Setelah mendapat arahan drpd PPU malaysia agar memastikan proses pemutihan Ahli UMNO diperingkat Pemuda dilaksanakan, Pemuda Sekijang telah mengambil inisiatif utk menggerakkan Biro Keahlian Dan daftar Pemilih lebih proaktif.
Atas semangat itu juga, pengerusi Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih yang diketuai oleh Sdr Mohd Ridhuan Yunus telah bergerak dalam siri Roadshow beliau ke cawangan-Cawangan, program2 UMNO dan kampung utk bersama dgn mereka dalam membantu proses pemutihan ahli dan juga pendaftaran ahli baru. Beliau juga telah menyediakan senarai nama kepada semua cawangan dgn nama ahli pemuda yang masih belum berdaftar dgn SPR. Nama2 ini akan diserahkan kpd ketua2 Pemuda Cawangan agar mereka dapat mengenalpasti dan seterusnya bantu mereka berdaftar dgn SPR.
Dlm Roadshow ini juga, pendaftaran pengundi Muda menjadi keutamaan dan penambahan keahlian UMNO juga mendapat perhatian golongan muda yang ingin bersama dengan parti keramat ini. InsyaAllah, kita akan teruskan usaha ini. Salam Perjuangan
Dalam pada itu, pada hari ahad lepas satu program gotong royong membersih dan mengecat semula astaka di padang Kg Pogoh telah dilaksanakan oleh pemuda Cawangan Pogoh 2 yang diketuai oleh KP Sdr Iswadi Ahmad. Beberapa org Exco PPUB turut hadir bersama dgn mereka.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang aktif dan prihatin. Teruskan aktiviti yang dilaksanakan.
ReplyDeletePastikan jentera penggera mempunyai ilmu pengetahuan yang sewajarnya dan sampaikan maklumat dasar dasar kerajaan kepada orang awam.
Praktikkan asas mentor mentee, berkenaan dengan orang-orang baru, untuk mengekalkan amaun culaan penyokong.