Dipetik dari Utusan Malaysia, Jumaat, 16 Januari 2008
SEGAMAT 15 Jan. - Kira-kira 3,000 orang memenuhi Dataran Segamat di sini malam tadi bagi menyertai Perhimpunan Aman Palestin untuk membantah serangan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Perhimpunan yang bermula dari pukul 6 petang itu disertai orang ramai yang turut membawa sepanduk mengecam kekejaman Israel dan mengharapkan keamanan di bumi Palestin.
Bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel juga dibakar bagi menunjukkan kemarahan penduduk.
Bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel juga dibakar bagi menunjukkan kemarahan penduduk.
Peserta perhimpunan anjuran Majlis Belia Daerah Segamat itu turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata, masyarakat di Segamat amat prihatin terhadap situasi yang berlaku di Palestin.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata, masyarakat di Segamat amat prihatin terhadap situasi yang berlaku di Palestin.
''Kita mungkin tidak mampu memberi pengorbanan yang menitiskan darah, namun kita mampu menderma dan berdoa bagi kesejahteraan saudara kita di Palestin,'' katanya ketika berucap di perhimpunan tersebut.
Hadir sama pada perhimpunan itu adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Othman Jais. Pada majlis tersebut, deklamasi puisi mengenai penderitaan rakyat Palestin turut diperdengarkan.
Para hadirin juga diberikan taklimat berhubung situasi semasa di tebing Gaza oleh wakil Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Abdul Razak Arifin.
Sumbangan sebanyak RM3,614.15 juga berjaya dikutip untuk GPM bagi membolehkannya menggerakkan misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
jahanam israel...
ReplyDeleteallah laknatkanlah bangsa israel...
allah laknatkanlah sekutu-sekutu israel...
dan juga para pemimpin yang berperangai israel...