Friday 7 October 2011

Serangan Terancang Menghancurkan Paksi Kenegaraan - Datuk Sohaimi Shahdan

Posted on Wednesday, September 21 @ 06:59:05 CDT
Topic: Kolumnis


Datuk Sohami Shahdan
Assalamualikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Pelampau demokrasi. Serangan ke atas beberapa instrumen dan paksi kenegaraan nampaknya semakin galak dilakukan oleh parti DAP.

2.Saya melihat serangan politikus sang penyangak demokrasi ini sudah kurang berkurangan halanya terhadap instrumen parti, sebaliknya gerakan serangan mereka pada waktu ini cukup fokus menyerang paksi kenegaraan.
3. Instrumen dan tiang kerajaan seperti Perlembagaan diikuti dengan pembantaian dan pemburukan imej instrumen kerajaan seperti SPRM, Kehakiman, Tentera, Polis dan beberapa lagi sudah dijadikan bahan kempen politik mereka dalam cubaan membawa imej buruk di mata rakyat dan masyarakat antarabangsa.
4. Pada tahun 2010 atau lebih tepat pada tarikh 15 ogos 2010, Mufti Besar Negeri Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria ada mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa terdapat 'gerakan' sulit untuk merubah Perlembagaan  di Malaysia.
5.Adakah situasi politik dan perencaan DAP pada saat ini adalah jelmaan kepada kenyataan Tan Sri Harussani ?
6. Tiga hari lepas, Adun DAP iaitu Manoharan sengaja melontar ide akan cita-citanya mahu merubah bentuk bendera Malaysia sekiranya DAP berkuasa pada Pru ke 13 nanti. Samada ia cubaan melihat riak ombak atau  ia lahir daripada sikap cuba menyangakkan nama demokrasi,itu saya kurang pasti.
7. Namun yang jelas, sejak mereka menguasai beberapa negeri sebenarnya sudah kedapatan dan keberanian pengimplementasian menghancurkan isi-isi utama Perlembagaan. Seperti contoh, hari pertama Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang antara perkara pertama dilakukan adalah menghapuskan perlaksanaan DEB.
8.Tony Pua pernah mempertikaikan isu keselamatan negara dalam kes pembelian kapal perang milik TLDM. Kekonsistensi DAP menyerang paksi-paksi kenegaraan nampaknya semakin melampau.
9.Saya bersetuju untuk kita meraikan perbezaan pendapat dan pandangan politik, tetapi bila ada usaha yang terancang mahu merosakkan imej dalam paksi kenegaraan, sewajarnyalah rakyat bangun dan mempertahankannya. 
10. Pelampau demokrasi ini wajar ditumbangkan pada PRU ke 13 nanti.
Datuk Sohaimi Shahdan
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Jangan Jadikan Hudud Bahan Komoditi Politik - Ustaz Najmuddin


Posted on Wednesday, October 05 @ 06:15:37 CDT
Topic: Berita / Isu Semasa



KUALA LUMPUR 5 Okt – Semua  pihak diingatkan agar tidak menjadikan hukum hudud sebagai bahan komoditi politik sebaliknya mencari bahan lain untuk dijadikan senjata  kepada survival politik masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias  Al-Hafiz berkata kemelut mengenai perkara itu hanya akan memberi imej yang tidak baik kepada Islam yang mana hukum Allah itu seolah-olah menjadi bahan untuk mencari sokongan.
Sambil mengakui hukum hudud itu adalah wajib dan ianya terkandung di dalam al-Quran, beliau seterusnya melontarkan persoalan apakah  persediaan ke arah itu telah dilaksanakan dengan baik dan melalui kajian menyeluruh.
“Cakap memanglah boleh…Namun banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu….Sebab itu saya tidak setuju  ianya seolah-olah digunakan untuk mencari sokongan politik tanpa kajian menyeluruh. Betul kita kena buat…namun apakah kita benar-benar bersedia.
“Apakah sudah ada satu garis panduan yang betul yang menepati kehendak syarak…dan tidak mahulah pula garis panduan yang hanya ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Kita buat itu biarlah menyeluruh,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menasihatkan mana-mana pihak yang berterusan menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik agar melihatnya secara menyeluruh.
“Carilah bahan lain untuk dijadikan modal. Banyak lagilah saya rasa yang boleh mereka kupas dan jangan jadikan agama sebagai batu loncatan. Itu saya sama sekali tidak setuju kerana Islam juga yang akan terkena tempiasnya kelak.
“Janganlah kerana politik segala-galanya boleh dilakukan kerana akhirnya kita umat Islam yang rugi. Apa yang diutamakan hari ini adalah penyatuan ummah yang membawa kepada kecemerlangan bersama demi agama, bangsa dan negara,“ katanya. -Sumber : Media UMNO

Wednesday 5 October 2011

Hebahan Program Jelajah Francais 1Malaysia -BEPU PPUMNO Malaysia & PERDASAMA Peringkat Negeri Johor

Program anjuran Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia (BEPU) dengan kerjasama Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Muar ini akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh      :    09hb Oktober, 2011
Tempat    :     Muar Traders Hotel,
                       No. 16, Jalan Petrie, 84000 Muar, Johor.
Perasmian Oleh      :      YB Dato' Razali Bin Ibrahim
                                        Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Aturcara Majlis : 

8.00 pagi      :    Pendaftaran 
8.40 pagi      :    Minum Pagi / Jamuan  
8.55 pagi      :    Taklimat / Alu-Aluan Pengerusi BEPU, Ybhg. Dato' Sohaimi Bin Shahdan.
9.00 pagi      :    Taklimat 1
10.00 pagi    :    Taklimat 2
11.00 pagi    :    Rehat
11.15 pagi    :    Sesi 3
12.00 tgh     :     Majlis Perasmian 
                    :    Doa
                    :    Ucapan Penganjur 
                    :    Ucapan VIP
                    :    Penyampaian Cenderahati
                    :    Sidang Media 
                    :    Makan Tengah Hari /Jamuan 
2.30 ptg       :    Sesi 4
4.00 ptg       :    Minum Petang 
                    :    Bersurai 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut layangkan kepada :-

                Hj. Jamaludin Bin Rasip ( NKP Bahagian Sekijang )       019 7170393

                Hj. Mohd Fuad Bin Tukirin ( KP Bahagian Bakri )          013 6266668

TUAN/PUAN ADALAH DIJEMPUT HADIR.

Tahukah Anda?


TAHUKAN ANDA 1 
Tahukah anda bahawa seorang pesara Tentera atau Pesara Polis, adalah tidak secara automatik menjadi Pengundi Awam selepas bersara. Oleh itu jika anda bersara daripada Perkhidmatan Tentera atau Perkhidmatan Polis, anda perlu membuat pendaftaran yang baru menggunakan Kad Pengenalan Awam (Mykad) untuk menjadi seorang Pengundi Awam.
TAHUKAN ANDA 2
Tahukah anda bahawa penentuan Lokaliti dan Pusat Mengundi untuk anda adalah ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan anda. Oleh itu untuk memohon pertukaran alamat Pusat Mengundi, anda perlu menukarkan alamat terkini anda dalam Kad Pengenalan anda terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk memohon pertukaran Pusat Mengundi, anda perlu HADIR SENDIRI dengan membawa Kad Pengenalan atau Resit Sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran SPR di seluruh negara atau di mana-mana Pejabat Pos (berkomputer) di seluruh negara.

Sumber Bahan : www.spr.gov.my

Monday 3 October 2011

Foto-Foto Sekitar Majlis Jamuan Raya 2011













Alhamdulillah, Majlis Jamuan Raya PPUMNO Bahagian Sekijang telah selamat diadakan pada 28hb September 2011 di dewanraya Kg. Paya Pulai,Segamat.Majlis pada malam itu telah dihadiri oleh orang ramai yang terdiri daripada AJK UMNO Bahagian,Wanita,Pemuda & Puteri UMNO Bahagian,Pemuda-Pemuda cawangan, dan juga penduduk-penduduk setempat.

Bagi pihak  PPUMNO Bahagian Sekijang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua NGO dan individu yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam tersebut terutamanya kepada Persatuan Belia Generasi Baru (BGB) yang diketuai oleh Sdr. Hj. Md. Salleheen Bin Hj. Mohamad kerana bersama-sama bertindak sebagai penganjur majlis.Juga berbanyak-banyak terima kasih kepada Pemuda-Pemuda Cawangan Zon 1 kerana telah menyumbangkan menu-menu hidangan yang amat menyelerakan untuk para jemputan.

Insya Allah, jumpa lagi tahun hadapan!