Sunday 28 March 2010

Kursus Pemantapan Jatidiri Pemuda

Atas kesedaran bahawa Maklumat berkaitan dengan urusan kepartian dan juga isu2 semasa, Perhubungan UMNO negeri Johor telah mengaturkan kursus bagi semua UMNO bahagian termasuk sayap2 dibawah UMNO itu sendiri bagi memantap dan mencakna minda para pemimpin diperingkat akar umbi.

Tidak ketinggalan Pemuda UMNO Bhg Sekijang bersama dgn Ketua2 pemuda cawangan telah diarahkan untuk menghadiri kursus tersebut di kem batu 13 Bakri. Alhamdulillah seramai hampir 25 org telah hadir pada kurusus tersebut. Malangnya tak semua mereka adalah pemimpin akar umbi atau Ketua Pemuda Cawangan yang menjadi target group kursus ini.

Entah dimana silapnya atau generasi pimpinan hari ini, mereka masih menganggap kursus sebegini gagal menarik minat org muda utk hadir dan menyelami proses perjuangan UMNo itu sendiri. dari 33 cawangan yang ada di bahagaian Sekijang hanya 8 org Ketua Pemuda yang dapat hadir. Itupun kerana tertangguhnya kursus tersebut seminggu setelah dijadualkan pd asalnya hujung Februari 2010. namun apa pun tahniah kepada yg dapat hadir dan berkongsi pandangan dan maklumat sepanjang Kursus ini diadakan. Penambahbaikan dan usaha untuk mengenalpasti kelemahan prog seperti ini haruslah dilaksana demi keutuhan parti keramat kita ini.

1 comment:

  1. Tahniah kpd peserta yg dpt hadiri kursus tsb.Di hrp rakan2 KP cawangan lebih prihatin pd masa akan dtg.kita pwelu ada jiwa pemimpin jika ingin memimpin. - Sham Hero.

    ReplyDelete