Wednesday 21 January 2009

Pemuda Sekijang Anjur Karnival Takraw

Pemuda UMNO Bhg Sekijang buat kesekian kalinya telah berjaya menganjurkan Karnival secara bersama dengan Pemuda UMNO Bhg Segamat. Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini menjadi titik tolak betapa setelah hampir 11 tahun menunggu (kali terakhir dianjurkan oleh UMNo pada 1998), ramai jagoan Takraw berpeluang menunjukkan bakat masing2 dalam pertandingan kali ini.

Ironinya Karnival yang dianjurkan oleh GABUNGAN Pemuda UMNO Bahagian Sekijang ini ialah, mereka telah menjemput sama wakil peserta daripada Pemuda PAS untuk bermain dalam pertandingan tersebut. Dan apa yang lebih menarik lagi ialah pertandingan akhir itu telah dimenangi oleh Pasukan Pemuda PAS Segamat mengalahkan Segamat Club B.

Pertandingan berlangsung dalam keadaan yang cukup meriah. Untuk rekod, pertandingan yang dilangsungkan selama 2 hari mendapat penyertaan seramai 50 pasukan. Kehadiran penonton juga amat memberangsangkan. Hampir semua ruang di dalam dewan penuh. Pertandingan dilangsungkan secara Liga dimana semua pasukan yang bertanding berpeluang bermain sekurang-kurangnya 2 kali. Apa yang menyemarakkan lagi semangat kami ialah, respon daripada beberapa pemain menyatakan inilah julung-julung kalinya pertandingan Takraw yang dianjurkan secara bersama oleh 2 Pemuda UMNO Bahagian.
11 Tahun mereka menunggu untuk bersama-sama dengan kita. Elit sangatkah parti keramat UMNO ini? Atau kita yang alpha untuk bersama dengan mereka. Renung2kanlah dan kami pemuda UMNO bahagian Sekijang akan tetap memperjuangkan nilai dan tradisi orang2 muda segenerasi dengan kami. Terima kasih atas sambutan daripada rakan2 sekelian. Kita pastikan aktiviti ini dilakukan berterusan. Ayuh rakan2 pemuda kita bersama untuk pastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang. Tahniah Pemuda Bhg Sekijang dan juga Bhg Segamat. Kalau berpeluang, jom bersama lagi dengan kami.

No comments:

Post a Comment