Friday 28 November 2008

Majlis Yasin dan Tahlil Pemuda Sekijang - Bilangan 01

Pemuda UMNO Sekijang akan mengadakan Majlis Yasin dan Tahlil Pemuda kali pertama untuk sesi ini. Majlis adakan diadakan di kediaman Saudara Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang, No 72, Felda Kemelah, Segamat, jam 08.30 malam (selepas Isyak).

Semua Pegawai / Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, Ketua – Ketua Pemuda Cawangan, Ahli – Ahli Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan rakan – rakan Pemuda adalah dijemput sama untuk menyertai majlis. Semoga kita mendapat keberkatan Allah jua.

Sekian, harap maklum. – Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Wednesday 26 November 2008

Penubuhan Pemuda UMNO Cawangan Batu Tiga

Berikut adalah gambar - gambar sekitar penubuhan Pemuda UMNO Cawangan Batu Tiga, yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.
Selamat menjalankan tugas kepada Ketua Pemuda Cawangan Sdra Mohd Zaidi bin Yatim dan Naib Ketua Pemuda Cawangan Sdra Musi bin Jamal.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Sdra Anuar bin Haji Abd Manap dan turut dihadiri oleh pegawai - pegawai dan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Majlis bersejarah penubuhan Pemuda UMNO Cawangan Batu Tiga ini sebagai cawangan Pemuda ke - 32 dalam Bahagian Sekijang diharapkan akan menjadi titik tolak perubahan dalam penerimaan anak muda dan generasi muda kepada UMNO.

Dicatat oleh Setiausaha Pemuda UMNO Sekijang dari Johor Bahru, menerusi kiriman gambar secara mms oleh Tuan Haji Mohd Nor Saidil Ibrahim, Bendahari Pemuda Sekijang. Terima kasih.

Tuesday 25 November 2008

Pemuda UMNO Sekijang Atur Perbincangan Bantu Selesai Isu Felcra Sekijang

Pemuda UMNO Sekijang telah mengatur satu pertemuan antara wakil – wakil peserta Felcra Sekijang dengan Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia baru – baru ini.

Ia dihadiri oleh Dato’ Muhd Khairun Aseh, Setiausaha Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan seorang peguam bersama beberapa orang ahli jawatankuasanya.

Bagi pihak peserta Felcra Sekijang pula, dia diwakili oleh En Amir bin Kesut dan beberapa orang lagi peserta. Manakala Pemuda UMNO Sekijang pula telah diketuai oleh Sdra Anuar Haji Abd Manap, Ketua Pemuda. Turut hadir adalah Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO Sekijang, Sdra Mohd Nor Azam Ismail, para pegawai Pemuda UMNO Sekijang dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa.

Pertemuan lebih dua jam tersebut adalah bagi mendapatkan pandangan awal dan seterusnya memberikan beberapa alternatif penyelesaian yang boleh diambil oleh para peserta Felcra Sekijang berhubung masalah yang mereka hadapi.

Sunday 23 November 2008

Penubuhan Pemuda UMNO Cawangan Batu Tiga - Cawangan Pemuda Ke - 32

Mesyuarat Penubuhan (Penajaan) Pemuda UMNO Cawangan Batu Tiga, Kg Jawa, Bahagian Sekijang (dalam kawasan DUN Pemanis) akan diadakan pada hari Selasa, 25 November 2008, jam 08.30 malam di Batu Tiga, Kampung Jawa.

Semua AJK Pemuda Bahagian Sekijang yang berminat untuk menjadi pemerhati Mesyuarat Penubuhan tersebut dialu – alukan hadir.

Keterangan lanjut sila hubungi Ketua Pemuda Bahagian atau Setiausaha Pemuda Bahagian.

Temuduga Terbuka IKM dan KKTM


Temuduga Terbuka Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) akan diadakan pada 15 Disember 2008 (Isnin), waktu pejabat di Pejabat MARA Daerah Segamat.

Sila hebahkan kepada semua yang berminat untuk menyambung pengajian di IKM dan KKTM.

Maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat MARA Daerah Segamat, Bangunan Arked MARA, Jalan Ibrahim, 85000 Segamat, No Telefon : 07-9312330 No Fax : 07-9317107.

Wednesday 19 November 2008

Jemputan Kahwin - Sdra Iqbal (Anak kepada YB Datuk Haji Baharum, Ahli Parlimen Sekijang)

YB Datuk Haji Baharum bin Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sekijang menjemput semua Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Sekijang untuk ke Majlis Perkahwinan anak beliau, Sdra Iqbal dan pasangannya Sdri Norasyidah di No 11, Jalan 8/9, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Ahad, 30 November 2008 dari jam 12.00 tengah hari hingga 04.00 petang.

Jemputan untuk Ketua – Ketua Pemuda Cawangan pula adalah melalui Ketua – Ketua UMNO Cawangan masing – masing (bersama Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan)

Sehubungan itu, AJK Pemuda Bahagian yang berminat untuk bersama – sama ke majlis tersebut bolehlah menghubungi Setiausaha Pemuda UMNO Sekijang (Zam – 019 7378796) untuk tujuan penyelarasan.

Sekian, harap maklum.

Tuesday 18 November 2008

Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2020

Publisiti dan penyertaan awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur dan rancangan tempatan dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.
Dalam keseluruhan konteks proses penyediaan rancangan pemajuan, penglibatan awam akan dilaksanakan dalam peringkat publisiti.
Anda selaku orang awam boleh menyumbangkan pendapat konstruktif sebagai input dalam perancangan bandar melalui penyertaan awam pada peringkat publisiti dalam proses penyediaan rancangan pemajuan.
Seluruh Ahli Pemuda digesa untuk mengambil bahagian dengan memberikan pandangan berkenaan dengan Draf Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2020 sebelum 5 Disember 2008. Hubungi Majlis Daerah Segamat di talian 07 - 9311111.

Saturday 15 November 2008

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sekijang 2008 – 2011

Pengerusi Tetap : HAJI SAMSI BIN UJIR
Timb. Peng Tetap : AB HALIM BIN AB WAHAB

Ketua Pemuda : ANUAR BIN HAJI ABD MANAP (Pengerusi Biro Politik)
Naib Ketua : JAMALUDIN BIN HAJI RASIP
Setiausaha : MOHD REDZUAN BIN MOHD YUNOS (Lantikan)
Bendahari : HAJI MD NOR SAIDIL BIN HAJI IBRAHIM (Lantikan)
Ketua Penerangan : HAMZAH BIN ABU BAKAR (Lantikan)

Ahli – Ahli Jawatankuasa
1. NOOR AZAM BIN HAJI ISMAIL (Pengerusi Biro Pengaduan Awam)
2. SURATMAN BIN ARIS (Pengerusi Biro Latihan Pemuda)
3. KHAIRI BIN AHMAD (Pengerusi Biro Putera UMNO)
4. MOHD REDZUAN BIN MOHD YUNOS (Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih)
5. HAJI MD SALLEHEEN BIN HAJI MOHAMED (Pengerusi Biro Ekonomi)
6. AHMAD SHAMSUL BIN TUMIJAN (Pengerusi Biro Pendidikan)
7. MOHD JEFRI BIN TUSIMAN (Pengerusi Biro Belia dan Sukan)
8. SALLEHUDDIN BIN MASRI (Pengerusi Biro Sosial dan Kemasyarakatan)
9. MOHD AMIN BIN MUKRI (Pengerusi Biro Bencana Alam)
10. MOHD NOR BIN ARIF (Pengerusi Biro Agama) (Lantikan)
11. SABRI BIN AHMAD
12. HAMZAH BIN ABU BAKAR
13. M ZAKI BIN ZAKARIA
14. AZMI BIN MOKHTAR
15. AMIR BIN SURIP
16. ASMAN BIN BIRU
17. MOHD FARED BIN MOHD SAID (Lantikan)

Friday 14 November 2008

Angkat Sumpah Pegawai dan AJK Pemuda Sekijang



Majlis Angkat Sumpah dan Mesyuarat Pertama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah diadakan pada Rabu, 12 November 2008, jam 09.00 malam bertempat di Bilik Gerakan, UMNO Bahagian Sekijang.


Majlis ringkas tersebut telah disaksikan oleh Ketua Pemuda Sekijang, Sdra Anuar bin Haji Abd Manap. Beliau kemudiannya telah mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa dengan mengumumkan perlantikan pemegang - pemegang jawatan kuota lantikan Ketua Pemuda dan pembentukan biro - biro.

Beberapa perkara penting yang menyentuh soal perjalanan Pemuda Sekijang untuk tempoh penggal 2008 - 2011 turut dibincangkan.

Thursday 13 November 2008

Blog Pemuda UMNO Sekijang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Datang ke Blog Pemuda UMNO Sekijang.
Blog ini menjadi medan interaktif alternatif kepada semua untuk berinteraksi dengan Pemuda UMNO Sekijang. Semoga kita dapat memanfaatkan teknologi untuk terus membentuk persefahaman dan perpaduan.
Jika ada sebarang komen, ulasan atau cadangan, boleh dimajukan menerusi catatan blog atau email ke pemudasekijang@gmail.com.
Juga boleh mengutus secara rasmi kepada Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, d/a Pejabat UMNO Bahagian Sekijang, No 20, Tingkat 1, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Paya Pulai, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim.
Blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat dan perkembangan mengenai aktiviti dan program Pemuda UMNO Sekijang.
Sekretariat Pengurusan dan ICT