Monday 24 August 2009

Mufti Perlis Bapak Setan - Badrul Amin

Ulama agung Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti tersebut tanpa segan silu memaki hamun dan memperlekehkan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu ceramah Pas dan PKR di Kelantan

Wednesday 19 August 2009

Perlawanan Sillaturahin Dgn Pemuda Cwgn Kemelah Jaya





Alhamdulillah, Mlm tadi telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Pemuda Cwgn Kemelah Jaya Dgn kami. Rombongan tiba awal sebelum masuk waktu isyak, kami solat jemaah di masjid Kemelah. Kemudian, terus ke Dewan Felda Kemelah untuk bersama-sama dgn para pemain. Turut Sama hadir untuk meraikan perlawanan persahabatan, Ketua UMNO Cawangan Kemelah Sdr Manap@Jaafar Ahmad dan Juga Pak Hussein Ketua UMNO Cawangan Kemelah Jaya. Bersama dgn kami juga ADUN Kemelah YB Ayub Rahmat. Seramai 40 org hadir mlm tadi samada sbg permerhati, pemain mahupun tukang sorak. Terima kasih dan semoga sillaturrahim yg terjalin berkekalan.

Monday 17 August 2009

Penubuhan Penaja Pemuda Cawangan Sri Rahmat





Salam Semua...pda 15hb Ogos 2009 yg lepas, Pemuda UMNO Bhagian Sekijang menerima kehadiran Pemuda Cawangan baru daripada Kg Sri Rahmat ( Tekam 3) untuk bersama-sama berjuang dan menjaga amanah parti keramat kami. Kehadiran Tn Hj Mislan Muslim selaku Ketua UMNO cawangan dan juga Tn Hj Roslan yang juga merupakan Setiausaha UMNO Cawangan memperlihatkan lagi kesungguhan pihak UMNO Cawangan dalam mencari barisan pelapis pemimpin muda dari kampung Sri Rahmat. Tahniah Diucapkan.

Saturday 15 August 2009

Rupanya Hassan Ali Hanya "Hangat-hangat Tahi Ayam"

Hasil tulisan seoarng Blogger Pemuda, Dr Novandri Hasan Basri

Pada mulanya, tindakan Hasan Ali, exco kerajaan Selangor dianggap sebagai jaguh oleh kebanyakan orang apabila beliau melawan arus dan berdepan dengan rakan karib politik beliau iaitu DAP di Selangor.

Beliau bermati-matian 'berperang' agar arak diharamkan di Selangor. Liputan berita demi berita mengenai 'kejaguhan' Hasan Ali telah berkemundang di media-media terutamanya media siber Pas.

Mereka menulis serta mengambarkan Hasan Ali sebagai seorang jaguh Islam yang tidak takut dan tidak gentar untuk menegakkan kebenaran dan syiar Islam.

Komentar-komentar di web-web pro-Pas juga memberikan komentar serta pujian yang menggunung kepada Hasan Ali. Pokoknya, Hasan Ali adalah saviour atau penyelamat umat Islam di Selangor ini!

Rupa-rupanya, sandiwara Hasan Ali hanya sekejap sahaja dan hati beliau terlentur layu dek kebijaksanaan DAP menguasai dan mengawal rakan politik mereka, parti Pas.

"Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.

"Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya Pas negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama.

"Turut hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua 'sudah selesai'.

"Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie.

"Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah," kata Anwar berseloroh.....

Dan seperti biasa pemimpin-pemimpin pembangkang tidak akan lari dari perangai buruk mereka dengan menyelit nama parti lawan mereka dan menyalahkan pihak media di atas isu mereka itu.

.....Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.... - MalaysiaKini

Kini parti Pas sudah kehilangan topik dan tidak boleh lagi mendabik dada kerana Hasan Ali, 'hero' mereka telah 'menyerah kalah' kepada DAP dan PKR.

Beliau juga begitu senang menyalahkan orang lain serta mengaburi harapan ahli-ahli Pas yang benar-benar mahukan seorang pejuang yang ikhlas di dalam parti tersebut.

Nik Aziz sudah tidak boleh diharapkan sebagai 'hero' parti Pas lagi dek 'tersasul' dan 'keringanan' mulut beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Persoaannya sekarang, siapakah 'hero' parti Pas selepas ini?

Pastinya, think tank parti Pas dan media pro-Pas sedang bertungkus lumus untuk mencipta seorang lagi 'hero' di dalam Pas agar parti tersebut tampak aktif dan sentiasa relevan!

Mereka juga semakin terdesak kerana pilihanraya kecil Permatang Pasir semakin hampir!

Friday 7 August 2009

Sunday 2 August 2009

Punca Bukan Melayu Tidak Sertai Demonstrasi 1 Ogos

Salam Semua, semalam kita di pertontonkan sekali lagi dengan aksi demontrasi pimpinan pembangkang di Bandaraya Kuala Lumpur, dimana ramai berhimpun secara HARAM dijalanan membantah/pro ISA. Kebetulan beberapa org kenalan berniaga disekitar Jalan Tuanku Abd Rahman, menceritakan detik2 bagaimana mereka terpaksa menutup grai dan kedai milik mereka apabila pemain politik jalanan ini yang kononnya berani sangat, bila kena sembur dengan air lari lintang pukang masuk ke kawasan Gerai dan kedai berdekatan.

Dan hari ini seorang kenalan di Facebook Ib Nawawi mengajak kita melihat beberapa punca kenapa kaum cina dan india semacam tak berminat (kecuali beberapa kerat) untuk berdemontrasi bersama dengan mereka ini. Setelah dibuat soal selidik, dapatlah diketahui beberapa punca kaum Cina dan India enggan untuk menyertai perhimpunan anti ISA seperti yang dibuat oleh orang-orang Melayu tunggangan dalam Pakatan Rakyat.
Imbang Penuh
1. Alasan utama ialah, mereka mempunyai kerja, tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam usaha mengaut keuntungan dan perniagaan dan pada pendapat mereka, biarlah Melayu-Melayu yang menganggur, tiada komitmen dalam hidup dan sanggup menjadi kuda tunggangan mereka ini, terus membuang masa yang berharga untuk bertempur dengan pasukan keselamatan.

2. Menentang ISA bererti menyembelih leher mereka sendiri. Ini kerana, tanpa ISA akan wujud ekstremis Melayu pro-asimilasi yang mahukan kekayaan dimiliknegarakan dan kekayaan Cina dan India ini akan ditarik balik jika enggan mnghapuskan sistem vernakular dinegara ini. Tanpa ISA, mereka akan lebih rugi dan keuntungan yang mereka dapat tidak seberapa.

3. Mereka menganggap kerajaan Malaysia pimpinan UMNO adalah kerajaan Melayu. Manakala Pakatan Rakyat adalah kesatuan sekular yang meletakkan mereka lebih tinggi dari orang Melayu. Atas perkara ini, orang Melayu dijadikan tentera-tentera jalanan mereka untuk menentang kerajaan Melayu. Apakah mereka ini tentera fisabilillah? Tidak. Ini tentera pi-kat-kafir-lah.

4. Mereka akan bergembira apabila melihat orang Islam di negara ini tidak faham strategi keagamaan dan akan menggunakan nama Allah dijalan-jalanraya untuk kegunaan tentera pi-kat-kafirlah. Jadi laungan takbir bagi mereka berjaya direndah-rendahkan.

5. Lantaran itu, mereka dapat menunjukkan kepada negara bahawa orang Islam boleh bersembahyang dijalanraya. Jadi mereka tidak ada sebab untuk menambah bilangan masjid-masjid dan surau-surau di negara ini kerana bagi mereka, hanya orang Cina dan India yang memerlukan rumah-rumah ibadat untuk bersembahyang.

Kerugian besar sebenarnya jatuh kepada orang Melayu. Jumlah orang Melayu yang bodoh seperti ini tidak ramai. Tetapi jika kesemua mereka berkumpul, ia memang menjadi punca orang Melayu Islam dipandang rendah pada mata mereka.

Bukankah lebih baik mereka ini berkumpul di Shah Alam dan mendesak rakan seperjuangan di dunia mereka, Ronnie Liu, supaya tidak memandai-mandai mentakrifkan beer sebagai minuman ringan.