Sunday 25 October 2009

Musim EGM: Masa untuk menukar Pemimpin...

Salam semua. Agak lama tak menulis dalam blog pemuda sekijang ni. kali ni saya nak menyentuh tentang usaha beberapa parti tak kira yang dalam BN mahupun yang selalu menentang BN. tahun ni macam tahun EGM plak. Bermula dengan UMNO (yang semua tahu jadi benchmark kepada semua parti di Malaysia) membuat perubahan kepimpinan Mac lalu. Diikuti dengan beberapa komponen seperti MCA dan MIC dan baru2 ni pula kebetulan UMNO membuat persidangan khasnya meminda perlembagaan yang memberikan impak yang cukup positif dikalangan pemerhati politik, beberapa parti melihat proses EGM samada biasa mahupun luarbiasa ada kelebihannya.
Bertitik tolak dari semangat dan kuasa Rakyat dan akar umbi membuat keputusan, MCA telah secara berani membuat EGM luar biasa bagi menetukan nasib presdien dan timbalanya. walaupun hari ni macam dah ok, tapi api ketidakpuasan hati masih lagi ditiup dikalangan penyokong masing2. Dan dalam keadaan kepanasan begini rupanya Nik Aziz juga terpanggil utk menyaran EGM luar biasa hanya kerana konsep kerajaan perpaduan yang dilaungkan presiden mereka pada muktamar yang lepas.

Bersungguh2 org tua ni nak buat EGM. TPM sendiri memberi komen PAS begitu ketara kini perselisihan diantara 2 puak besar erdogen dan ulamak. Didalam facebook pun dilihat betapa pertentangan antara mereka semakin ketara. Sesungguhnya Syurga yang dilaungkan PAS rupanya syurga dunia. Di sini mereka memperlihatkan betapa sikap dan perangai manusia yang kononya sayangkan parti dan tidak puas hati dikalangan ahli memberikan sebab kenapa PAS adalah sebuah parti politik yang sadurkan Islam sebagai pakaian sahaja untuk menarik golongan tertentu menyebelahi mereka. Mungkin ada yang benar2 berjuang demi agama tetapi ramai diatas hanyalah memperguna dan mengambil peluang utk kepentingan individu masing2.
BN dan UMNO perlu mengambil peluang kali ini untuk meneruskan kekuatan konsep 1 malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Kita kuatkan kembali parti kesayangan kita ni. Biarkan PAS terjun dgn labu2nya. Kita yang dah melalui pelbagai proses untuk meneruskan legasi kepimpinan dibumi bertuah malaysia ni, kita tekadkan bersama perjuangan ini.

Salam 1 Sekijang...

Thursday 1 October 2009

Ziarah Dan Jamuan Aidilfitri Pemuda UMNO Sekijang


Salam Sejahtera Semua, Ketibaan Syawal kali ini dianggap memberikan satu signifikan baru kepada warga Pemuda UMNO Bhg Sekijang. Kali ni kami berpeluang menziarahi dari rumah ke rumah AJK dan juga Ketua Pemuda Cawangan dalam Bhagaian Sekijang. Terbaru malam tadi rombongan 'mengejut' kami telah singgah beraya dirumah NKP Kemelah Jaya pd jam 11 mlm. Dlm keadaan sedikit kelam kabut, sdr Yusof dapat juga melayan karenah rombongan seramai 15 org bertandang ke teratak ayahanda mertua beliau di Felda Kemelah Cwgn Kemelah Jaya Peringkat 02. Seronok juga dapat berkenalan dgn warga emas Felda Kemelah.

Pada hari Ahad lepas pula bermula jam 10 pagi di rumah Sdr Azam Kg Gubah, rombongan terus ke rumah Sdr Amin di Padang lalang, Singah di Rumah Sdr Saleh dan Suratman di Bandar Putra, langsung ke Rumah YB Ayub dan singgah di Bukit Siput rumah sdr Farid. Kemudian lalu di kg Sedeng beraya di rumah sdr Khairi dan terus ke taman Sri Pelangi dirumah Sdr Salihin. Kemudian rombongan berehat sebentar utk solat maghrib dan isyak sebelum ke Rumah Hj Sabtu di Felda Pemanis dan rumah Pn Masayu di Kg Tungku 3.

Cuma oleh kerana seronok sakan beraya, terlupa nak abadikan saat2 indah bersama di dalam bentuk gambar untuk tatapan semua di laman Blog ini. InsyaAllah akan datang kita cuba upload gambar2 baru. Kepada rumah yg masih belum dilawati, nantikan kehadiran Rombongan Raya PPUB Sekijang.

Jamuan Hari Raya
Pemuda UMNO Sekijang akan menganjurkan Majlis Tahlil Kesyukuran dan Jamuan Sempena Aidilfitri pada 3/10/2009, Hari Sabtu, Jam 8 Malam hingga jam 12 Malam bertempat di rumah Sdr Ketua Pemuda di No: 1, Jalan Astakajaya 12, Taman Astakajaya, Segamat, Johor. Semua rakan-rakan sekelian tak kira parti, agama dan bangsa dijemput hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima Kasih. Peta Lokasi Seperti Imej Diatas. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.