Thursday 2 April 2009

Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang Perak


Salam sejahtera, sekali lagi negara kita menghadapi pilihanraya kecil di 3 kawasan iaitu di Bukit gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan juga Batang Ai di Sarawak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sekijang kali ini diberi mandat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor untuk mengetuai barisan Pemuda Johor di Bukit Gantang Perak. Bermula pada hari penamaan calon pada 29/3/2009 sehingga hari mengundi pada 7/4/2009. Sekijang telah menghantar seramai 15 orang secara berganti untuk membantu sdr Anuar disana.

Johor diarah untuk memantau 3 peti Undi di mana jumlah pengundi disitu hampir 9,000 daripada 15,000 orang pengundi (dimana kawasan penentu kemenangan kepada BN). Tiga Peti undi diketuai oleh 3 orang YB daripada Johor iaitu Pengkalan Aur(YB Jaafar Senggarang), Simpang Lama( YB Onn Simpang Renggam) dan Jalan Simpang (YB Tahir).

Semasa Taklimat, pemuda diarah memantau pergerakan Poster dan Bendera disekitar 3 kawasan peti undi tersebut. Hanya 6 daripada 9 cawangan yang berada di kawasan tersebut mempunyai pemuda UMNo Cawangan. Itupun salah satu cawangan iaitu cawangan Taman Kaya di peti Undi Jalan Simpang menghadapi masalah komunikasi antara ketua pemuda dan ketua cawangan. Namun atas inisiatif dan perjumpaan berterusan pemuda Johor satu penyelesaian telah dapat dilaksanakan dan ini memberikan reaksi positif kepada pemuda tempatan untuk membantu BN di bukit gantang.

Sehingga berita ini diterbitkan, pemuda sekijang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB timbalan Ketua UMNO Bahagian Sdr Ayub Rahmat kerana sudi hadir bersama selama 3 hari bagi menyuntik semangat pasukan jentera pemuda kita.