Monday 9 March 2009

Program Baktisiswa bersama pelajar UiTM Segamat bersama Pemuda UMNO


Pada 8/3/2009, Pergerakan Pemuda UMNo Cawangan Kg Melayu Bukit Siput telah menganjurkan Program Baktisiswa bersama pelajar UiTM Segamat dan Kolej Komuniti YPJ. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Gotong-royong bersama penduduk kampung dan juga sukaneka. Program bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Program dirasmikan oleh YB Sdr Ayub B Rahmat, ADUN Kawasan Kemelah yang juga Timbalam UMNO Bahagian Sekijang. Turut hadir sama Ketua Permuda UMNO Bhg Sdr Anuar Abd Manap dan rangkaian kepimpinan beliau.










Menurut penduduk kampung, inilah pertama kali program bersama mahasiswa dianjurkan oleh Pemuda UMNO Cawangan bersama Pemuda Bhg di kampung ini. Respon daripada para pelajar menyatakan mereka melihat program sebegini mampu mengeratkan sillaturahim antara pemuda UMNO dan juga pelajar UiTM dan YPJ. InsyAllah akan datang, kita akan menjemput kereka bertandang ke cawangan yang lain pula selepas ini. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Sdr Kasman dan seluruh jajaran kepimpinan dalam Kg Melayu Bukit Siput.Terima kasih UiTM, dan YPJ. Tahniah Pemuda Cawangan Kg Melayu Bkt Siput.












































No comments:

Post a Comment