Tuesday 24 August 2010

Ziarah Santai Merdeka Ramadhan


Bermula hari ini 24hb Ogos 2010, pemuda bahagian akan bersama dengan Majlis Belia Daerah dan juga beberapa badan NGO lain (MBFM..4B kawasan)untuk berkonvoi dalam program 'Ziarah Santai Merdeka Ramadhan'.


Program Ini dilihat bakal menjadi jambatan pembina hubungan antara Pemuda, Belia dan orang muda khususnya dengan masyarakat setempat. InsyaAllah rentetan peristiwa perjalanan akan diuploadkan didalam blog ini sepanjang masa. Jom kepada yang berminat boleh hubungi Sdr Shamsul Tumijan Exco Pemuda UMNO Bhg Sekijang bagi mendapatkan details tentatif perjalanan konvoi ini.


Hari Pertama 24hb Ogos 2010 - Kembara singgah di Felda Pemanis Dua bersama dgn Rakan-rakan NGO MBFM dan MBD. Sebanyak 10 Buah rumah dilawati.

Hari Kedua 25hb Ogos 2010 - Kembara singgah di Cawangan Kg Melayu Bukit Siput dan Kg Paya Besar. Seramai 10 Orang juga penerima kami sempat ziarah.

Hari Ketiga 26hb Ogos 2010 - Kembara bergerak dari Cawangan Kg Sri Dagang, Melayu Raya dan Kg Genuang Baru. 15 Penerima telah mendapat sumbangan agihan daripada pemuda bhg.

Saturday 21 August 2010

Program Pemuda Turun Padang: Cwgn Tungku 3 Dan UiTM Segamat



Tanggal 21hb Ogos 2010 pasti tidak dilupakan oleh warga kampung Tungku 3 apabila seramai 80 orang pelajar UiTM telah hadir dalam program Menyemai Budi, Semarak Kasih anjuran Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Kg Tungku 3 yang diketuai oleh Sdr Azam Hj Ismail yang juga AJK Pemuda Bhg Sekijang.

Program yg bermula jam 9 pagi ini turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah mereka yang turut terlibat menjayakan program amal dibulan ramadhan ini. Tahniah kpd pemuda cawangan tungku 3. inilah yang dinamakan program bersama dgn masyarakat dan pelajar IPTA yg sememangnya menjadi aktiviti tahunan pemuda sekijang. Ini diharap dapat merapatkan pemuda dgn para pelajar di IPTA dan masyarakat di sekitar kampung dan juga desa.

Apa yg lebih menarik ialah penyampaian sumbangan beras dan pelbagai barangan keperluan kepada 10 org penduduk yg layak menerimanya. Dan diselitkan lagi dengan sumbangan duit raya oleh para pelajar dan pensyarah UiTM di sini. Kelihatan girang adik2 yang dapat duit raya petang tersebut. Kepada graduan2 UiTM, teruskan khidmat masyarakat seperti ini. Kepada Pemuda Cawangan Tungku 3, jadikan aktiviti seperti ini acara tahunan anjuran pemuda.
Dan Yang lebih baik lagi, Sdr Anuar KP UMNO Bhg mengumumkan kelulusan peruntukan oleh Menteri Besar Johor sebanyak 20 Ribu untuk membina balai islam di kampung tersebut.
Alhamdulillah, berkat usaha pemuda cawangan dan bahagian dalam memperjuangkan kepentingan Umum dan kesejagatan ramai. Doakan kami dalam ramadhan almubarakh ini.

Friday 20 August 2010

Tadarus Pemuda UMNO Johor Di Saujana



Pada tanggal 19hb Ogos 2010 pula pemuda sekijang diminta menghantar peserta ke program Tadarus Pemuda Johor di Saujana kediaman Rasmi Menteri Besar Johor. Oleh kerana dah menjadi kelaziman pemuda menghantar peserta tadarus seramai 40 orang, maka jumlah tersebut dihantar utk melaksanakan misi dan amanah membaca juzuk ke 17. Rombongan kami hadir dengan menaiki bas Kolej Komuniti bandar putra.



Terima kasih kepada pihak pengurusan kolej yang sudi membantu kami. Terima kasih daun keladi, lain hari nak pinjam bas lagi.


Dengan ditumpangi oleh 6 orang anggota tadarus puteri umno bhg sekijang, sudah tentulah bas meriah dengan keletah dan gurauan tiga orang exco pemuda yang turut sama didalam perjalanan tersebut. Pemuda Bhg juga merakamkan rasa terima kasih yang tak terhingga diatas usaha beberapa cawangan seperti Paya Pulai, Pemanis 2, taman segar dan lain2 kerana menghantar peserta bertadarus sama.



Turut sama dalam majlis tersebut ialah Dato MB sendiri, Dato Razali Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga barisan exco2 kerajaan negeri johor. Salam ramadhan almubarakh kepada semua muslimin dan muslimat sekelian.

Program Semarak Ramadhan Pemuda Sekijang

Pada 18hb Ogos 2010, jam 4 ptg bertempat dimasjid Felda Kemelah, Pergerakan Pemuda UMNO bhg Sekijang telah menganjurkan siri ke 2 program Semarak Ramadhan Dan Penyampaian Wang Zakat kepada Asnaf-asnaf disekitar Felda Kemelah.


Program Berlangsung dengan ceramah oleh Ustaz Nazri Abd Rahman Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor.



Kemudian dalam jam 6.15 petang semasa ketibaan tetamu istimewa iaitu Dato Shuhaimi Shahadan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Kolej Polytech MARA program diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi masjid Tn Hj Haris dan Ketua Pemuda Bahagian Sdr Anuar Abd Manap dan ucaptama oleh Dato Shuhaimi sendiri.



Setelah itu Penyampaian Wang Zakat kepada semua Asnaf-asnaf oleh Dato Shuhaimi dan majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama para jamaah. Terimak kasih kepada pemuda cawangan kemelah jaya yang sudi menjadi hos program pada petang tersebut. Kita jumpa lagi selepas ini dalam program lain pula.

Friday 13 August 2010

Lawatan MB ke Parlimen Sekijang


Pada 10hb Ogos sehari sebelum umat islam diseluruh negara berpuasa, Dato Hj Abd Ghani Bin Othman sempat meluangkan masa melawat parlimen sekijang dalam usaha beliau untuk mendekati rakyat dinegeri johor dan secara langsung mendengar permasalahan rakyat.

Gambar: 2 Unit Kerusi Roda Sumbangan Pemuda UMNO Bhg Sekijang...

Pemuda UMNO Bhg Sekijang turut sama menghadiri dan mengiringi beliau melawat dan bertemu rakyat. Beberapa program telah dapat dilaksanakan.

Walaupun menyatakan akan berangkat awal pulang ke johor bahru, namun atas semangat dan rasa sayang kepada masyarakat, beliau sanggup meluangkan lagi masa sehingga hampir jam 6 ptg disini.


Dan semasa lawatan di Felda Pemanis 2, Pemuda Bhg sempat menyumbangkan 2 buah unit kerusi roda kepada warga kurang upaya di sana dan disampaikan sendiri oleh YAB MB kepada penerimanya. Terima Kasih Dato....