Saturday 28 March 2009

Barisan Kepimpinan Baru Pemuda UMNO 2008/2011


PENGERUSI TETAP : Datuk Abdul Fattah Abdullah .................... 460 undi
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : Muhammad Yadzan Mohammad ........................ (202 undi)
KETUA : Khairy Jamaluddin Abu Bakar..................... (304 undi)
NAIB KETUA : Datuk Razali Ibrahim............................ (417 undi)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. Mohamed Suffian Awang........................ (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin............... (569 undi)
3. Sohaimi Shahadan............................. (541 undi)
4. Mohd. Gasing Saling........................ (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff........................... (503 undi)
6. Jamawi Jaafar................................ (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak................... (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin............ (455 undi)
9. Ahmad Darus.................................. (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid............................ (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh............................ (437 undi)
12. Megat Zulkarnain............................ (436 undi)
13. Zuber Zabidi................................ (419 undi)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin.................. (419 undi)
15. Lokman Noor Adam............................ (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin....................... (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz ..................... (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh ...................... (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya....................... (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli...................... (387 undi)

Keputusan Pemilihan MKT 2008/2011

PENGERUSI TETAP: Datuk Badruddin Amiruldin .................. (2,272 undi)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP: Datuk Mohamad Aziz .................. (menang tanpa bertanding)

PRESIDEN: Datuk Seri Najib Razak .................. (menang tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN: Tan Sri Muhyiddin Yassin .................. (1,575 undi)
NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .................. (1,592 undi)
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein .................. (1,515 undi)
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal .................. (1,445 undi)

AHLI MAJLIS TERTINGGI:
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed .................. (2,239 undi)
2. Datuk Noh Omar .................. (2,084 undi)
3. Datuk Seri Musa Aman .................. (2,084 undi)
4. Datuk Azian Osman .................. (2,060 undi)
5. Datuk Zainal Abidin Osman .................. (2,054 undi)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed .................. (1,854 undi)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob .................. (1,838 undi)
8. Datuk Lajim Ukin .................. (1,804 undi)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor .................. (1,705 undi)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi .................. (1,700 undi)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman .................. (1,685 undi)
12. Datuk Idris Haron .................. (1,658 undi)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad .................. (1,624 undi)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis .................. (1,622 undi)
15. Datuk Saifuddin Abdullah .................. (1,619 undi)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad .................. (1,611 undi)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid .................. (1,580 undi)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah .................. (1,529 undi)
19. Datuk Hamzah Zainuddin .................. (1,518 undi)
20. Datuk Bung Mokhtar Radin .................. (1,517 undi)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin .................. (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique .................. (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek .................. (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh .................. (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim .................. (1,265)

Sunday 22 March 2009

Persidangan Agung UMNO ke 59 - Selamat Bersidang para perwakilan sekelian

Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung Selasa ini padat dengan pelbagai agenda yang telah diatur sebagai gerak kerja bagi melancarkan perjalanan persidangan tahunan di samping pemilihan yang akan berlangsung dua hari kemudian.

Seperti biasa, persidangan akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan dengan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian.

Perhimpunan Agung UMNO kali ke-59 ini akan membahaskan tiga usul iaitu:

• Ucapan Dasar Presiden
• Ekonomi
• Agama dan Pendidikan

Berikut adalah atur cara majlis:

24 Mac (Selasa) – Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)
- Majlis Taklimat Presiden (Tertutup)
- Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)

25 Mac (Rabu) – Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri
- Proses Pengundian Wanita, Pemuda, Puteri
- Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas
- Pengumuman keputusan pengundian Wanita, Pemuda, Puteri

26 Mac (Khamis) - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008
- Proses pengundian untuk pemilihan UMNO
- Jamuan “Jasamu Dikenang”
- Pengumuman keputusan pengundian (jangka 10 malam)

27 Mac (Jumaat) – Perbahasan (tempoh perbahasan dipanjangkan hingga ke malam)

28 Mac (Sabtu) - penggulungan & penangguhan (berakhir jam 1.00 tgh)

1. JUMLAH CALON BERTANDING

• Jawatan Majlis Tertinggi – 63 orang
o Pengerusi Tetap – calon 2 orang (1)
o Timbalan Presiden – calon 2 orang (1)
o Naib Presiden – calon 8 orang (3)
o Ahli Majlis Tertinggi – calon 50 orang(25)

• Pergerakan Wanita UMNO
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 4 (1)
- Ketua Wanita – calon 2 (1)
- AJK – calon 49 (20)

• Pergerakan Pemuda UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 6 (1)
- Ketua Pemuda – calon 3 orang (1)
- Naib Ketua Pemuda – calon 2 orang (1)
- AJK – calon 64 (20)

• Pergerakan Puteri UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 3 (1)
- Ketua Puteri – calon 6 (1)
- Naib Ketua Puteri – calon 4 (1)
- AJK – calon 53 (20)

Sebanyak 45 parti dari 42 buah negara di peringkat antarabangsa telah diundang ke Perhimpunan Agung UMNO kali ini sementara sebanyak 63 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara telah mengesahkan kehadiran daripada 70 kelab yang diundang ke Perhimpunan Agung UMNO 2008.

Seramai 2,509 orang perwakilan Perhimpunan Agung sementara, 796 perwakilan untuk Perhimpunan Agung Wanita UMNO, 791 perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO dan 789 Perhimpunan Agung Puteri UMNO.

Tuesday 10 March 2009

Isu PPSMI: Jawapan Terbaik Bagi Mereka yang tahu Bersyukur

Baru-baru ini isu Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Sains Dan Matematik (PPSMI) begitu hangat diperkata, dibincang dan di ambil perhatian oleh pelbagai pihak. Kita saksikan bagaimana Gerakan mansuh PPSMI atau GMP diwujudkan bagi memastikan usaha kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan di mansuhkan. Didalam berita Televisyen dan di dada akhbar dipertontonkan mereka bersama dengan parti pembangkang membuat demontrasi jalanan HANYA untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Kewajaran ini dilihat bagi sesetengah pihak patut dilaksanakan. Tetapi bagi rakan-rakan yang anak mereka sedang menelaah buku pelajaran di sekolah, rata-rata amat menyokong konsep PPSMI ini. Mungkin pencinta bahasa amat terguris dengan konsep PPSMI, tapi ketahuilah, hari ini ramai anak-anak kita masih fasih berbahasa melayu, tetapi amat baik pemahaman mereka dalam bahasa Inggeris. Masih Fasih berbicara bahasa ibunda mereka, namun mantap pemahaman mereka dalam subjek sains dan matematik.

Hanya segelintir yang masih berbaki usia, risau perihal anak bangsa lupa bahasa ibunda, risau melayu tinggal nama, tapi mereka menyokong pembangkang yang komitmen mereka kearah menjatuhkan Raja MELAYU, Pemimpin MELAYU. Pelbagai komen dan sindiran dari mereka yang sememangnya benci dengan dasar kerajaan dilontarkan yang hakikatnya kelak akan merugikan anak bangsa sendiri. Saya amat berminat dengan hasil tulisan seorang rakan didalam Agenda Daily di http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Bacalah komen beliau, bukalah fikiran dan belajarlah untuk menjadi insan yang boleh mencerna minda bagi tujuan kebaikan. Bukan hanya tohmahan yang tidak berkesudahan.

Anuar Abd Manap

Monday 9 March 2009

Program Baktisiswa bersama pelajar UiTM Segamat bersama Pemuda UMNO


Pada 8/3/2009, Pergerakan Pemuda UMNo Cawangan Kg Melayu Bukit Siput telah menganjurkan Program Baktisiswa bersama pelajar UiTM Segamat dan Kolej Komuniti YPJ. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Gotong-royong bersama penduduk kampung dan juga sukaneka. Program bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Program dirasmikan oleh YB Sdr Ayub B Rahmat, ADUN Kawasan Kemelah yang juga Timbalam UMNO Bahagian Sekijang. Turut hadir sama Ketua Permuda UMNO Bhg Sdr Anuar Abd Manap dan rangkaian kepimpinan beliau.










Menurut penduduk kampung, inilah pertama kali program bersama mahasiswa dianjurkan oleh Pemuda UMNO Cawangan bersama Pemuda Bhg di kampung ini. Respon daripada para pelajar menyatakan mereka melihat program sebegini mampu mengeratkan sillaturahim antara pemuda UMNO dan juga pelajar UiTM dan YPJ. InsyAllah akan datang, kita akan menjemput kereka bertandang ke cawangan yang lain pula selepas ini. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Sdr Kasman dan seluruh jajaran kepimpinan dalam Kg Melayu Bukit Siput.Terima kasih UiTM, dan YPJ. Tahniah Pemuda Cawangan Kg Melayu Bkt Siput.












































Saturday 7 March 2009













1. Pada 15/2/2009, sekitar jam 5 petang, Pemuda UMNO Cawangan Bandar Putra yg diketuai oleh Sdr Azrul telah menganjurkan pertandingan Bola Tampar persahabatan menentang pemuda UMNO Bahagian. Rombongan Jkuasa Pemuda UMNO Bahagian telah diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr Anuar Abd Manap. Seramai 6 pasukan telah bermain pada petang tersebut. Kehadiran kami telah merangsang beberapa orang pemain handalan bandar putra turun bermain sama. Respon dari akar umbi menyatakan kehadiran rombongan kami dapat mengeratkan sillaturrahim antara pemuda cawangan dengan rakan-rakan AJK Pemuda Bahagian. Terima kasih Sahabat Pemuda UMNO Cawangan Bandar Putra...

2. Pada 22/2/2009 pula sekitar jam 3 petang, Pemuda Cawangan Felda Redong telah menjemput Pemuda UMNO Bhg untuk bermain Sukan Petanque persahabtan dengan mereka. Program bermula seawal jam 3, dimana rombongan Ketua Pemuda dan AJK telah diberikan sessi penerangan permainan tersebut oleh Sdr Izwan, Pengerusi Kelab Petanque (RPC) Felda Redong. Alhamdulillah permainan dapat berlangsung dengan meriahnya, walaupun hujan gerimis. Pasukan Ketua Pemuda, Sdr Anuar, Salihin dan M. Zaki Telah berjaya menewaskan Pasukan Terbaik Pemuda UMNO Cawangan Sdr Jefri dan AJKnya dalam masa tidak sampai 20 Minit. Suatu yang diluar jangkaan mereka dan terbaik bagi kami pemuda bhg.

Aktiviti Padat Bersama Pemuda Cawangan

1. Pada 8/2/2009 Jam 3.30 Petang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sdr. Anuar Abd Manap telah merasmikan program 'Menghidupkan aktiviti Buku Hijau di Halaman Rumah' anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Melayu Raya bersama dengan Pejabat Pertanian Daerah. Program Tersebut telah dihadiri oleh sejumlah hampir 70 orang penduduk kampung dan juga ahli pemuda cawangan untuk mengambil benih dan anak pokok yang dikeluarkan oleh pejabat pertanian daerah. Ia turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pertanian Daerah Sdr Abd Halim Bin Abd Wahab yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Sekijang dan juga Ketua Pemuda Cawangan Sdr Ahmad Shamsul. Dalam majlis tersebut, semua yang hadir telah diberikan 'cenderahati' oleh pihak Pejabat Pertanian berupa Pakej Benih dan juga baja untuk ditanam diperkarangan rumah masing-masing. Tahniah Pemuda Melayu Raya.

2. Kemudian pada tarikh yang sama jam 4.30 petang, rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang sekali lagi telah dijemput untuk bersama dengan Sdr Anuar bagi merasmikan Program Pertandingan Futsal Tertutup Kg Jawa yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Lalang. Seramai 10 buah Pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Cabutan Bertuah juga disediakan bagi menarik kehadiran warga penduduk disekitar Kg Jawa yang hadir menyaksikan pertandingan ini. Ia dijangka akan menjadi aktiviti tahunan bagi Pemuda UMNO Cawangan Terbabit. Program ini dilihat mampu menarik ramai golongan Muda untuk bersama-sama dengan pemuda UMNO. Pada Hari tersebut juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Padang lalang, Sdr Mohd Adly Shafizan yang ditemani oleh Ketua UMNO Cawangannya Sdr Mohd Sukaimi, telah menyerahkan borang keahlian Baru kepada Sdr KP Bhg hasil daripada kempen keahlian mereka dalam program tersebut. Tahniah Kepada Pemuda UMNO Cawangan Padang Lalang dan seleruh barisan kepimpinan mereka.