Tuesday 10 March 2009

Isu PPSMI: Jawapan Terbaik Bagi Mereka yang tahu Bersyukur

Baru-baru ini isu Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Sains Dan Matematik (PPSMI) begitu hangat diperkata, dibincang dan di ambil perhatian oleh pelbagai pihak. Kita saksikan bagaimana Gerakan mansuh PPSMI atau GMP diwujudkan bagi memastikan usaha kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan di mansuhkan. Didalam berita Televisyen dan di dada akhbar dipertontonkan mereka bersama dengan parti pembangkang membuat demontrasi jalanan HANYA untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Kewajaran ini dilihat bagi sesetengah pihak patut dilaksanakan. Tetapi bagi rakan-rakan yang anak mereka sedang menelaah buku pelajaran di sekolah, rata-rata amat menyokong konsep PPSMI ini. Mungkin pencinta bahasa amat terguris dengan konsep PPSMI, tapi ketahuilah, hari ini ramai anak-anak kita masih fasih berbahasa melayu, tetapi amat baik pemahaman mereka dalam bahasa Inggeris. Masih Fasih berbicara bahasa ibunda mereka, namun mantap pemahaman mereka dalam subjek sains dan matematik.

Hanya segelintir yang masih berbaki usia, risau perihal anak bangsa lupa bahasa ibunda, risau melayu tinggal nama, tapi mereka menyokong pembangkang yang komitmen mereka kearah menjatuhkan Raja MELAYU, Pemimpin MELAYU. Pelbagai komen dan sindiran dari mereka yang sememangnya benci dengan dasar kerajaan dilontarkan yang hakikatnya kelak akan merugikan anak bangsa sendiri. Saya amat berminat dengan hasil tulisan seorang rakan didalam Agenda Daily di http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Bacalah komen beliau, bukalah fikiran dan belajarlah untuk menjadi insan yang boleh mencerna minda bagi tujuan kebaikan. Bukan hanya tohmahan yang tidak berkesudahan.

Anuar Abd Manap

1 comment:

  1. apasal tak sama dengan ucapan yb ayub???
    yb ayub kata ppsmi patut dimansuhkan...
    yang mana satu betul ni?

    ReplyDelete