Saya sampai di Rumah Johor, Jalan Kota Bahru – Kuala Berang, Kuala Terengganu jam 8.45 malam. Perjalanan dari Segamat lebih kurang 6 jam. Bertemu dengan rakan – rakan dari Pemuda Bahagian dalam negeri Johor.
Rakan – rakan yang lain sempat menjamah jamuan makan malam yang disediakan, sementera menanti rakan – rakan Pemuda Sekijang yang lain sampai. Mereka telahpun berada di Kuala Terengganu, menginap di Rumah Pemuda Sekijang di Gong Badak, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

(Maaf, saya tidak sempat untuk mengemaskini blog malam tadi, walaupun saya berazam untuk berbuat demikian. Ada masalah dengan talian broadband di Kuala Terengganu ini. Kesempatan yang ada pada pagi ini di saat rakan – rakan lain sedang mengiringi kumpulan wanita K5 saya gunakan untuk mengemaskini blog Pemuda Sekijang.)
Di rumah Pemuda Sekijang, 14 orang semuanya. Pagi ini ada yang tak dapat mandi, air kehabisan!
Pagi ini kami bersarapan di Seberang Bukit Tumbuh, kira – kira 10 minit perjalanan kereta dalam keadaan sesak dan hujan renyai dari Rumah Pemuda Sekijang. Biasalah, di Terengganu, sarapan pagi yang popular adalah nasi dagang, nasi kerabu atau nasi minyaik. Pagi – pagi lagi dah makan nasi ...

Saya sempat berbisik dengan Amin Mukri, tentang pelayan manis yang melayan kami di Gerai Kak Yah tersebut!
Selesai bersarapan, kami ke Rumah Johor. Dalam perjalanan, tidak jauh dari Gerai Kak Yah, berlaku kemalangan motosikal. Sempat juga mengambil gambar!

Sampai di rumah Johor, kami menunggu kumpulan wanita bersiap. Kelihatan Datuk Shahrir Samad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di situ. Belia

Abang Khamis Ngadiman mengajak saya sekali lagi untuk minum pagi. Saya menemaninya. Belumpun sempat untuk berbual panjang, Suratmat sudahpun menelefon untuk operasi pagi ini dimulakan.

No comments:
Post a Comment