Saturday 7 March 2009

Aktiviti Padat Bersama Pemuda Cawangan

1. Pada 8/2/2009 Jam 3.30 Petang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Sdr. Anuar Abd Manap telah merasmikan program 'Menghidupkan aktiviti Buku Hijau di Halaman Rumah' anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Melayu Raya bersama dengan Pejabat Pertanian Daerah. Program Tersebut telah dihadiri oleh sejumlah hampir 70 orang penduduk kampung dan juga ahli pemuda cawangan untuk mengambil benih dan anak pokok yang dikeluarkan oleh pejabat pertanian daerah. Ia turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pertanian Daerah Sdr Abd Halim Bin Abd Wahab yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Sekijang dan juga Ketua Pemuda Cawangan Sdr Ahmad Shamsul. Dalam majlis tersebut, semua yang hadir telah diberikan 'cenderahati' oleh pihak Pejabat Pertanian berupa Pakej Benih dan juga baja untuk ditanam diperkarangan rumah masing-masing. Tahniah Pemuda Melayu Raya.

2. Kemudian pada tarikh yang sama jam 4.30 petang, rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang sekali lagi telah dijemput untuk bersama dengan Sdr Anuar bagi merasmikan Program Pertandingan Futsal Tertutup Kg Jawa yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang Lalang. Seramai 10 buah Pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Cabutan Bertuah juga disediakan bagi menarik kehadiran warga penduduk disekitar Kg Jawa yang hadir menyaksikan pertandingan ini. Ia dijangka akan menjadi aktiviti tahunan bagi Pemuda UMNO Cawangan Terbabit. Program ini dilihat mampu menarik ramai golongan Muda untuk bersama-sama dengan pemuda UMNO. Pada Hari tersebut juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Padang lalang, Sdr Mohd Adly Shafizan yang ditemani oleh Ketua UMNO Cawangannya Sdr Mohd Sukaimi, telah menyerahkan borang keahlian Baru kepada Sdr KP Bhg hasil daripada kempen keahlian mereka dalam program tersebut. Tahniah Kepada Pemuda UMNO Cawangan Padang Lalang dan seleruh barisan kepimpinan mereka.

No comments:

Post a Comment