Tuesday 30 June 2009

Selamat Datang YB KJ

Salam Semua, Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang dimaklumkan, perasmian Persidangan Pemuda akan dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Sdr Khairy Jamaludin Pada 19 Julai 2009 ini. Selamat Bersidang pada semua perwakilan pemuda Bahagian.

Monday 29 June 2009

Tioman: Lawatan Setiakawan Sekijang





Lawatan ke Pulau Tioman bermula 19/6/2009 hingga 21/6/2009. Semangat Setiakawan dan Sillaturrahim antara Exco Pemuda UMNO bahagian dan juga Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dalam Bahagian Sekijang. Semoga pelbagai aktiviti dan acara di sana terutama bersama rakan-rakan akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Turut sama Ecxo Pemuda UMNO malaysia Sdr Suffian Bin Awang, Pemuda UMNO Bhg Mersing dan Sdr Yusmizan NKP Rompin

Program Jom daftar: UMNO,Belia dan SPR

Salam, tahniah kepada Pemuda Dan Puteri UMNO Paya Pulai yang telah dapat menganjurkan program Jom daftar untuk tiga jenis keahlian ini. Program yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang 29/6/2009 dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk disekitar paya pulai, taman pelangi, kampung pogoh, kampung tekam dan chodan. Kelihatan juga rakan-rakan daripada parti komponen hadir sama menyemak dan membuat pendaftaran baru.Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang YB Sdr Ayub B Rahmat. Kepada pemuda Cawangan Paya Pulai, Teruskan usaha anda. Kejayaan parti insyaAllah didukung oleh komitmen dengan rakan-rakan pemuda seperti cawangan saudara. Terima Kasih.

Saturday 27 June 2009

Meraikan Bakal Mahasiswa


Sekitar program Meraikan Bakal Mahasiswa Yang Akan Ke Menara Gading.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Ayub Rahmat, ADUN Kemelah merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang juga selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat bertempat di Balai Raya Felda Pemanis Dua, Segamat.

Tahniah kepada semua bakal mahasiswa yang akan mula mendaftar di IPT hari ini.

Wednesday 24 June 2009

Mesyuarat Pemuda Cawangan

Salam Semua, maaf kerana jarang dapat update blog pemuda ni, terima kasih atas teguran membina daripada rakan-rakan, kali ni kita ajak rakan-rakan renungkan beberapa perkara asas dalam kepimpinan Pemuda UMNO untuk dibincangkan secara terbuka.

Selepas beberapa minggu melewati mesyuarat pemuda diperingkat cawangan kedapatan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh saudara2 kita yang masih sayangkan parti keramat ini dan sememangnya wajar direnungi, antaranya:

1. Kelesuan dan ketidakprihatinan pemuda kita untuk hadir ke mesyuarat Pemuda UMNO diperingkat cawangan. Walaupun perkara ini dah dianggap lapuk dan kerap berlaku, apa yang menghairankan dan amat takjub sekali ialah kehadiran mesyuarat pemuda diperingkat cawangan pada tahun lepas amatlah menggalakkan. Ini disebabkan berlaku pertandingan pada masa tersebut. Persoalannya disini adakah kerana adanya pertandingan maka pemuda berpusu-pusu untuk hadir bermesyuarat dan ghairah untuk memilih pemimpin sahaja. Kalau inilah kehendaknya, rakan2 kita ada yang mencadangkan pemilihan di buat tiap-tiap tahun. Barulah mesyuarat pemuda diperingkat cawangan selalunya ramai hadir.

2. Tidakkah mereka sedar bahawa selain melaksanakan tanggungjawab untuk hadir ke mesyuarat tersebut, mereka juga berpeluang meluah dan menzahirkan segala permasalahan pemuda diperingkat cawangan untuk disampaikan kepada pihak bahagian. Ini tidak, semua isu mereka keluarkan dikedai kopi dan dimeja rundingan luar, tapi bila minta bersuara di dalam mesyuarat, mereka selalunya tidak hadir atau kalau hadir pun bila bertanya, membisu seribu bahasa.

3. Atau, pemuda kita memang tak berminat untuk hadir dan merasakan mesyuarat pemuda cawangan hanya sekadar melampiaskan syarat untuk mengisi borang 9? kalau itulah kefahamannya, percaya dan yakinlah natijahnya kita semua dah boleh agak pada masa akan datang.

4. Ada juga yang membangkitkan soal ekonomi. masalah sosial, pengaduan dan perlaksanaan program-program pemuda, tapi selama pemuda bahagian melaksanakan aktiviti, batang hidung dia pun tak nampak atas alasan tak diberitahu dan tak maklum. walhal, semua surat, sms dan seringkali telefon kepada semua ketua pemuda cawangan untuk dimaklumkan tentang aktiviti dan program. Atau mungkin Ketua Pemuda Cawnagan yang tak maklumkan pada ahli mereka? wajar ke pemuda bahagian memaklumkan terus kepada ahli? apalah gunanya ketua pemuda di peringkat cawangan? atau sikap sambil lewa dan malas ambil tahu kini dah sampai ke kemuncaknya? selesa sangat ke orang melayu ni....

5. Paling teruk, senarai nama ahli yang dilampirkan untuk semakan, bila ditanya satu persatu, Ketua Pemuda pun ada yang tak kenal ahlinya sendiri. Bila nak mula mesyuarat, barulah tergapai-gapai nak cari ahli untuk cukupkan korum. kalau masa pemilihan lepas yg datang dekat 40 orang, tapi tahun ni, oleh kerana tiada pemilihan, ketua pemuda nak cari 9 org pun payah siap jemput dari rumah ke rumah. Itupun setelah kena desak barulah datang tunjuk muka ikhlas tapi jauh masing2. Sedih. tapi itu yang berlaku.

Inilah antara iktibar dan perkara yang sering berlaku dalam mana-mana mesyuarat pemuda diperingkat cawangan. Ada yang bagus dan begitu membina mesyuarat pemuda mereka, namun kalau 10 yang bersidang, yang betul-betul berkesan mungkin hanya 1 @ 2 cawangan sahaja. Selainnya hanya nak melengkapkan prasyarat sebelum cawangan bermesyuarat. Minta pandangan rakan2 lain....

Sunday 14 June 2009

PBT Selangor Belanja RM 8 Juta Untuk PKR, DAP dan Pas

Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1 juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.

Menurut kiraan kasar Selangordaily, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos overhead dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.Sebelum ini PBT hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.

MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan.Hampir 95% ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut.

Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis.

Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.

Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT.

sumber http://www.selangordaily.com/

Komen PemudaUMNOSekijang: Dulu tuduh org salah guna wang rakyat, sekarang macam lagi teruk je diarg ni mentekedarah duit rakyat, ni pun org melayu kata pembangkang ni spesies pembela rakyat...lu pikir lah sendiri beb.....

Friday 12 June 2009

KP Johor Turun Padang...Lancar Blog Pemuda




Salam Semua, dimaklumkan bahawa KP UMNO Ngri telah mengadakan pertemuan sacara rawak dengan pemuda2 cawangan dlm negeri johor.


Tanggal 16/6/2009 ini telah dipilih oleh beliau untuk hadir ke cawangan Felda Pemanis 01 didalam Bahagian Sekijang. Dalam lawatan kali ini selain merasmikan pemuda diperingkat cawangan, beliau juga akan melancarkan Blog Pemuda UMNO bahagian yang telah pun beroperasi selama hampir 6 bulan, selain penyerahan borang keahlian UMNO pada malam tersebut. Selamat datang ke Sekijang Sdr Fadil. Beliau juga akan menerangkan tentang beberapa isu yang timbul berkaitan dengan parti kebelakangan ini.

Gambar : Sdr Fadil Menyerahkan surat lantikan kepada KP Sekijang sbg Pengerusi Unit Media Baru, salah satu unit yang dipertanggungjawabkan memantau blogger, facebook dan beberapa media baru yg lain. gambar sekitar majlis pelancaran dan persidangan pemuda cawangan

Monday 8 June 2009

Perlawanan Sukan Persahabatan Dan Desakan Ke atas MCA Bkt Siput

Salam hormat, Salam Satu Malaysia. Untuk kali ini walaupun sudah agak lama menyepi, kami akan terus memaklumkan kepada Sekelian penatap setia blog kami untuk maklumat berkaitan dengan aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Tanggal 25hb Mei 2009, sekali lagi kami dipertemukan dengan Pemuda UMNO Bhg Segamat. Kali ini bukan dalam penganjuran program secara bersama tetapi bertanding dalam sukan Futsal secara persahabatan. Walaupun perlawanan sering bertukar pemain akibat masing-masing 'handal' bermain, namun masa selama sejam yang diperuntukan untuk bermain bersama digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua wakil AJK masing-masing bagi mempamerkan kehebatan melanyak dan dilanyak antara satu sama lain. Pemuda Segamat sedang menunggu Sekijang untuk perlawanan balas, mungkin Badminton pula pada masa tersebut. Terima Kasih kepada Jiran kita Pemuda Bhg Segamat.

Pada 5hb Jun 2009 yang lepas pula, pada sebelah malam kami berpeluang untuk bermain badminton Persahabatan dengan Pemuda UMNO Cawangan Melayu Raya. Kehadiran ramai pemain dan juga penonton dikalangan warga penduduk dan pemuda cawangan sedikit merancakkan suasana perlawanan persahabatan tersebut. Kehadiran YB Adun Kemelah sebagai pelengkap program pada malam tersebut u ntuk menyampaikan cenderahati dan juga hadiah bagi perlawanan tertutup antara pemuda cawangan tersebut. Terima kasih kepada cikgu shamsul yang sudi menjemput kami menghadiri perlawanan persahabatan ini.

Kemudian pada 30hb Mei 2009 pula, kami digegarkan dengan kehadiran bendera Parti Keadilan Rakyat yang dikhabarkan mula membuka pejabat mereka dipintu masuk ke Pekan Bukit Siput. Kibaran bendera mereka menggamit kami daripada Pemuda Barisan Nasional untuk menggantung bendera BN disekitar kawasan tersebut. Dan hasil daripada desakan berterusan kami, pejabat MCA yang berada dihadapan bangunan PKR tersebut telah mula menggantung dan mempamer bendera parti dan juga Barisan Nasional. Pada malam tersebut, hampir 30 orang pemuda UMNO, 10 Orang Pemuda MCA dan 5 orang Pemuda MIC berkumpul diperkarangan pejabat MCA bukit siput untuk merealisasikan hasrat mendesak dan menekan kempimpinan MCA dibukit siput agar berunding sesama mereka bagi mengelakkan ahli mereka terus ditarik masuk ke PKR. Terima kasih kepada Sdr Zaki dan Ketua Cawangannya Tn Hj Sabtu yang hadir membantu bersama pemuda mereka pada malam tersebut. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kg Sedeng, Kemelah dan juga Sermin. Tidak Dilupakan juga Ketua Cawangan Taman Sri Medoi yang hadir mengambil gambar pada malam tersebut. Hidup BN. Kami selaku sayap barisan nasional akan terus pertahankan kekuatan parti keramat ini.