Thursday 7 April 2011

Bazar Rakyat Anjuran Kelab Pemuda Sekijang



Bermula pada awal Mac 2011, Kelab Pemuda Sekijang bersama dengan Majlis Daerah Segamat telah membuka Bazar Rakyat di Taman Utama berhampiran dengan jambatan ke Tiga. Walaupun baru sebulan operasi Bazar Rakyat ini dilaksanakan, sambutan daripada peniaga dan orang ramai mula menampakkan perkembangan yang sihat. Dengan Jumlah hampir 100 orang peniaga, usaha ini dilihat dapat membantu usahawan terutama yang tidak berpeluang berniaga di Pasar Malam Pekan Jabi dan mempunyai alternatif untuk berniaga di sini.



Terdapat pelbagai Jenis produk yang dijual disini. Kepada Ahli-ahli pemuda dan warga usahawan yang berminat untuk berniaga peluang masih dibuka. Untuk maklumat lanjut sila hubungi exco pemuda kami dibawah merangkap urusetia bagi Bazar Rakyat ini:

1. Sdr Abd Rahman 013-7094676 / 012-7262190
2. Sdr Ridzuan 012-7880426
3. Sdr Amin 019-7760486


Semoga dengan wujudnya Bazar Rakyat ini, ia akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh seluruh warga penduduk dalam daerah Segamat. Salam Jihad Perniagaan.