bersama-sama membaikpulih rumah tersebut.Gerak kerja baikpulih dan bantuan tenaga ini telah mendapat kerjasama daripada pelatih-pelatih GiatMara Malaysia.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di sebuah restoran. Sambil makan ada di kalangan kami yang cuba meneka-neka siapakah yang akan dicalonkan sebagai ADUN Tenang yang baru!!

Adios!!

SU...

Pertandingan Kompang Terbuka Daerah Segamat 2010 : Piala Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat





Biro Pendidikan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang yang dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Shamsul Bin Tumijan, bersama-sama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Melayu Raya , JPMM Dun Kemelah dan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Sekijang telah mengadakan Pertandingan Kompang Terbuka Daerah Segamat : Piala Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat pada malam 25hb Disember, 2010. Pertandingan telah berlangsung di Dewan Terbuka Kg. Melayu Raya, Segamat yang bermula pada pukul 8.30 malam.

Seramai 07 buah pasukan kompang yang terdiri daripada Belia-Belia di dalam DUN Kemelah dan Cawangan-Cawangan UMNO Dalam Bahagian Sekijang.Pelbagai gaya dan formasi telah dibentuk dan ditunjukkan oleh pasukan kompang yang bertanding.Ada antaranya yang menggeletek hati tatkala lagu dialun, kompang dipalu.Gelagat-gelagat mereka ini telah berjaya membuatkan orang ramai tersenyum dan bersorak.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Johor Kawasan Kemelah.Dalam ucapannya beliau menyatakan kebanggaannya terhadap anak muda generasi kini yang masih lagi berminat dengan warisan tradisional turun-temurun ini.Beliau berharap acara seumpama ini dapat diteruskan dari generasi ke generasi agar tidak pupus ditelan zaman.

Pasukan Kompang dari Persatuan Belia MBFM Felda Kemelah muncul johan pertandingan dan membawa balik wang tunai RM 400 dan hamper.Tempat kedua pula, dimenangi oleh Pasukan Kompang Warisan Seni Felda Redong yang membawa wang tunai RM 300 dan hamper.Pemenang tempat ketiga mendapat RM 200 beserta hamper jatuh kepada Pasukan Kompang Putera UMNO Perumahan Rakyat Bukit Siput Fasa 2 dan tempat keempat pemenangnya adalah Pasukan Kompang dari Kampung Paya Besar yang membawa pulang RM 100 dan hamper.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sdr. Ahmad Shamsul dan seluruh Jawatankuasa Program terutamanya Belia-Belia Kg. Melayu Raya atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang program berlangsung!!.

Penulis ingin mencadangkan agar diadakan lebih banyak lagi program berbentuk seni kebudayaan seperti Zapin, Mak Yong , Dikir Barat, Silat dan lain-lainnya.Mana tahu mungkin Biro-Biro Pemuda Sekijang yang lain berhasrat ingin membuat perkara yang sama!!.

Program-program ini wajar dihidupkan semula agar generasi baru sekarang tidak kekok,dan kenal akan warisan bangsa sendiri.Oleh itu, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk mempertahankan khazanah seni ini.Tepuk dada, tanyalah selera!!

Catatan Oleh SU Pemuda Sekijang.