Sunday, 3 January 2010
Isu Gula, Beban Musim persekolahan Dan Isu Kalimah ALLAH'
Salam perjuangan..salam satu malaysia. Pagi ini terpanggil untuk menulis setelah mendapat kiriman sms dihantar kepada saya "Seorang pelajar sk rendah kena bayar RM 67 buku kerja, RM 20 Yuran, Buku Tulis RM 24..total RM111 seorang! Bayangkan ada 3-4 orang anak lain, ditambah yang bersekolah menengah lagi, macam mana orang miskin dapat hidup? Gula dah naik harga semalam..waalupun 20 sen sekilo..kita tak tau apa barang lain nak naik lagi..apa dah jadi"
Walaupun dihantar tanpa nama dan ditujukan kepada saya, keprihatinan seperti ini wajar dihayati dan diterjemah bukan mengikut kata hati, tetapi menggunakan waras akal. Saya percaya bukan seorang dua rakan kita yang terbeban menjelang musim persekolahan bermula. Tidak kurang juga yang merasakan bila masuk je sekolah segala wang ringgit terpaksa dikeluarkan demi masa depan anak-anak. Mungkin dalam keadaan tertekan, apabila terdengar berita kenaikan arga gula, walaupun 20 sen beban berat tadi makin terasa dibahu mereka yang sememangnya kurang dari segi pendapatan.
Kadang-kadang kita alpha juga..hal sekolah anak-anak cukup kita berkira, tetapi dalam urusan hiburan seperti bil astro, urusan rokok dan sebagainya tidak pula kita terlalu berkira walhal pendidikan adalah perkara pokok dan asas yg perlu kita dahulukan. Enahlah, tapi kalau kita tanya dengan rakan kita yang berbangsa Tiong Hwa yang sememangnya pelajaran merupakan teras utama perbelanjaan mereka, kita pasti malu dan segan. Mereka menyimpan wang demi persediaan anak-anak bila tiba musim persekolahan. jarang kita dengar keluahan daripada mereka menjelang awal tahun. mereka sememangnya membuat simpanan khas untuk perkara-prkara melibatkan pendidikan anakanak. Amalan baik seperti ini wajar kita pelajari dan turuti. Jangan samapi kita asyik berbelanja kepada perkara yang kurang berfaedah dan ia menjadi beban kepada kita menjelang musim persekolahan anak-anak.
Namun, sebagai rakyat yangmarhaein kita faham bukan semua saudara kita senang dan mempunyai pendapatan untuk mereka simpan. Masih ramai yang mmerlukan pembelaan. Jesteru, di sini Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang memohon agar pentadbiran YAB Perdana Menteri yang memastikan rakyat didahulukan, agar melihat dan tmengkaji masa yang sesuai untuk menaikkan harga gula dalam keadaan musim persekolahan yang baru bermula. Sebelum membuat keputusan, kami yakin kepimpinan YAB PM tentunya boleh mengambil kira pelbagai faktor dan masa sebelum ianya dilaksanakan.
Apa yang penting kini, diperingkat akar umbi, ramai yang melihat dan bakal menilai apakah kepimpinan ini begitu erihatin tentang permasalahan rakyat. Kami PPUM Bhg faham akan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sekarang. Namun, berbaloikah kita kehilangan sokongan rakyat hanya kerana menaikkan harga gula dimasa dan suasana yang kurang tepat. Berbaloikah kita melihat, penilaian rakyat yang rata-ratanya masih belum sedar sepenuhnya hasrat kerajaan bagi memastikan pengambilan gula dikurangkan atas sebab kesihatan? sedangkan pembangkang terus mengeksploitasi isu2 seperti ini bagi kepentingan mereka.
Isu Penggunaan Kalimah ALLAH
Kepada barisan pimpinan sekelian..isu penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh Herald Tribune Sarawak baru2 ini begitu mengguris perasaan umat islam. Kalau dulu kami tak pernah dengar perkara-perkara seperti ini berlaku. Adakah memang benar kehendak Allah, sudah tiba masanya Islam begitu diletakkan dalam keadaan hina kerana sikap pemimpin melayu islam dan ulamak yang sekadar hanya suka bercakaran sesama sendiri dan lbih suka menumpukan isu politik dan perjuangan parti daripada menjaga erpaduan dan kekuatan ummah.
Alhamdulillah malam tadi selepas program Ceramah Rakyat, atas rasa keinsafan dan rasa tercabar, kami telah melancarkan tandatangan bagi menyatakan rasa kurang senang degn isu ini. Seramai hampir lima ratus orang menandatangani dokumen Menentang Penggunaan kalimah'ALLAH' oleh gama selain Islam. Dan Kita akan hantar bantahan ini kepada Mufti Kerajaan negeri Johor untuk tindakan lanjut.PPUM bhg juga seiring dengan badan2 NGO Islam lain di Malaysia menentang perkara ini. Dan Kita mengharapkan semua pihak agar mengambil peranan masing2 samada dalam konteks individu mahupun badan2 pertubuhan untuk bangun bersama membantah tindakan herald tribune ini yang kita anggap terlalu kurang ajar untuk mereka menggunakan kalimah 'ALLAH' ini dalam agama mereka.
Sdr bayangkan contoh kisah dibawah ini dibawakan oleh penceramah kita Sdr Lokman Adam malam tadi. Katanya Disekolah semasa belajar subjek pengetahuan Islam, anak kita diberitahu oleh guru 'Allah' menyuruh kita bersembahyang dimasjid secara berjamaah 5 kali sehari..kemudian semasa berbual dengan seorang rakan yang baru selesai belajar subjek pendidikan moral, kebetulan guru itu berbangsa kristian, menyatakan dalam pembelajarannya 'Allah' menyuruh sembahyang berjemaah sekali seminggu di gereja...tak ke haru dan peningnya kepala anak2 kita kelak...fikir2kan...janganlah esok..perkara seperti dalam gambar diatas dilakukan, kita orang2 islam masih lagi membiarkan kutukan dan kecaman yang berterusan tanpa ada rasa jihad dalam diri ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Perjuangan.
ReplyDeleteTerpanggil saya untuk memberikan sedikit imput berkenaan dengan isu ini yang mana hangat diperkatakan, dan dijadikan alasan dan tajuk untuk diperbahaskan di mana-mana perjumpaan rasmi dan tidak rasmi.
Gula naik 20 sen setiap kilogram. Boleh kedengaran di mana-mana , masing-masing menentang kenaikan 20 sen tersebut. Saya ingin membawa tuan-tuan untuk berfikir sejenak atas kemunasabahan isu ini :-
1. Setiap kilogram gula, boleh dicedok menggunakan sudu biasa pada kadaran tidak kurang 100 sudu biasa, bermakna, kadaran setiap sudu adalah 1.7 sen sahaja.
2. Seorang manusia pada kadar biasa, akan menggunakan 2 sudu untuk sarapan (secawan), 2 sudu untuk minum pagi (secawan), 2 sudu untuk makan tengahari (secawan), 2 sudu untuk minum petang (secawan), 2 sudu untuk makan malam (secawan), dan 2 sudu untuk minum malam(secawan). Maknanya 12 sudu sehari , pada perkiraan biasa atau kiraan lebih kurang 20 sen sahaja. Dalam sebulan untuk minum sahaja, kosnya adalah RM 6.12. iaitu pada kadar lebihan 70 sen dari harga dahulu.
3. Ini bermakna, sebulan tambahan untuk setiap manusia untuk minum sahaja, adalah 70 sen.
4. Rata-rata merungut dengan kenaiikan ini.
5. Tetapi perkara yang ingin diperbandingkan adalah terutama bagi peminat SMS, setiap sms, kadar pukul rata setiap SMS 10 sen. Yang di hantar , ‘wat pe’ = 1 sms. ‘kat ner’ = 1 sms. ’askum’= 1 sms. Di sini sahaja telah berbelanja 30 sen.
6. Bagi peminat program realiti, SMS UNDI lagi mahal harganya, tetapi tak bising pun.
7. Bagi penghisap rokok, kadar hisapan sehari semakin meningkat. Menghisap rokok adalah membakar duit secara terang-terangan. Tak bising pun.
8. Bagi pemandu kereta, ada yang membeli aksesori yang tiada membantu apa-apa pun dari segi perfomance kereta, dengan harga yang tinggi.
9. Bagi penggemar alat solekan, harga alat solekan, bukannya murah. Tak ada yang sen sen. Semua ringgit ringgit.
10. Bagi penggemar memancing, alatan memancing tidak kurang harganya. Malahan masa lapang memancing, sambil memancing, menghisap rokok.
Moralnya adalah, kenaikan harga yang sedikit ini kepada bahan asas sepatutnya menyedarkan kita bahawa cara berbelanja kita terutama kepada barang-barang bukan keperluan mestilah dikawal. Kita mesti merancang perbelanjaan dengan baik, Ada duit lebih, baru lah boleh ‘dibazirkan’. Kalau tak cukup, yang asas mesti dilangsaikan.
Isu penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah HERALD.
Rata-rata umat Islam tidak bersetuju dan menunjukkan bantahan. YAB PM telah menyarankan agar rakyat terutama umat Islam yakin dengan tindakan kerajaan. Isu ini sensitif. Saya menasihatkan kepada sesiapa yang tiada asas ang kuat, dan tiada kaitan dengan prosiding tersebut, terutama yang ada kuasa dan jawatan , tidak perlulah membuat kenyataan akhbar sebagai penjawat. Mungkin sebagai peribadi bolehlah. Ini boleh mengundang implikasi yang besar. Berfikirlah dahulu sebelum membuat kenyataan. Biarlah YAB PM, YAB TPM, YB Menteri KDN dan YB S Menteri (Agama) membuat kenyataan. Lain-lain pembesar, jagalah perkataan yang hendak dikeluarkan. Memberi komen dan statement, memang adat sebagai pemimpin , tetap ada sesetengah komen dan jawapan boleh dijawab sebagai no komen atau biarlah Mahkamah menentukan atau biarlah Menteri berkenaan menjawabnya. Kalau ada isu sipi-sipi yang cuba diketengahkan, hati-hatilah. Wallauahlam.