Saturday 23 May 2009

Hujung Minggu Bersama Belia - Y2Y DUN Daerah Segamat


Catatan Foto oleh Setiausaha Pemuda Sekijang yang bersama - sama di dalam Program Pembangunan Komuniti Belia Remaja Y2Y DUN Daerah Segamat dan Program Pembangunan Personaliti Belia Negeri Johor 2009 di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi. Ter
Terima kasih kepada semua sukarelawan!

Monday 18 May 2009

Seminar Keusahawanan Pemuda

Tarikh : 17 Mei 2009

Masa : 08.00 pagi - 02.00 petang

Tempat : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bandar Putra, Segamat.






Seramai 70 orang Pemuda Cawangan dalam Bahagian Sekijang telah menghadiri Seminar Keuasahawanan Pemuda yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Sekijang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Ayub Rahmat, Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat merangkap ADUN Kemelah.
Fotografi dan Catatan oleh Sekretariat Pentadbiran dan Pengurusan, Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Taklimat Pengurusan dan Penyampaian Sumbangan Pemuda

Tarikh : 12 Mei 2009

Masa : 08.00 malam

Tempat : Dewan Taklimat, Majlis Daerah Segamat


Terima kasih kepada semua Ketua Pemuda Cawangan dan wakil - wakil dari Pemuda Cawangan yang telah hadir dan memberikan sokongan / kerjasama untuk Taklimat Pengurusan Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Cawangan - Cawangan Dalam Bahagian Sekijang.
Catatan dan Fotografi oleh Sekretariat Pentadbiran dan Pengurusan, Setiausaha Pemuda Sekijang.

Saturday 9 May 2009

Pemuda BN Sekijang

Salam sejahtera semua, pada 6hb Mei 2009 yang lepas bertempat di salah sebuah kedai makan dibandar segamat, satu perjumpaan ramah mesra antara ketua pemuda dalam Barisan Nasional telah berlangsung dan hasilnya, kami sepakat untuk melaksanakan satu program bersama dimana ke semua pemuda yang bernaung dalam Barisan Nasional Sekijang ini akan melaksanakannya secara 'Satu Malaysia'.

Kelihatan didalam Gambar Ketua Pemuda UMNO Sdr Anuar, Ketua Pemuda MCA Sdr Sen dan Juga Ketua Pemuda MIC Sdr Sathiya. Program Pertama yang dicadangkan semasa pertemuan tersebut ialah Pertandingan Futsal peringkat Parlimen Sekijang. Salam Perkenalan Satu Malaysia.

Saturday 2 May 2009

Tarikh Persidangan Pemuda UMNO & UMNO Bahagian SEKIJANG

Hasil Perbincangan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Sekijang pada 1hb Mei 2009 jam 9 mlm tadi, tarikh untuk persidangan UMNO dan Pergerakan Pemuda telah dicadangkan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bhg : 19hb Julai 2009 (Ahad) di Hotel VIP Segamat

UMNO Bahagian : 25hb Julai 2009 (Sabtu) di Hotel VIP Segamat

Selamat Bersidang

Friday 1 May 2009

Seminar Usahawan Muda

Atas inisiatif Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang yang diketuai oleh HAJI MD SALLEHEEN BIN MOHAMED, satu Seminar Usahawan Muda akan diadakan pada 17hb Mei 2009 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Putra. Seminar ini dijangka akan dihadiri oleh 100 orang pemuda dariapad semua cawangan di dalam bahagian sekijang

Seminar ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada golongan muda tentang peluang-peluang perniagaan dan juga pinjaman yang disediakan oleh agensi -agensi kerajaan seperti Tekun, Mara dan juga kementerian-kementerian berkaitan seperti Tabung Ekonomi Belia dan lain-lain lagi.

Tahniah atas usaha yang dijalankan. Semoga seminar ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ke arah 'Satu Pemuda Cawangan Satu Industri'

Taklimat Pengurusan Persedian Mesyuarat Cawangan

Salam Semua, lama benar rasanya tidak menulis didalam blog pemuda setelah tamat pilihanraya kecil di bukit gantang kelmarin. Ada beberapa makluman untuk diberitahu kepada semua rakan-rakan pemuda sekelian:

1. Mesyuarat UMNO diperingkat Cawangan akan bemula 15hb Mei 2009 hingga 30 Jun 2009

2. Mesyuarat diperingkat Bahagiaan Pula bermula 16hb Julai 2009 Hingga 16 Ogos 2009

Oleh yang demikian, Pemuda Sekijang akan menganjurkan satu taklimat berkaitan dengan Pengurusan Pemuda dan persediaan mengendalikan mesyuarat diperingkat cawangan pada 12hb Mei 2009 di Dewan Majlis Daerah Segamat jam 8 malam. Ini bertujuan bagi membantu pihak pengurusan pemuda UMNO diperingkat cawangan terutama yang masih baru berpeluang memahami, Mengendali dan Menstruktur mesyuarat di cawangan masing-masing.

Adalah digalakkan semua Ketuia Pemuda, Setiausaha dan Juga salah seorang daripada pegawai diperingkat cawangan(Naib Ketua, Bendahari , Ketua Penerangan) untuk hadir mendengar dan memahami apa juga perkara berkaitan mesyuarat diperingkat cawangan.

Surat makluman telah dipos kepada Ketua Pemuda di cawangan masing-masing dan saya sendiri telah SMS untuk maklumkan berkenaan dengan taklimat ini.