Tuesday 17 January 2012

Anwarisme: Mumbai Stories on BBC News...



Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata wawancara Datuk Seri Ibrahim dengan dengan BBC, 12 Jan yang mahu meminda undang-undang liwat jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan adalah salah satu contoh mengapa beliau tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang itu.

“Inilah salah satu daripadanya, saya tidak boleh bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya, mengapa rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim,”katanya.

Menurutnya, kehidupan masyarakat di negara ini akan bergolak sekiranya terus menyokong asas perjuangan seorang pemimpin yang menghalalkan amalan seks songsang.

“Jadi kalau misalnya gay, lesbianisme, homoseksualiti, transgender itu nak dihalalkan di Malaysia ini…God Forbid ! God Forbid ! (minta dijauhkan Allah swt).

“Saya rasa..masyarakat akan bergolak..berpecah dan saya nampak ‘chaos’ (huru hara) akan berlaku..”, katanya.

Hasan berkata pandangan Anwar berhubung isu homoseksual di Mumbai itu bukan kali pertama yang diucapkannya, malah pandangan seumpama itu merupakan dasar peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya yang di Mumbai daripada BBC itu..

“Pandangan itu..kalau tak salah saya..kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim.

“Atas (dasar) itu sahaja pun, (jelas memberi jawapan) kenapa saya tidak sepatutnya bersama dengan Anwar. Pendirian saya sangat sah dan kukuh,” katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Hasan membuat kenyataan itu apabila diminta memberi komen berkenaan wawancara Anwar dengan BBC di Mumbai yang dalam wawancara itu Anwar secara terang mempertikai dan mendakwa undang-undang berkaitan kegiatan seks songsang di negara ini sudah lapuk serta harus dikaji semula.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan berkenaan pemecatannya yang disifatkan tidak adil dan akan mendedahkan siapakah parasit yang sedang berusaha merosakkan PAS.

“Siapa ketua dan pengikut parasit itu, saya tidak akan sebut hari ini, tetapi saya akan nyatakan dalam satu siri ceramah jelajah ke seluruh negeri yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, parasit yang wujud dalam Pas itu juga terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai matlamat dan visi mereka tersendiri.

Jelasnya, sebahagian daripada mereka telah bergerak cergas ketika masih belajar di luar negara dan kini menyusup masuk ke dalam Pas.

“Mereka kini telah memegang jawatan-jawatan penting dalam Pas dan memang mereka meminta jawatan strategik ini dalam parti,” katanya.

Mengenai kenyataan Anwar yang melabelkan beliau sebagai ‘gila kuasa dan duit’, bekas exco Selangor itu membuat perbandingan siapakah yang gila kuasa di antara Hassan Ali dengan Anwar Ibrahim.

“Siapakah yang gila kuasa..tuan-tuan fikir..saya ke atau Datuk Seri Anwar.

“Bayangkan seorang..yang saya tak mahu sebut (namanya)..kumpulkan orang di Sabah..kumpulkan orang di Sarawak..himpun di sana..jumpa di sana, jumpa di sini, nak menawan Putrajaya pada 16 September.

“Dia gila kuasa ke saya gila kuasa..Bayangkan, atas nama gila kuasa, dia berkata ‘dalam penjara pun saya akan menjadi perdana menteri’. Hasan tak pernah sebut. Jadi saudara semua timbangkanlah… saya tahu saudara semua bijak,” katanya.

Anwar ketika mengulas pemecatan Hasan oleh PAS baru-baru ini dipetik sebagai berkata, “Adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi”

Dalam sidang media itu, Hasan berkata pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila beliau membuat seruan tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Ketua Umum PKR minggu lepas.

Katanya, pemecatannya itu adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan’autokratik’ kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.

Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelasnya, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

“Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah diatas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.

“Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.

“Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik,” katanya.

As Written by Pisau / Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1jfzUy4dI

Isu 901: Anwarisme mempengaruhi muslimat PAS

Semacam ada ruang yang amat besar, apabila sahaja diumum bahawa Anwar Ibrahim diumum tidak bersalah oleh mahkamah berhubung perbicaraan liwatnya, barisan penyokong beliau begitu taksub dan rasa gembira seolah ejayaan ini adalah perjuangan mutlak mereka memastikan penasihat PKR itu tidak dipenjarakan.
Malah gelagat segerombolan muslimah yg seringkali kita anggap golongan sepatutnya meninjolkan akhlak dan moral yang baik (sebab selalunya mereka mengutuk golongan puteri umno yang sebegitu) kelihatanya menjerit2 dan menunujukkan aksi yg tidak sepatutnya dipertontonkan termasuk bersalaman dgn yg bukan muhrim, oleh kerana keterujaan yg tinggi setelah penggumuman mahkamah tersebut.Pautan



Inilah kegilaan anwarisme yg juga telah mempengaruhi golongan srikandi dalam PAS Dan mungkin sebab itulah kita lihat Hassan Ali sebagai seorang tokoh di dlm PAS boleh disingkir sebegitu sahaja hanya kerana tidak menyokong dan menolak kepimpinan penasihat PKR itu. Dan seperti biasa kepimpinan ulamak dan cerdik pandai PAS akur dgn desakan dan tekanan berterusan pimpinan pakatan rakyat yg lain.

Kepada para pembaca sekelian, kami berminat utk berkongsi info dgn semua di blog www.pisau.net yang banyak memaparkan cerita2 panas berkaitan pakatan pembangkang ini.