Wednesday 21 January 2009

Pemuda Sekijang Anjur Karnival Takraw

Pemuda UMNO Bhg Sekijang buat kesekian kalinya telah berjaya menganjurkan Karnival secara bersama dengan Pemuda UMNO Bhg Segamat. Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini menjadi titik tolak betapa setelah hampir 11 tahun menunggu (kali terakhir dianjurkan oleh UMNo pada 1998), ramai jagoan Takraw berpeluang menunjukkan bakat masing2 dalam pertandingan kali ini.

Ironinya Karnival yang dianjurkan oleh GABUNGAN Pemuda UMNO Bahagian Sekijang ini ialah, mereka telah menjemput sama wakil peserta daripada Pemuda PAS untuk bermain dalam pertandingan tersebut. Dan apa yang lebih menarik lagi ialah pertandingan akhir itu telah dimenangi oleh Pasukan Pemuda PAS Segamat mengalahkan Segamat Club B.

Pertandingan berlangsung dalam keadaan yang cukup meriah. Untuk rekod, pertandingan yang dilangsungkan selama 2 hari mendapat penyertaan seramai 50 pasukan. Kehadiran penonton juga amat memberangsangkan. Hampir semua ruang di dalam dewan penuh. Pertandingan dilangsungkan secara Liga dimana semua pasukan yang bertanding berpeluang bermain sekurang-kurangnya 2 kali. Apa yang menyemarakkan lagi semangat kami ialah, respon daripada beberapa pemain menyatakan inilah julung-julung kalinya pertandingan Takraw yang dianjurkan secara bersama oleh 2 Pemuda UMNO Bahagian.
11 Tahun mereka menunggu untuk bersama-sama dengan kita. Elit sangatkah parti keramat UMNO ini? Atau kita yang alpha untuk bersama dengan mereka. Renung2kanlah dan kami pemuda UMNO bahagian Sekijang akan tetap memperjuangkan nilai dan tradisi orang2 muda segenerasi dengan kami. Terima kasih atas sambutan daripada rakan2 sekelian. Kita pastikan aktiviti ini dilakukan berterusan. Ayuh rakan2 pemuda kita bersama untuk pastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang. Tahniah Pemuda Bhg Sekijang dan juga Bhg Segamat. Kalau berpeluang, jom bersama lagi dengan kami.

Friday 16 January 2009

Utusan Malaysia - 3,000 Berhimpun Bantah Tindakan Israel

Dipetik dari Utusan Malaysia, Jumaat, 16 Januari 2008

SEGAMAT 15 Jan. - Kira-kira 3,000 orang memenuhi Dataran Segamat di sini malam tadi bagi menyertai Perhimpunan Aman Palestin untuk membantah serangan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Perhimpunan yang bermula dari pukul 6 petang itu disertai orang ramai yang turut membawa sepanduk mengecam kekejaman Israel dan mengharapkan keamanan di bumi Palestin.
Bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel juga dibakar bagi menunjukkan kemarahan penduduk.

Peserta perhimpunan anjuran Majlis Belia Daerah Segamat itu turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata, masyarakat di Segamat amat prihatin terhadap situasi yang berlaku di Palestin.

''Kita mungkin tidak mampu memberi pengorbanan yang menitiskan darah, namun kita mampu menderma dan berdoa bagi kesejahteraan saudara kita di Palestin,'' katanya ketika berucap di perhimpunan tersebut.

Hadir sama pada perhimpunan itu adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Othman Jais. Pada majlis tersebut, deklamasi puisi mengenai penderitaan rakyat Palestin turut diperdengarkan.

Para hadirin juga diberikan taklimat berhubung situasi semasa di tebing Gaza oleh wakil Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Abdul Razak Arifin.

Sumbangan sebanyak RM3,614.15 juga berjaya dikutip untuk GPM bagi membolehkannya menggerakkan misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

Thursday 15 January 2009

Ekslusif di Blog Pemuda : Video Perhimpunan Aman Palestin

Hanya di blog Pemuda : Dua video sekitar Perhimpunan Aman Palestin

Anda boleh memuat turun video ini, untuk tujuan kebaikan dan sebaran keinsafan. Terima kasih kepada Unit ICT dan Komunikasi Digital Pemuda UMNO Sekijang yang telah menyiapkan rakaman video ini, gambar - gambar sekitar perhimpunan dan tayangan slaid perhimpunan.

Lebih 3,000 orang Sertai Perhimpunan Aman Palestin


Lebih 3,000 orang, majoritinya generasi muda, telah menyertai Perhimpunan Aman Palestin yang diadakan di Dataran Segamat pada Rabu, 14 Januari yang lalu. Perhimpunan bermula jam 5.30 petang dengan demonstrasi, laungan anti Israel, bacaan puisi dan ucapan - ucapan 'membakar' semangat.

Perhimpunan dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Segamat dengan sokongan dan kerjasama semua jabatan kerajaan, parti - parti siasah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi - organisasi rakyat.

Ia kemudian diikuti oleh solat Mahgrib berjemaah di Dataran Segamat, satu rekod dan pencapaian yang belum pernah diadakan sebelum ini. Selesai solat Maghrib, jemaah telah menunaikan solat hajat, diikuti bacaan qunut nazilah, surah yasin, asmaul husna dan kemudiannya solat Isya'.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, YB Ayub Rahmat. YB Datuk Othman Jais, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap kemudiannya mewakili Tuan Pegawai Daerah Segamat untuk menyampaikan ucapan.

Pada majlis itu juga menyaksikan beberapa NGO, Syarikat Perniagaan, Jabatan dan Individu telah menyampaikan sumbangan kepada tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) Utusan Malaysia - IRM.

Jumlah sumbangan yang disampaikan adalah RM 11,500.00

Kutipan sumbangan dari orang ramai juga diadakan sepanjang majlis dijalankan.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan acara membakar bendera Israel.
Tanhiah dan sekalung pernghargaan buat semua sukarelawan dan mereka yang telah menabur bakti sehingga memungkinkan majlis dan perhimpunan secara aman ini dapat diadakan.

Sepanduk Perhimpunan Aman Palestin

Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah menyiapkan sepanduk / poster untuk Perhimpunan Aman Palestin pada 14 Januari 2008 yang lalu.

50 keping sepanduk / Poster dan banner telah disiapkan disiapkan dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan Felda Pemanis Dua dilakukan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Felda Pemanis Dua. Ia turut dibantu oleh Ahli - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.


Tuesday 13 January 2009

Solat Hajat Selamatkan Palestine

Marilah beramai - ramai turun ke Dataran Segamat, Johor untuk Solat Hajat Selamatkan Palestine pada Rabu, 14 Januari 2009 bersamaan 17 Muharam 1430 H bermula jam 06.00 petang.

Program adalah anjuran Majlis Belia Daerah Segamat dengan kerjasama semua NGO, Jabatan Kerajaan, Organisasi Sukarela termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Sekijang.

Ahli Pemuda dikehendaki untuk memakai baju Pemuda. Banner, sepanduk dan poster bantahan terhadap keganasan rejim Israel dialu - alukan.

Marilah kita bermunajat dan berdoa untuk kesejahteraan umat Islam.

P036 Kuala Terengganu : Rakaman Lensa Kamera

Rakaman lensa kamera semasa berada di Kuala Terengganu.



Sunday 11 January 2009

P036 Kuala Terengganu : Catatan Perjalanan


Catatan Perjalanan Setiausaha Pemuda Sekijang

Saya sampai di Rumah Johor, Jalan Kota Bahru – Kuala Berang, Kuala Terengganu jam 8.45 malam. Perjalanan dari Segamat lebih kurang 6 jam. Bertemu dengan rakan – rakan dari Pemuda Bahagian dalam negeri Johor.

Rakan – rakan yang lain sempat menjamah jamuan makan malam yang disediakan, sementera menanti rakan – rakan Pemuda Sekijang yang lain sampai. Mereka telahpun berada di Kuala Terengganu, menginap di Rumah Pemuda Sekijang di Gong Badak, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Saudara Jamal, kami Ahli Jawatankuasa dan Jentera Pemuda Sekijang bergambar bersama YAB Dato’ Haji Abd Ghani Othman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang juga selaku Menteri Besar Johor. YAB Dato’ malam tadi bermesyuarat bersama jentera pilihanraya Barisan Nasional / UMNO Johor.

(Maaf, saya tidak sempat untuk mengemaskini blog malam tadi, walaupun saya berazam untuk berbuat demikian. Ada masalah dengan talian broadband di Kuala Terengganu ini. Kesempatan yang ada pada pagi ini di saat rakan – rakan lain sedang mengiringi kumpulan wanita K5 saya gunakan untuk mengemaskini blog Pemuda Sekijang.)

Di rumah Pemuda Sekijang, 14 orang semuanya. Pagi ini ada yang tak dapat mandi, air kehabisan!

Pagi ini kami bersarapan di Seberang Bukit Tumbuh, kira – kira 10 minit perjalanan kereta dalam keadaan sesak dan hujan renyai dari Rumah Pemuda Sekijang. Biasalah, di Terengganu, sarapan pagi yang popular adalah nasi dagang, nasi kerabu atau nasi minyaik. Pagi – pagi lagi dah makan nasi ...

Saya sempat berbisik dengan Amin Mukri, tentang pelayan manis yang melayan kami di Gerai Kak Yah tersebut!

Selesai bersarapan, kami ke Rumah Johor. Dalam perjalanan, tidak jauh dari Gerai Kak Yah, berlaku kemalangan motosikal. Sempat juga mengambil gambar!

Kesesakan jalan amat ketara. Mungkin kerana limpahan banyak kenderaan dari luar Terengganu, dikesan menerusi nombor pendaftaran kenderaan dari Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang dan Selangor. Kesesakan amat ketara di atas jambatan menuju ke Pusat Bandar. Di sebelah kiri kelihatan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

Sampai di rumah Johor, kami menunggu kumpulan wanita bersiap. Kelihatan Datuk Shahrir Samad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di situ. Beliau sedang berbual – bula bersama kumpulan wanita.

Abang Khamis Ngadiman mengajak saya sekali lagi untuk minum pagi. Saya menemaninya. Belumpun sempat untuk berbual panjang, Suratmat sudahpun menelefon untuk operasi pagi ini dimulakan.

Kami pun bergerak ke tempat operasi bersama kumpulan wanita. Abang Jamal dan kumpulannya pagi ini bertolak pulang ke Segamat. Ketika menulis catatan ini, rakan – rakan sekereta dengan saya telahpun mengikut kumpulan K5.

Saturday 10 January 2009

P036 Kuala Terengganu : Program Kesihatan di Gong Tok Nasek, DUN Batu Buruk

Pemuda UMNO Sekijang bagi pihak Badan Perhubungan Pemuda UMNO Johor telah diamanahkan untuk menyelaras Program Pemeriksaan Kesihatan (Rawatan dan Ubat - Ubatan) yang diadakan di Markas Besar, Peti Undi Gong Tok Nasek di DUN Batu Buruk.

Gambar - gambar telah dikirim oleh Saudara Jamaludin Haji Rasip, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Catatan Pilihanraya oleh Setiausaha Pemuda Sekijang.

Friday 9 January 2009

P036 Kuala Terengganu : Lagi Gambar Semasa Penamaan Calon

Gambar - gambar berikut diterima dari Pasukan Petugas Pilihanraya Pemuda UMNO Sekijang semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu. Terima kasih kepada Saudara Mohd Fauzi Siran di atas sumbangan gambar - gambar.


Catatan Pilihanraya oleh Setiausaha Pemuda Sekijang.

Sekijang Cemerlang!


Tuesday 6 January 2009

P36 Kuala Terengganu : Sekitar Rumah Johor


Malam ini saya menerima kiriman menerusi mms gambar - gambar Pasukan Petugas Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu di hadapan rumah Johor.

Gambar dikirim oleh Ketua Pemuda Sekijang, Anuar Haji Abd Manap. Turut kelihatan adalah Tuan Haji Saidil Ibrahim (Bendahari), Saudara Suratman (Ahli Jawatankuasa) dan En. Mohd Fauzi Siran (Pegawai JASA DUN Pemanis).
Catatan Pilihanraya oleh Setiausaha Pemuda Sekijang.

Terkini Dari Kuala Terengganu - Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Kuala Terengganu

Berikut adalah gambar - gambar yang sempat dirakam dan dihantar menerusi mms oleh Pasukan Petugas Pilihanraya, Pemuda UMNO Bahagian Sekijang yag sekarang ini berkampung di Kuala Terengganu.

Sekitar penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pagi ini.



Catatan Pilihanraya oleh Setiausaha Pemuda Sekijang.