Posted on Wednesday, October 05 @ 06:15:37 CDT
Topic: Berita / Isu Semasa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmuddin
Elias Al-Hafiz berkata kemelut mengenai perkara itu hanya akan memberi
imej yang tidak baik kepada Islam yang mana hukum Allah itu seolah-olah menjadi
bahan untuk mencari sokongan.
Sambil mengakui hukum hudud itu adalah wajib dan ianya
terkandung di dalam al-Quran, beliau seterusnya melontarkan persoalan apakah
persediaan ke arah itu telah dilaksanakan dengan baik dan melalui kajian
menyeluruh.
“Cakap memanglah boleh…Namun banyak lagi perkara lain yang
perlu diselesaikan dahulu….Sebab itu saya tidak setuju ianya seolah-olah
digunakan untuk mencari sokongan politik tanpa kajian menyeluruh. Betul kita
kena buat…namun apakah kita benar-benar bersedia.
“Apakah sudah ada satu garis panduan yang betul yang menepati
kehendak syarak…dan tidak mahulah pula garis panduan yang hanya ditetapkan oleh
pihak-pihak tertentu sahaja. Kita buat itu biarlah menyeluruh,” katanya kepada
UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menasihatkan mana-mana pihak yang
berterusan menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik agar melihatnya
secara menyeluruh.
“Carilah bahan lain untuk dijadikan
modal. Banyak lagilah saya rasa yang boleh mereka kupas dan jangan jadikan
agama sebagai batu loncatan. Itu saya sama sekali tidak setuju kerana Islam
juga yang akan terkena tempiasnya kelak.
“Janganlah kerana politik
segala-galanya boleh dilakukan kerana akhirnya kita umat Islam yang rugi. Apa
yang diutamakan hari ini adalah penyatuan ummah yang membawa kepada kecemerlangan
bersama demi agama, bangsa dan negara,“ katanya. -Sumber : Media UMNO
No comments:
Post a Comment