Wednesday 23 December 2009

Ceramah Rakyat: Isu Dan Peranan Generasi Muda


Pada 2hb Januari 2009, jam 9 malam bertempat di Dewan Raya Felda Redong, tatkala semua org sibuk menyambut dan meraikan tahun baru dgn laungan azam dan percikan bunga api, kami telah menjemput 2 penceramah hebat untuk memberikan input dan maklumat berkaitan dasar2 kerajaan terutama berkaitan Felda dan juga berkaitan parti.


Terima kasih kepada En Ehsanuddin Pengarah Seranta di jabatan Perdana Menteri yang sudi hadir (Walaupun ada desas desus dari orang UMNO sendiri mengatakan penganjur iaitu MBFM dan Pemuda Sekijang memperdaya semua yang hadir malam tu dgn menjanjikan pemilikan tapak rumah generasi kedua dan tanah) tetap ceria menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan isu-isu pembangunan dan dasar berkaitan Felda.



Sdr Lokman Adam pula walaupun memulakan ceramah agak lewat malam itu jam 11, namun tetap hebat berpidato dan menerangkan kepada semua kepincangan dan kelemahan parti pembangkang.



Mungkin ada kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Namun, Pemuda Bhg tetap berbangga kerana pada malam tersebut seramai hampir 50 org telah didaftarkan sebagai ahli baru dlm keluarga UMNO. Begitu juga dengan pendaftaran SPR. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dlm MBFM Felda Redong, pemuda, JKKR, GPW terutama Mak Kiah dan ibu2 yang bertungkus lumus semenjak dari awal pagi bergotong royong mengemas, memasak dan melayan karenah pengunjung yg hadir pada majlis tersebut. Jasa kalian hanya Allah yang mampu menbalasnya.



Selain Kaunter keahlian dan daftar pemilih, kita juga menyediakan borang soal selidik untuk Generasi kedua(Bukan borang dapat tanah dan rumah) serta pendaftaran kad iktiraf yang boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak baik daripada pengunjung. Alhamdulillah respon dan tindakbalas yang kami terima, ramai ketua2 cawangan yang hadir meminta agar program yang hampir sama dilaksanakan ditempat mereka.



InsyaAllah selepas dari hari ini, Pemuda Bhg akan terus melaksanakan program Ceramah Rakyat yang seperti ini. Permulaan hari ini adalah momentum utk kami terus bekerja pd hari esok. InsyAllah jika diizinkanNYA, kami akan menagnjurkan Ekspo/Karnival Jualan di dataran Segamat dalam bulan Februari nanti.

Saturday 7 November 2009

Mesyuarat Biro Bencana Alam Pemuda Sekijang

Tarikh : 06 November 2009
Masa : 09.00 malam
Tempat : Balai Raya Kg Padang Lalang / Logah
Dipengerusikan oleh : Saudara Amin Mukri, Pengerusi Biro Bencana Pemuda Sekijang

Sunday 25 October 2009

Musim EGM: Masa untuk menukar Pemimpin...

Salam semua. Agak lama tak menulis dalam blog pemuda sekijang ni. kali ni saya nak menyentuh tentang usaha beberapa parti tak kira yang dalam BN mahupun yang selalu menentang BN. tahun ni macam tahun EGM plak. Bermula dengan UMNO (yang semua tahu jadi benchmark kepada semua parti di Malaysia) membuat perubahan kepimpinan Mac lalu. Diikuti dengan beberapa komponen seperti MCA dan MIC dan baru2 ni pula kebetulan UMNO membuat persidangan khasnya meminda perlembagaan yang memberikan impak yang cukup positif dikalangan pemerhati politik, beberapa parti melihat proses EGM samada biasa mahupun luarbiasa ada kelebihannya.
Bertitik tolak dari semangat dan kuasa Rakyat dan akar umbi membuat keputusan, MCA telah secara berani membuat EGM luar biasa bagi menetukan nasib presdien dan timbalanya. walaupun hari ni macam dah ok, tapi api ketidakpuasan hati masih lagi ditiup dikalangan penyokong masing2. Dan dalam keadaan kepanasan begini rupanya Nik Aziz juga terpanggil utk menyaran EGM luar biasa hanya kerana konsep kerajaan perpaduan yang dilaungkan presiden mereka pada muktamar yang lepas.

Bersungguh2 org tua ni nak buat EGM. TPM sendiri memberi komen PAS begitu ketara kini perselisihan diantara 2 puak besar erdogen dan ulamak. Didalam facebook pun dilihat betapa pertentangan antara mereka semakin ketara. Sesungguhnya Syurga yang dilaungkan PAS rupanya syurga dunia. Di sini mereka memperlihatkan betapa sikap dan perangai manusia yang kononya sayangkan parti dan tidak puas hati dikalangan ahli memberikan sebab kenapa PAS adalah sebuah parti politik yang sadurkan Islam sebagai pakaian sahaja untuk menarik golongan tertentu menyebelahi mereka. Mungkin ada yang benar2 berjuang demi agama tetapi ramai diatas hanyalah memperguna dan mengambil peluang utk kepentingan individu masing2.
BN dan UMNO perlu mengambil peluang kali ini untuk meneruskan kekuatan konsep 1 malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Kita kuatkan kembali parti kesayangan kita ni. Biarkan PAS terjun dgn labu2nya. Kita yang dah melalui pelbagai proses untuk meneruskan legasi kepimpinan dibumi bertuah malaysia ni, kita tekadkan bersama perjuangan ini.

Salam 1 Sekijang...

Thursday 1 October 2009

Ziarah Dan Jamuan Aidilfitri Pemuda UMNO Sekijang


Salam Sejahtera Semua, Ketibaan Syawal kali ini dianggap memberikan satu signifikan baru kepada warga Pemuda UMNO Bhg Sekijang. Kali ni kami berpeluang menziarahi dari rumah ke rumah AJK dan juga Ketua Pemuda Cawangan dalam Bhagaian Sekijang. Terbaru malam tadi rombongan 'mengejut' kami telah singgah beraya dirumah NKP Kemelah Jaya pd jam 11 mlm. Dlm keadaan sedikit kelam kabut, sdr Yusof dapat juga melayan karenah rombongan seramai 15 org bertandang ke teratak ayahanda mertua beliau di Felda Kemelah Cwgn Kemelah Jaya Peringkat 02. Seronok juga dapat berkenalan dgn warga emas Felda Kemelah.

Pada hari Ahad lepas pula bermula jam 10 pagi di rumah Sdr Azam Kg Gubah, rombongan terus ke rumah Sdr Amin di Padang lalang, Singah di Rumah Sdr Saleh dan Suratman di Bandar Putra, langsung ke Rumah YB Ayub dan singgah di Bukit Siput rumah sdr Farid. Kemudian lalu di kg Sedeng beraya di rumah sdr Khairi dan terus ke taman Sri Pelangi dirumah Sdr Salihin. Kemudian rombongan berehat sebentar utk solat maghrib dan isyak sebelum ke Rumah Hj Sabtu di Felda Pemanis dan rumah Pn Masayu di Kg Tungku 3.

Cuma oleh kerana seronok sakan beraya, terlupa nak abadikan saat2 indah bersama di dalam bentuk gambar untuk tatapan semua di laman Blog ini. InsyaAllah akan datang kita cuba upload gambar2 baru. Kepada rumah yg masih belum dilawati, nantikan kehadiran Rombongan Raya PPUB Sekijang.

Jamuan Hari Raya
Pemuda UMNO Sekijang akan menganjurkan Majlis Tahlil Kesyukuran dan Jamuan Sempena Aidilfitri pada 3/10/2009, Hari Sabtu, Jam 8 Malam hingga jam 12 Malam bertempat di rumah Sdr Ketua Pemuda di No: 1, Jalan Astakajaya 12, Taman Astakajaya, Segamat, Johor. Semua rakan-rakan sekelian tak kira parti, agama dan bangsa dijemput hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima Kasih. Peta Lokasi Seperti Imej Diatas. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bhg Sekijang.

Wednesday 16 September 2009

Ziarah Ramadhan Biro Kebajikan PPUB Sekijang

Salam Semua, Ucapan Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kepimpinan PPUB Sekijang. Alhamdulillah, semalam 15/09/2009, Biro Kebajikan PPUB Sekijang telah melakukan ziarah ramadhan ke kampung sekijang yang diketuai sendiri oleh Sdr KP, Nkp dan Sdr Azman Biru selaku Naib Pengerusi Biro Kebajikan. Turut sama Sdr Norazmi Mislan Kp Cawangan Sri Rahmat dan Sdr Hanif pemuda Kampung Sekijang.




Dalam perjumpaan dengan mereka, hati tersentuh bila bertemu dgn sepasang penerima yg mempunyai 16 org anak, namun apa yg menyedihkan, dikhabarkan kpd rombongan kami, tiada seorang anak pun yg sudi pulang menjenguk mereka apatahlagi balik kampung berhari raya bersama mereka di pagi syawal nanti. Turut sama mendapat perhatian kami ialah keadaan rumahnya yg sudah terlalu uzur dan memerlukan perhatian daripada pihak kebajikan masyarakat dan juga bantuan PPRT. Terdapat juga penerima seorang warga emas yang berumur 90 tahun memerlukan bantuan bulanan daripada baitulmal dan juga perhatian Jabatan kebajikan Masyarakat.
Semoga Syawal yang bakal menjelma memberikan keinsafan betapa masih ada lagi insan yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada kita.

Sunday 13 September 2009

Tadarus dan Khatam Al - Quran Rakan Muda Johor

23 Ramadhan 1430H 13 Septemebr 2009 Masjid Jamek Segamat
Disempurnakan oleh YB Haji Jais Sarday, Pengerusi JK Belia dan Sukan Negeri Johor

Wednesday 9 September 2009

Laporan Malaysiakini, 09 Sept 209, 3.04 pm

Laporan asal boleh diikuti menerusi http://www.malaysiakini.com/news/112478.
PKR, Umno anjur majlis serentak timbul tanda tanya

Salhan K Ahmad Sep 9, 09 3:04pm
Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis 'serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.

Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ.

"Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga.



"Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.

Solat Tarawih

"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar.

"Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.

Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata:

"Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.

Naik kain rentang


Mengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor.

"Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.

Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut.

"Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.

Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini.

Sunday 6 September 2009

Penyampian Zakat dan Berbuka Puasa Pemuda Sekijang - Masjid Jamek Kg Jawa

Ahad, 6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Ayub Rahmat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap ADUN Kemelah.
Turut hadir adalah Pemuda UMNO Segamat dan Pemuda UMNO Labis
Terima kasih kepada semua yang telah bersama - sama menjayakan program.

Saturday 5 September 2009

Penyampaian Zakat dan Berbuka Puasa Pemuda UMNO Sekijang


Tarikh : 6 September 2009, 16 Ramadhan 1430H (Ahad)
Masa : 05.30 petang
Tempat : Masjid Jamek Kg Jawa, Segamat
Semua dijemput hadir.