Sunday 21 February 2010

Kursus Pengurusan Dan Solat Jenazah

Tanggal 21 Februari 2010,di Kampung Melayu Raya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dibawah Biro Pendidikan yang dipimpin oleh Sdr Ahmad Shamsul Bin Tumijan, telah pun melaksanakan satu program fardhu kifayah iaitu kursus pengurusan dan solat jenazah bersama Ustaz Abd Latif yang didatangkan khas dari Rumah Mayat Hospital Segamat.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shamsul dan juga barisan kepimpinan biro seliaan beliau yang berjaya mengubah mentaliti yang biro pendidikan tidak terbatas hanya memikirkan program berkaitan dgn alam persekolahan sahaja. Ia mencakupi sehingga ke program berbentuk ilmiah agama seperti hari ini.

Terima kasih juga kpd Tuan Rumah khasnya orang kampung Melayu Raya yang sudi 'dimandi' dan 'dikafankan' oleh Ustaz Latif dalam usaha untuk memaham dan mempelajari selok-belok pengurusan jenazah ini.

Dengan jumlah peserta seramai hampir 60 orang, kursus ini diharap dapat menjadi medan pembelajaran ilmu fardhu kifayah yang sememangnya generasi muda seperti kita dituntut untuk belajar dan mengetahuinya. Syabas kepada semua yang terlibat.

Kemudian selepas selesai program ini, kesemua exco pemuda yang turut hadir pada program ini telah beramai-ramai hadir ke majlis kenduri kahwin salah seorang ahli pemuda cawangan di kampung Sri Dagang. Meriah sungguh majlis ini kerana mereka diraikan oleh kumpulan rewang pemuda cawangan seramai hampir 15 org membantu melicinkan perjalanan majlis pada hari ini.

Apa yang menarik ialah mereka mengamalkan konsep hidang dimana konsep ini diketahui hampir pupus amalannya diganti dgn kaedah makan secara buffet. Seronok dan kami sempat berbual dan mendengar beberapa perkara berkaitan cawangan bersama Ketua Pemuda Sdr Omar dan Ketua Cawangan Sdr Abu Noh. Tahniah juga kepada kumpulan kugiran Kg Sri Dagang yang dipimpin oleh Sdr Naib Ketua Pemuda Cawangan tersebut. Terima Kasih Sahabat atas layanan yang telah diberikan....

Thursday 18 February 2010

Siapa Ahli2 Parlimen Australia ni Sebenarnya?



Menurut Sdr Lokman Adam, Exco pemuda UMNO Malaysia...

'Michael Danby MP Port Melbourne,Victoria.Kawasan Parlimen beliau merupakan kawasan yg punyai paling ramai pengundi dari golongan gay, lesbian dan yahudi. Danby masa di University of Melbourne merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Yahudi. Beliau merupakan pejuang gay, lesbian dan Yahudi yg banyak mempengaruhi Paul Keating dan Bob Hawke supaya ... See moremengecam Tun Mahathir. Ini adalah krn Tun M lantang pertahan Palestin dan menentang kekejaman Israil.Danby sebelum jadi MP pernah jadi editor akhbar Australia-Israel Review. Bagi membuktikan ketegasan beliau sbg penyokong gay dan lesbian, Danby telah melantik Adam Carr, seorang gay dan aktivis gay/lesbian sebagai Pegawai Khasnya. Adam adalah bekas editor Majalah Homoseks Australia. '

Maka tak hairanlah kalau mereka semua menyokong Anwar. Di Australia meliwat bukan suatu kesalahan. TApi kita nak ingatkan mereka, ini Malaysia, bukan Australia.


Ucapan penerangan beliau semasa Penyerahan Memo Bantahan Kepada Kedutaan Australia oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 17/2/2010 di Jalan Yap Kwan Seng.

Tindakan segelintir ahli parlimen australia tersebut menampakkan bahawa ada segolongan rakyat malaysia yg menjemput campurtangan asing ke dalam pentadbiran Msia.

Sejarah telah 'mengajar' kita berkenaan perkara ini, dan akibatnya amat buruk jika dibiarkan.

1. Kehadiran Francis Light dan penjajahan KHTI ke Pulau Pinang.
2. Kehadiran kuasa portugis di Melaka.
3. Pelantikan Residen Inggeris di Negeri2 Melayu Bersekutu & Tidak Bersekutu
4. Pelantikan Konsul General di Johor
5. Pen'jemputan' kuasa belanda bagi mengekang kuasa portugis di melaka.
6. Pemerintahan generasi brook di swak.
7. Penjemputan kuasa AS ke bumi iraq & afghanistan.
8. 'Pengiktirafan' pembentukkan MPAJA dalam melawan Jepun, sehingga menyebabkan MPAJA mengganas selepas Jepun menyerah diri.

Jalan penyelesaian diplomatik

Syorkan kepada mereka untuk melantik peguam (yg non political sided) untuk mewakili mereka sebagai 'watching brief' dalam perbicaraan kes itu, tertakluk kepada kebenaran Mahkamah atas locus mereka.

Kes Liwat ANWAR: Dari Kaca Mata Seorang Peguam

Seksyen 377B KK menyatakan:

Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

Contoh kes dalam pertuduhan ini adalah sebagaimana berikut :-

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

RAYUAN JENAYAH NO: B – 09 – 5 – 2008

ANTARA

ABDULLAH BIN MOHD ISA PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA RESPONDEN

KORUM:

1. Korum : Y.A. Datuk Haji Suriyadi bin Halim Omar, HMR

Y.A. Dato’ Hasan bin Lah, HMR

Y.A. Dato’ Ahmad bin Haji Ma’arop, HMR

2. Peguam Perayu/OKT : Tidak hadir.

3. Timbalan Pendakwa Raya : Munahyza binti Mustafa

RAYUAN:

Ini adalah rayuan Perayu/OKT terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Januari 2008 yang mengekalkan sabitan Perayu/OKT terhadap 3 kesalahan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan dan mengekalkan hukuman penjara 15 dan 17 tahun berjalan serentak dan penjara 20 tahun berjalan berturut-turut tetapi mengurangkan jumlah keseluruhan sebatan daripada 30 sebatan kepada 20 sebatan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH:

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan perdengaran rayuan Perayu/OKT ke tarikh 24 MEI 2010 kerana Notis Bicara hanya dialamatkan kepada Perayu/OKT di penjara tetapi tidak dialamatkan kepada peguam Perayu/OKT yang baru dilantik. Mahkamah Rayuan tidak mempunyai notis tentang perlantikan peguam itu.

TARIKH KEPUTUSAN : 19 JANUARI 2010

TARIKH AKHIR PENFAILAN NOTIS RAYUAN : Tidak berkaitan.

PERTUDUHAN:

Pertuduhan Pertama Pindaan

Bahawa kamu pada 8 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Kedua Pindaan

Bahawa kamu pada 10 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Ketiga Pindaan

Bahawa kamu pada 12 Julai 2003, di antara jam 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam, di rumah No: 34, Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang, di dalam daerah Gombak, negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar kamu ke dalam dubur Mohd Ghazali bin Puteh (K/P: 850823-08-6695) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

FAKTA KES:

a) Perayu/OKT telah meliwat mangsa PW1 yang baru berumur 18 tahun pada 3 malam yang berbeza dalam tempoh seminggu PW1 bermalam sebilik dengan Perayu/OKT di rumah yang disediakan oleh majikan mereka. Tidak tahan diperlakukan begitu, PW1 telah mengadu kepada PW3 yang kemudiannya memberitahu PW6. PW6 kemudiannya telah mengambil PW1 dari rumah tersebut dan membawa PW1 membuat laporan polis.

b) Perayu/OKT pada awalnya dituduh di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan tetapi di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen telah meminda pertuduhan daripada seksyen 377C kepada seksyen 377B dan memanggil Perayu/OKT membela diri di bawah Seksyen 377B Kanun yang sama. Di akhir kes pembelaan, Perayu/OKT telah disabitkan bersalah terhadap 3 pertuduhan di bawah Seksyen 377 B dan dihukum seperti berikut:

i) Pertuduhan Pindaan Pertama: penjara 15 tahun dan 10 sebatan;

ii) Pertuduhan Pindaan Kedua: penjara 17 tahun dan 10 sebatan;

Kedua-dua hukuman Pertuduhan Pertama dan Kedua berjalan serentak; dan

iii) Pertuduhan Pindaan Ketiga: penjara 20 tahun dan 10 sebatan;

Hukuman bagi Pertuduhan Ketiga berjalan berturutan selepas pelaksanaan hukuman-hukuman lain yang dijatuhkan terhadap Perayu/OKT.

c) Tidak berpuashati terhadap keputusan itu, Perayu/OKT merayu ke Mahkamah Tinggi.

d) YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan tetapi mengurangkan jumlah sebatan daripada 30 menjadi 20 sebatan berdasarkan seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah.

e) Perayu/OKT masih tidak berpuashati dengan keputusan itu lalu merayu ke Mahkamah Rayuan.

HUJAHAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA:

Seperti dilampirkan.

HUJAHAN PEGUAMBELA RESPONDEN:

Tiada

ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH:

Tiada.

CADANGAN TPR:

Tidak berkaitan.

Disediakan oleh:

(Munahyza binti Mustafa)

Peguam Kanan Persekutuan / Timbalan Pendakwa Raya

Unit Rayuan

Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan

Pertuduhan telah dikemukakan kepada YB DSAI, di bawah seksyen ini, yang mana SP1 iaitu pengadu sedang dalam proses memberikan keterangan sebagai Keterangan Utama dalam Pemeriksaan Utama. Bukanlah niat menulis di sini untuk menyentuh persoalan berkaitan dengan fakta kes, tetapi terpanggil untuk menulis sedikit makluman, memandangkan terdapat rakan-rakan yang bertanyakan secara sinis berkaitan dengan laporan akhbar yang menyentuh persoalan ‘seksualiti’ dalam keterangan Saudara Saiful.

Hendaklah kita ambil perhatian bahawa selagi mana kes dalam proses perbicaraan, kita sebagai orang awam, adalah lebih baik, teratur dan wajar agar tidak membuat komen atau telahan berkenaan dengan intipati keterangan, memandangkan proses Pemeriksaan Balas (cross examination) oleh barisan peguam yang bijaksana mewakili YB DSAI masih belum bermula. Secara umum, apabila seorang saksi member keterangan di mahkamah, ianya akan dimulakan oleh pihak yang membawa saksi ini ke mahkamah untuk Pemeriksaan Utama (Examination in chief), dan dalam proses ini, akan mengemukakan fakta yang diadukan, dan menandakan barang kes, termasuk juga menunjukkan tempat kejadian (jika berkenaan) serta mengenalpasti apa-apa fakta yang berkaitan, termasuk mengecamkan pelaku. Kemudian, saksi akan disoal balas (cross-examined) untuk 3 tujuan utama, menyangkal keterangan awalnya, meletakkan keterangan pembelaan dan juga mencabar (impeache) kredibiliti saksi. Selepas proses ini selesai, maka beliau akan disoal semula dalam re-examination untuk ‘membetulkan dan menjelaskan’ kesan dari soalan-soalan balas.

Dalam pertuduhan melibatkan kesalahan seksual, pengadu akan memberikan keterangan , sememangnya spesifik dan secara terperinci berkenaan perlakuan yang dilakukan (dan sememangnya cerita seks). Seperti contoh, mengecamkan dan mendeskripsikan tentang ciuman, kemaluan, cara kemasukan, rasa akibat kemasukan, kesan akibat kemasukan, apa yang dibuat sebelum dan selepas kemasukan, dan sebagainya. Sebab itulah, apabila keterangan ini dikemukakan, ianya dibuat secara tertutup (in camera). Maknanya, hanya pihak berkaitan sahaja yang akan ada dalam bilik mahkamah untuk mendengar keterangan ini. Lain-lain orang akan diperintahkan keluar dari bilik mahkamah, sehingga ianya selesai. Keadaan ini biasa berlaku dalam perbicaraan kes seksual. Kita jangan sempitkan pemikiran bahawa saksi menceritakan sesuatu yang memalukan, dan takkan lah ianya berlaku. Apa yang perlu kita letakkan dalam pemikiran mestilah menjurus kepada prosedur bahawa aduan telah dibuat, pelaku telah disiasat, pihak pendakwaan telah mengumpulkan bahan bukti, pihak pendakwaan juga merekodkan pernyataan saksi sama ada di bawah seksyen 112 dan/atau 113 kanun acara jenayah. Pihak pendakwaan juga telah merekodkan bukti-bukti dalam kertas siasatan dan mengemukakan pertuduhan di Mahkamah. Proses mahkamah akan dilaksanakan dengan mengemukakan bahan bukti. Dalam perbicaraan, Orang Kena Tuduh (OKT) akan mencabar dan cuba menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan. Mahkamah akan membuat keputusan sewajarnya. Kalau difikirkan secara politik, sudah tentu penyokong OKT akan ‘mati-mati’ mengatakan OKT tidak bersalah. Ini perkara biasa.

Menyentuh soal perbicaraan, ia ada tatacaranya. Dalam perbicaraan, ia adalah peperangan. Ada taktik. Ada muslihat. Ada prinsipnya. Ada kod etika nya.

Dalam kes YB DSAI, dari peringkat permulaan, barisan peguam beliau, telah membuat permohonan demi permohonan, yang mana pada pendapat saya, memang berasaskan kepada prinsip pembuktian, tetapi ia berlapikkan taktikal untuk tujuan sebagaimana berikut :-

(a) Mencabar keputusan hakim dalam perkara awalan (preliminary)

(b) Menarik masa perbicaraan agar barisan pembelaan ‘cukup’ masa untuk membuat sesuatu dalam kesnya

(c) Melengahkan perbicaraan untuk ‘meluputkan bahan bukti’.

(d) Menimbulkan tidak puas hati atau kemarahan hakim bicara

(e) Melengahkan masa perbicaraan, untuke menunggu pilihanraya baru.

(f) Dll

Dalam proses perbicaraan juga, bantahan-bantahan dikemukakan, dengan nada dan pilihan ayat yang kadang kala tidak sopan, dengan tujuan membangkitkan kemarahan hakim, kerana apabila hakim tersilap dalam perbicaraannya, ia adalah asas kepada rayuan, dan juga asas untuk menukar hakim (recuse) seperti mana yang sedang dilakukan sekarang.

Apa yang berlaku sekarang adalah pihak barisan peguam YBDSAI telah membuat pelbagai permohonan, dan rayuan tiga (3) lapis sehingga ke mahkamah persekutuan, dan menggunakan alasan ‘pending appeal’ untuk menangguhkan perbicaraan. Tetapi di prosiding sebelum ini YA Hakim Bicara telah menolak permohonan penangguhan, sementara menunggu keputusan rayuan OKT di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah telah meneruskan dengan bicara saksi pertama. Kemudian apabila kes berjalan , pihak peguam DSAI telah menimbulkan isu berkenaan dengan perkataan ‘lagi’ dan ‘tindakan wartawan mengambil gambar’, yang mana ‘katanya’ YA Hakim telah membuat ‘ruling yang berkaitan’. Atas ‘ruling’ berkenaan, maka barisan peguam DSAI telah membuat permohonan untuk ‘recuse’ YA HAKim Bicara. Permohonan ini terpaksa dijalankan kerana ia menyentuh persoalan pokok prinsip keadilan. Kesannya, kes ini tertangguh lagi.

Kesan dari permohonan ini juga ada dua , sama ada YA Hakim akan menarik diri dari mendengar bicara ini atau meneruskan. Kalau meneruskannya, sudah pasti rayuan akan dibuat ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (ambil masa lagi). Dalam keadaan ini, sukar untuk hakim bicara meneruskan bicara, kerana kalau Mahkamah atasan membenarkan permohonan recuse ini, maka apa akan jadi kepada keterangan yang direkodkan oleh Hakim Bicara itu. Kalau ditukar hakim, memang akan tangguh lagi, sebab nak tetapkan hakim baru dan untuk hakim baru membaca nota prosiding, agar tidak berlaku pertelingkahan ruling. Secara amnya, kes akan ditangguhkan lagi.

Apabila kes ditangguhkan, maka masa akan berjalan. Pihak politik DSAI bersiap sedia menggunakan isu ini untuk ‘point utama’ dalam rally kempen pilihanrayanya kerana isu ini melangkaui kemunasabahan orang-orang atas pagar. Dan inilah yang ditunggu-tunggu untuk merampas putrajaya. Apabila ini berlaku, maka ‘mungkin’ sesuatu akan dilakukan terhadap kes ini (mana la kita tahu, sebab mereka mungkin terdesak untuk melakukannya).

Justeru itu, apa yang saya boleh katakana, bahawa pihak DSAI telah membuat persediaan dan perancangan yang sangat kemas dan teratur serta teliti. Beliau telah mendasarkan perancangan beliau dengan mengambilkira semua pihak, dari segi politik, undang-undang dan psikologi kempen pilihanraya. UMNO dan BN jangan lah leka. Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Read between the line, kerana UMNO dan BN bukan menghadapi lawan yang bodoh, tetapi lawan tinggi ilmunya yang sering diperlihatkan sebagai bodoh. DSAI tahu dengan mendalam semua rahsia orang UMNO dan BN. DSAI juga mengetahui strategi UMNO dan BN, kerana beliau antara orang yang mencernakannya dahulu. DSAI juga mengetahui perhal PR. Beliau mengetahui semuanya. Beliau juga mempunyai sokongan moral, kewangan dan modal insan untuk terus menongkah ke atas.


Wallahu a'lam.

Monday 8 February 2010

KPI Pemuda UMNO Bhg: Roadshow Program Jom Daftar

Setelah mendapat arahan drpd PPU malaysia agar memastikan proses pemutihan Ahli UMNO diperingkat Pemuda dilaksanakan, Pemuda Sekijang telah mengambil inisiatif utk menggerakkan Biro Keahlian Dan daftar Pemilih lebih proaktif.

Atas semangat itu juga, pengerusi Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih yang diketuai oleh Sdr Mohd Ridhuan Yunus telah bergerak dalam siri Roadshow beliau ke cawangan-Cawangan, program2 UMNO dan kampung utk bersama dgn mereka dalam membantu proses pemutihan ahli dan juga pendaftaran ahli baru. Beliau juga telah menyediakan senarai nama kepada semua cawangan dgn nama ahli pemuda yang masih belum berdaftar dgn SPR. Nama2 ini akan diserahkan kpd ketua2 Pemuda Cawangan agar mereka dapat mengenalpasti dan seterusnya bantu mereka berdaftar dgn SPR.

Dlm Roadshow ini juga, pendaftaran pengundi Muda menjadi keutamaan dan penambahan keahlian UMNO juga mendapat perhatian golongan muda yang ingin bersama dengan parti keramat ini. InsyaAllah, kita akan teruskan usaha ini. Salam Perjuangan

Dalam pada itu, pada hari ahad lepas satu program gotong royong membersih dan mengecat semula astaka di padang Kg Pogoh telah dilaksanakan oleh pemuda Cawangan Pogoh 2 yang diketuai oleh KP Sdr Iswadi Ahmad. Beberapa org Exco PPUB turut hadir bersama dgn mereka.