

Perhimpunan dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Segamat dengan sokongan dan kerjasama semua jabatan kerajaan, parti - parti siasah, Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) dan organisasi - organisasi rakyat.


Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, YB Ayub Rahmat. YB Datuk Othman Jais, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap kemudiannya mewakili Tuan
Pegawai Daerah Segamat untuk menyampaikan ucapan.

Pada majlis itu juga menyaksikan beberapa NGO, Syarikat Perniagaan, Jabatan dan Individu telah menyampaikan sumbangan kepada tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) Utusan Malaysia - IRM.
Jumlah sumbangan yang disampaikan adalah RM 11,500.00
Tanhiah dan sekalung pernghargaan buat semua sukarelawan dan mereka yang telah menabur bakti sehingga memungkinkan majlis dan perhimpunan secara aman ini dapat diadakan.
No comments:
Post a Comment