Datuk Sohami Shahdan
Assalamualikum wb dan
Salam 1Malaysia.
1. Pelampau demokrasi.
Serangan ke atas beberapa instrumen dan paksi kenegaraan nampaknya semakin
galak dilakukan oleh parti DAP.
2.Saya melihat serangan
politikus sang penyangak demokrasi ini sudah kurang berkurangan halanya
terhadap instrumen parti, sebaliknya gerakan serangan mereka pada waktu ini
cukup fokus menyerang paksi kenegaraan.
3. Instrumen dan tiang
kerajaan seperti Perlembagaan diikuti dengan pembantaian dan pemburukan imej
instrumen kerajaan seperti SPRM, Kehakiman, Tentera, Polis dan beberapa lagi
sudah dijadikan bahan kempen politik mereka dalam cubaan membawa imej buruk di
mata rakyat dan masyarakat antarabangsa.
4. Pada tahun 2010 atau
lebih tepat pada tarikh 15 ogos 2010, Mufti Besar Negeri Perak iaitu Tan Sri
Harussani Zakaria ada mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa terdapat
'gerakan' sulit untuk merubah Perlembagaan di Malaysia.
5.Adakah situasi politik
dan perencaan DAP pada saat ini adalah jelmaan kepada kenyataan Tan Sri
Harussani ?
6. Tiga hari lepas,
Adun DAP iaitu Manoharan sengaja melontar ide akan cita-citanya mahu merubah
bentuk bendera Malaysia sekiranya DAP berkuasa pada Pru ke 13 nanti. Samada ia
cubaan melihat riak ombak atau ia lahir daripada sikap cuba menyangakkan
nama demokrasi,itu saya kurang pasti.
7. Namun yang jelas, sejak mereka menguasai
beberapa negeri sebenarnya sudah kedapatan dan keberanian pengimplementasian
menghancurkan isi-isi utama Perlembagaan. Seperti contoh, hari pertama Lim Guan
Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang antara perkara pertama dilakukan adalah
menghapuskan perlaksanaan DEB.
8.Tony Pua pernah mempertikaikan isu
keselamatan negara dalam kes pembelian kapal perang milik TLDM. Kekonsistensi
DAP menyerang paksi-paksi kenegaraan nampaknya semakin melampau.
9.Saya bersetuju untuk kita meraikan perbezaan
pendapat dan pandangan politik, tetapi bila ada usaha yang terancang mahu
merosakkan imej dalam paksi kenegaraan, sewajarnyalah rakyat bangun dan
mempertahankannya.
10. Pelampau demokrasi ini wajar ditumbangkan
pada PRU ke 13 nanti.
Datuk Sohaimi Shahdan
Exco Pemuda UMNO Malaysia
|
No comments:
Post a Comment