Monday 3 October 2011

Foto-Foto Sekitar Majlis Jamuan Raya 2011













Alhamdulillah, Majlis Jamuan Raya PPUMNO Bahagian Sekijang telah selamat diadakan pada 28hb September 2011 di dewanraya Kg. Paya Pulai,Segamat.Majlis pada malam itu telah dihadiri oleh orang ramai yang terdiri daripada AJK UMNO Bahagian,Wanita,Pemuda & Puteri UMNO Bahagian,Pemuda-Pemuda cawangan, dan juga penduduk-penduduk setempat.

Bagi pihak  PPUMNO Bahagian Sekijang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua NGO dan individu yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam tersebut terutamanya kepada Persatuan Belia Generasi Baru (BGB) yang diketuai oleh Sdr. Hj. Md. Salleheen Bin Hj. Mohamad kerana bersama-sama bertindak sebagai penganjur majlis.Juga berbanyak-banyak terima kasih kepada Pemuda-Pemuda Cawangan Zon 1 kerana telah menyumbangkan menu-menu hidangan yang amat menyelerakan untuk para jemputan.

Insya Allah, jumpa lagi tahun hadapan!




No comments:

Post a Comment