Sunday 21 February 2010

Kursus Pengurusan Dan Solat Jenazah

Tanggal 21 Februari 2010,di Kampung Melayu Raya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dibawah Biro Pendidikan yang dipimpin oleh Sdr Ahmad Shamsul Bin Tumijan, telah pun melaksanakan satu program fardhu kifayah iaitu kursus pengurusan dan solat jenazah bersama Ustaz Abd Latif yang didatangkan khas dari Rumah Mayat Hospital Segamat.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shamsul dan juga barisan kepimpinan biro seliaan beliau yang berjaya mengubah mentaliti yang biro pendidikan tidak terbatas hanya memikirkan program berkaitan dgn alam persekolahan sahaja. Ia mencakupi sehingga ke program berbentuk ilmiah agama seperti hari ini.

Terima kasih juga kpd Tuan Rumah khasnya orang kampung Melayu Raya yang sudi 'dimandi' dan 'dikafankan' oleh Ustaz Latif dalam usaha untuk memaham dan mempelajari selok-belok pengurusan jenazah ini.

Dengan jumlah peserta seramai hampir 60 orang, kursus ini diharap dapat menjadi medan pembelajaran ilmu fardhu kifayah yang sememangnya generasi muda seperti kita dituntut untuk belajar dan mengetahuinya. Syabas kepada semua yang terlibat.

Kemudian selepas selesai program ini, kesemua exco pemuda yang turut hadir pada program ini telah beramai-ramai hadir ke majlis kenduri kahwin salah seorang ahli pemuda cawangan di kampung Sri Dagang. Meriah sungguh majlis ini kerana mereka diraikan oleh kumpulan rewang pemuda cawangan seramai hampir 15 org membantu melicinkan perjalanan majlis pada hari ini.

Apa yang menarik ialah mereka mengamalkan konsep hidang dimana konsep ini diketahui hampir pupus amalannya diganti dgn kaedah makan secara buffet. Seronok dan kami sempat berbual dan mendengar beberapa perkara berkaitan cawangan bersama Ketua Pemuda Sdr Omar dan Ketua Cawangan Sdr Abu Noh. Tahniah juga kepada kumpulan kugiran Kg Sri Dagang yang dipimpin oleh Sdr Naib Ketua Pemuda Cawangan tersebut. Terima Kasih Sahabat atas layanan yang telah diberikan....

2 comments:

  1. Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut

    ReplyDelete
  2. TQ sdra Anonymous atas keprihatinan sdra. Insya Allah sy akan forward kpd KP Umno Bhg.

    ReplyDelete