TAHUKAN ANDA 1 |
Tahukah anda bahawa seorang pesara Tentera
atau Pesara Polis, adalah tidak secara automatik menjadi Pengundi Awam
selepas bersara. Oleh itu jika anda bersara daripada Perkhidmatan Tentera
atau Perkhidmatan Polis, anda perlu membuat pendaftaran yang baru menggunakan
Kad Pengenalan Awam (Mykad) untuk menjadi seorang Pengundi Awam.
|
TAHUKAN ANDA 2 |
Tahukah
anda bahawa penentuan Lokaliti dan Pusat Mengundi untuk anda adalah
ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan anda.
Oleh itu untuk memohon pertukaran alamat Pusat Mengundi, anda perlu
menukarkan alamat terkini anda dalam Kad Pengenalan anda terlebih dahulu
di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk memohon pertukaran Pusat
Mengundi, anda perlu HADIR SENDIRI dengan membawa Kad Pengenalan atau
Resit Sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran
SPR di seluruh negara atau di mana-mana Pejabat Pos (berkomputer) di
seluruh negara.
|
Sumber Bahan : www.spr.gov.my
No comments:
Post a Comment