Wednesday 31 December 2008

Biro Belia dan Sukan - Futsal Persahabatan


Perlawanan Futsal Persahabatan antara Pemuda Cawangan Paya Pulai dan AJK Pemuda Bahagian Sekijang akan diadakan pada Rabu, 31 Disember 2008, jam 09.00 malam di Gelanggang Futsal Belakang Shell, Segamat.

Semua AJK Pemuda Bahagian dijemput hadir. Sila pakai baju tshirt putih Pemuda dan pakaian sukan.

Keterangan lanjut hubungi Jeffri, Pengerusi Biro Belia dan Sukan di talian 019 – 7100464.

Friday 26 December 2008

Anugerah Remaja Perdana Parlimen Sekijang 2008

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang mengucapkan tahniah kepada semua remaja yang akan dikurniakan Pingat Perak dan Gangsa, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Parlimen Sekijang untuk tahun 2008.

Seramai 64 orang penerima pingat terdiri daripada 17 orang penerima Pingat Perak dan 47 orang penerima Pingat Gangsa akan menerima pingat dan sijil masing – masing pada Sabtu, 27 Disember 008, jam 12.00 tengah hari di Balai Islam, Bandar Putra, Segamat.


Majlis akan disempurnakan oleh YB Ayub Rahmat, ADUN Kemelah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat selaku Pengerusi Badan Operasi Anugerah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Berbanding Parlimen lain dalam Daerah Segamat, Parlimen Sekijang mencatatkan jumlah penerima pingat tertinggi untuk tahun ketiga berturut – turut.

Semua dijemput hadir untuk meraikan. Sekalung tahniah diucapkan.

Wednesday 10 December 2008

Korban Perdana Pemuda UMNO Malaysia

Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah menghantar rombongan untuk bersama – sama bekerja dan meraikan Program Korban Perdana Pemuda UMNO Malaysia, yang diadakan pada Selasa, 9 Disember 2008 bertempat di Padang Awam, Felda Bukit Tongkat, Parlimen Sembrong, Kluang, Johor.

Rombongan Pemuda Sekijang diketuai oleh Saudara Anuar Haji Abd Manap, Ketua Pemuda, 10 orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian dan 40 orang ahli – ahli Pemuda Cawangan.

Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Hishamudin Tun Hussien, Ketua Pemuda Malaysia dan turut dihadiri oleh exco – exco Pemuda Malaysia, Ahli – Ahli Yang Berhormat dan ribuan lagi rakyat yang turut serta.

Sebanyak 200 ekor lembu telah dikorbankan. Pemuda Sekijang turut diberikan seekor lembu untuk dikorbankan pada majlis tersebut. Tujuh bahagian penama korban untuk Pemuda Sekijang adalah HISHAM BIN SAJAT, KHAIRI BIN AHMAD, REDZUAN BIN YUNUS, MOHD FARID BIN MOHD SAID, SABRI BIN AHMAD, AZRUL NIZAM BIN ZAAFAR dan ROSDI BIN HAJI SIDEK.

Suasana meriah, dengan cuaca yang agak baik, menjadikan program berkenaan dapat dilansungkan dengan jayanya. Catatan ini memaparkan gambar - gambar dan video yang melibatkan Pemuda Sekijang semasa program berkenaan.

Tuesday 2 December 2008

Apa Pendapat Anda? - Kuota Agihan Ahli Majlis MDS Didakwa Tidak Seimbang

Dipetik dari Berita Harian, 2 Disember 2008 di

SEGAMAT: Kuota pengagihan Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Segamat (MDS) di antara kawasan Parlimen Segamat dan Sekijang didakwa tidak seimbang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk.

Ini kerana daripada 12 Ahli Majlis MDS, hanya lima Ahli Majlis mewakili kawasan Parlimen Sekijang, manakala tujuh dari kawasan Parlimen Segamat.

Pada mesyuarat penuh Majlis Daerah Segamat (MDS) baru-baru ini, Halib Tahir yang mewakili Ahli Majlis MDS bagi kawasan Parlimen Sekijang berkata, adalah tidak wajar apabila kuota Ahli Majlis bagi kawasan Parlimen Sekijang sedikit berbanding Parlimen Segamat.

Beliau berharap pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri dapat memperuntukkan jumlah kuota Ahli Majlis yang seimbang bagi kedua-dua kawasan Parlimen dengan setiap kawasan Parlimen mempunyai enam wakil sebagai Ahli Majlis MDS.

“Saya meminta pertimbangan pihak berkuasa supaya pembahagian kuota Ahli Majlis antara kawasan Parlimen Segamat dan Sekijang dibahagikan secara adil.

“Ini penting kerana kuota kedua-dua kawasan perlu diberikan secara adil supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk,” katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk di kawasan Parlimen Sekijang kebanyakan meminta MDS memperuntukkan kuota Ahli Majlis yang sama rata bagi kawasan Parlimen Sekijang dan Segamat.

Abdullah Kasbun, 50, dari Kampung Jawa berkata, pihaknya berpendapat MDS perlu menimbang semula kuota Ahli Majlis supaya ia diberikan secara adil bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati di kalangan penduduk di Parlimen Sekijang.

“Bahagilah sama rata jumlah Ahli Majlis antara Parlimen Segamat dan Parlimen Sekijang... apakah alasan munasabah untuk membolehkan jumlah Ahli Majlis yang mewakili Parlimen Segamat lebih ramai daripada Sekijang,” katanya.

Teo Siu Tau, 58, dari Bukit Siput pula berkata, untuk memuaskan hati banyak pihak, MDS sepatutnya menimbang semula jumlah kuota itu pada masa akan datang.