SAYA, JAMALUDIN BIN RASIP, MEWAKILI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG DENGAN INI MOHON MEMBAWA USUL YANG BERBUNYI;
JIKA HENDAK PERGI KE SEBERANG.
JANGAN PATAHKAN LIMAU PURUT,
JIKA HENDAK MENJADI ORANG,
JANGANLAH MENJADI PAK TURUT.
MENYEDARI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU GENAP BERUSIA 65 TAHUN. SATU TEMPOH KEWUJUDAN SEBUAH PARTI POLITIK YANG SUDAH BEGITU LAMA BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA TETAPI JUGA DIPERINGKAT DUNIA. UMNO LAHIR 65 TAHUN DAHULU DIATAS KESEDARAN ORANG MELAYU UNTUK BERSATU MENENTANG PENJAJAH, MEMBANTAH RANCANGAN PENUBUHAN MALAYAN UNION DAN MEREBUT KEMERDEKAAN TANAH AIR. PERPADUAN ORANG-ORANG MELAYU PADA KETIKA ITU DALAM MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TELAH MEMBERI KEKUATAN DAN PERANGSANG SERTA SEMANGAT KEPADA ORANG-ORANG MELAYU SEHINGGA MEREKA SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI MENCAPAI CITA-CITA MURNI YANG DIIDAM-IDAMKAN.
ELOK LADANG KERANA BERPADI.
ELOK PADI LEBAT BUAHNYA,
ELOK ORANG KERANA BUDI,
ELOK BUDI KERANA BAHASANYA.
MENGINSAFI PENGORBANAN ORANG-ORANG TERDAHULU PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG INGIN MENNGINGATKAN PENDIDIKAN AMAT PENTING TERUTAMANYA BAGI MENGHADAPI DUNIA TANPA SEMPADAN ATAU GLOBALISASI. KAUM MELAYU PATUT MENILAI SEMULA KELEMAHAN DIRI DI ATAS BANYAK GEJALA SOSIAL YANG TERJADI TERUTAMANYA SUMBANG MAHRAM DAN PENAGIHAN DADAH. MEREKA ADALAH SAMPAH MASAYARAKAT. ANAK MELAYU JUGA AMAT LEMAH DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK, INGGERIS DAN SAINS. KELEMAHAN INI SEMUANYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS BAHU KERAJAAN SEDANGKAN DIRI SENDIRI YANG MEMILIH UNTUK MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT.
PENDIDIKAN
MENYEDARI DI DALAM KAWASAN PARLIMEN SEKIJANG TEDAPAT SEBIDANG LOKASI YANG TELAHPUN MELALUI FASA PENGAMBILAN BALIK TANAH YANG MANA TANAH TERSEBUT TELAHPUN DIRIZABKAN UNTUK PEMBINAAN MRSM. ADIK-ADIK PINTAR KAMI SAMADA DI DALAM PARLIMEN SEKIJANG MAHUPUN DI KAWASAN PARLIMEN BERSEBELAHAN AMAT TERNANTI-NANTIKAN WUJUDNYA BANGUNAN AKADEMIK YANG MAMPU MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK-ANAK DARI LUAR BANDAR MERASAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH YANG MENJANJIKAN KUALITI PENDIDIKAN YANG LEBIH BAIK.
MELAHIRKAN KESYUKURAN SEPERTIMANA TELAH SEDIA MAKLUM KOKURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) YANG DIPERKAYAKAN SECARA BERSEPADU DAN BERBEZA DARI SEGI PENDEKATAN, PENEKANAN DAN PROGRAM PENGKAYAAN AMAT DIPERLUKAN KEPADA ANAK-ANAK LUAR BANDAR KHASNYA ANAK –ANAK DARI KAWASAN PARLIMEN SEKIJANG DAN SEKITAR AGAR ANAK-ANAK MELAYU PINTAR INI TIDAK TERSASAR PENDIDIKANNYA OLEH KEMISKINAN DAN KEDAIFAN HIDUP SEHINGGA MEREKA INI KECICIRAN DARI ARUS AKADEMIK.
MENGGESA MATLAMAT DESAKAN UNTUK MERIALISASIKAN SEGERA MRSM DI KAWASAN SEKIJANG INI ADALAH TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN. UNTUK MELAHIRKAN INSAN PINTAR SOLEH YANG SUATU HARI NANTI AKAN MENJADI
PENGELUAR ILMU, PENYELESAI MASALAH YANG CEKAP SERTA PENCIPTA SESUATU YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT
MENDESAK AGAR PIHAK KERAJAAN MENYEGERAKAN PEMBINAAN MRSM DI DALAM PARLIMEN SEKIJANG YANG SECARA LANGSUNG KAWASAN INI TERLETAK SEMEMANGNYA DIKAWASAN PENDALAMAN DAN LUAR BANDAR AGAR IANYA KELAK MEMBERI RUANG TERUS KEPADA GOLONGAN SASAR IAITU ANAK-ANAK DARI LUAR BANDAR.
BILA DITENGOK DITIMBANG-TIMBANG,
NASIB MELAYU ZAMAN SEKARANG,
ADA MELARAT TAK RAMAI SENANG,
DIRUMAH SENDIRI BAGAI PENUMPANG.
EKONOMI
MEYAKINI BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, UMNO MASIH DIBERI PELUANG UNTUK MENERAJUI NEGARA DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL WALAUPUN KITA DIUJI DENGAN KEADAAN YANG KITA SENDIRI TIDAK SEKUAT MANA. SATU KEADAAN DI MANA UMNO DITINGGALKAN OLEH BUKAN SAHAJA MUSUH BARISAN NASIONAL MALAH KITA JUGA DITINGGALKAN OLEH KAWAN TAULAN DI DALAM BARISAN NASIONAL. PENOLAKAN ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP BARISAN NASIONAL MEMBUATKAN UMNO TERUMBANG-AMBING BERSENDIRIAN MENCARI ARAH. WALAU BAGAIMANAPUN, DENGAN HADIRNYA SEORANG PEMIMPIN YANG TELAH DIBEKALKAN DENGAN PENGALAMAN YANG BEGITU LAMA DAN TELAH MERASAI PELBAGAI KEADAAN POLITIK TANAH AIR, MAKA SETELAH 2 TAHUN BELIAU MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA TELAH PUN NAMPAK SATU ARUS PERUBAHAN YANG SEAKAN-AKAN TERLIHAT SATU PANCARAN CAHAYA YANG GEMILANG BAGI MENENTUKAN UMNO TERUS DOMINAN BUKAN SAHAJA DI DALAM BARISAN NASIONAL TETAPI SEBAGAI SATU PARTI YANG TETAP KEKAL MEMPERJUANGKAN UNTUNG NASIB ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. PEMIMPIN ITU TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK, PRESIDEN UMNO MALAYSIA. TIDAK ADA TEMPAT LAGI UNTUK ORANG MELAYU BERGANTUNG HARAP KALAU TIDAK KEPADA YAB DATUK SERI PRESIDEN. SERANGKAP PANTUN KAMI TUJUKAN ;
ARAK-ARAK KELAPA PUAN,
TIDAK PUAN KELAPA BALI,
MEMANG DIHARAP KEPADA TUAN,
TIDAK TUAN SIAPA LAGI.
MEYAKINI, DI DALAM ERA GLOBALISASI YANG TANPA SEMPADAN INI, KEMAMPANAN, MERITOKRASI, LIBERALISASI SERTA PERSAINGAN, TELAH MENJADI SATU KEWAJIPAN, DEMI SURVIVAL GENERASI HARI INI DAN MASA HADAPAN, MAKA KAMI MENYOKONG TAHAP KUALITI HIDUP RAKYAT YANG DISASARKAN OLEH MODEL BARU EKONOMI (MBE), NAMUN KAMI JUGA MENDAPATI BAHAWA MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN NKEA ITU MEMPUNYAI KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG PASTINYA AKAN MERUGIKAN BANGSA MELAYU, KERANA;
1 TIDAK ADA AGENDA YANG MEMANTAPKAN EKONOMI BANGSA MELAYU SECARA TUNTAS DAN BERKESAN, JUSTERU MENGINGKARI ARAHAN YAB DATUK SERI PERDANA MENTERI SENDIRI YANG MAHUKAN OBJEKTIF DEB DIKEKALKAN TETAPI KAEDAH PERLAKSANAANNYA DI TRANFORMASIKAN.
2 IANYA JUGA TIDAK MENGAMBIL KIRA KEADILAN SOSIAL DAN KEHARMONIAN KAUM YANG MEMBAWA KEPADA JURANG SOSIO EKONOMI YANG AKAN LEBIH MELEBAR.
3 DENGAN MENYEMBUNYIKAN BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA DI BAWAH GOLONGAN 40% YANG BERPENDAPATAN RENDAH, MAKA GOLONGAN BUMIPUTERA LAIN, YANG JUGA WAJAR DIBANTU
TIDAK DIJELASKAN. SEAKAN-AKAN MEMPERLIHATKAN PERKARA 153 TIDAK MAHU DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN DAN SEKALIGUS MAHU DIKETEPIKAN.
4 KITA KHUATIR KALAU-KALAU MENJADI SENJATA MAKAN TUAN KERANA FAKTA-FAKTA YANG TIDAK SEIMBANG DAN LEBIH BANYAK MEMBURUKKAN KERAJAAN, YANG MANA UMNO MENJADI TULANG BELAKANGNYA, DENGAN MELONGGOKKAN SEMUA KELEMAHAN DAN KESALAHAN KE ATAS DASAR EKONOMI BARU (DEB).
5 DENGAN MEMPROMOSIKAN KONSEP PASARAN BEBAS DAN GAGAL MENERIMA HAKIKAT BAHAWA PASARAN TIDAK SEMESTINYA SENTIASA SEMPURNA (PERFECT MARKET), KITA KHUATIR IANYA LEBIH MENGUNTUNGKAN MEREKA YANG KUAT (BUKAN MELAYU) DAN MERUGIKAN MEREKA YANG LEMAH (BANGSA MELAYU). LIBERALISASI TERHADAP SEMUA SEKTOR TANPA MENGIRA KEPENTINGAN MELAYU JUGA AKAN MENJADIKAN USAHAWAN MELAYU SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERPINGGIR.
6 USAHA MENGURANGKAN PERANAN KERAJAAN DENGAN MENGUTAMAKAN PERANAN SWASTA JUGA AKAN MERUGIKAN BANGSA MELAYU.
7 TERLIHAT DI DALAM MODEL EKONOMI BARU (MBE), TERLALU MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PERTUMBUHAN TETAPI MENGABAIKAN DI
DALAM ASPEK PENGAGIHAN, LEBIH-LEBIH LAGI AGIHAN TERHADAP BANGSA MELAYU.
MENGAKUI, DALAM KEADAAN DISPARITI ATAU PERBEZAAN YANG KETARA DARI SUDUT KEDUDUKAN DAN KEMAMPUAN EKONOMI, SERTA TAHAP HIDUP DI KALANGAN RAKYAT, DI MANA BANGSA MELAYU TERUS BERADA DI BELAKANG KAUM BUKAN MELAYU, MAKA DALAM PERSIDANGAN PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG INI, APAPUN MODEL YANG HENDAK DILAKSANAKAN, APAPUN PERANCANGAN YANG HENDAK DIWUJUDKAN, IANYA MESTILAH MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN BANGSA MELAYU, KERANA, KALAULAH UMNO TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN UNTUNG NASIB BANGSA MELAYU, APALAH ERTINYA KITA MASIH DI SINI.
MENYERU KEPADA KEPIMPINAN TERTINGGI KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU INI, DI DALAM KITA MENGEJAR KEMAJUAN UNTUK NEGARA, JANGANKAN SAMPAI BANGSA MELAYU MENJADI PENGEMIS DI TANAH AIR SENDIRI, MEMBIARKAN DAGING DINIKMATI OLEH ORANG LAIN SEDANGKAN BANGSA MELAYU HANYA MENDAPAT TULANG-TULANG UNTUK DI MAKAN. JANGANLAH JADI UMPAMA ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN, AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN. JIKA KITA TERLEKA, PROSES MEMAJUKAN NEGARA INI AKAN MENJADI SATU SENJATA BARU UNTUK MENJAJAH BANGSA MELAYU SENDIRI.
MENYELAMI RUNGUTAN DARIPADA ORANG MUDA YANG MENGATAKAN BAHAWA MEREKA SUKAR MENDAPAT PINJAMAN DARIPADA PIHAK BANK WALAUPUN BANK TERSEBUT MILIK KERAJAAN. SEPERTI SME BANK, BANK RAKYAT, MARA, TEKUN, AGRO BANK DAN BANYAK LAGI. MAKA, KERAJAAN MESTILAH MENUKAR KAEDAH PEGAWAI-PEGAWAI YANG
BERTANGGUNGJAWAB DARIPADA BAGAIMANA MAHU MENOLAK SESUATU PINJAMAN KEPADA BAGAIMANA MAHU MELULUSKAN SESUATU PINJAMAN. KALAU MAHU MENOLAK SANGAT MUDAH, PENJAMIN TIDAK CUKUP SYARAT, TIDAK ADA KOLETRAL, CRIS,CTOS DAN MENCARI APA JUGA KELEMAHAN YANG ADA PADA INDIVIDU YANG MEMOHON. ITU MAKNANYA BAGAIMANA MAHU MENOLAK TETAPI KENAPA TIDAK, SEMUA PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENCARI JALAN BAGAIMANA SESUATU PINJAMAN ITU MESTI DILULUSKAN. HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH.
KEMAJUAN ICT EMAIL 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
MENYOKONG KERAJAAN MEMPERCEPATKAN BAGI MENYEDIAKAN e-mel PERCUMA DI BAWAH KONSEP 1 MALAYSIA (1MY) KEPADA SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS. IANYA BERTUJUAN UNTUK MELANCARKAN KOMUNIKASI SECARA LANGSUNG ANTARA WARGA MALAYSIA DAN KERAJAAN. DENGAN ADANYA PERKHIDMATAN ITU BERMAKNA HAMPIR 18JUTA DARIPADA 27.5 JUTA PENDUDUK MALAYSIA AKAN MENJADI PEMILIK AKAUN PERIBADI e-mail 1MY. IANYA SELARI DENGAN KEHENDAK PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERHARAP DENGAN INISIATIF ITU DIHARAP DAPAT MENINGKATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN KEPADA PELANGGAN DAN KOMUNITI PERNIAGAAN.
EMAIL 1 MALAYSIA AKAN MEMAINKAN PERANAN SEPERTI BERIKUT;
1. SEBAHAGIAN DARIPADA PENYEDIAAN PUSAT SEHENTI UNTUK PERKHIDMATAN KERAJAAN
2. PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI SEPERTI RANGKAIAN SOSIAL
3. MEMERIKSA BIL SECARA ONLINE DAN JUGA BAYARAN
4. PEMBANGUNAN WEB BAGI RAKYAT DAN SYARIKAT.
MENGESA DAN MENYERU EMAIL 1 MALAYSIA YANG DIWAR-WAR AKAN DILANCARKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA PERLU DISEGERAKAN. KERANA KAJIAN DARI PEMERHATIAN KAMI MENDAPATI IANYA AMAT DINANTIKAN OLEH RAKYAT KHASNYA ORANG-ORANG MUDA BERUMUR 18 TAHUN KEATAS. PIHAK PEMBANGKANG SEMEMANGNYA TIDAK SELESA TENTANG PERKEMBANGAN TERBARU INI KERANA KUATIR MAKLUMAT TEPAT YANG AKAN DISALURKAN OLEH KERAJAAN KEPADA RAKYAT DAN JUGA ORANG-ORANG MUDA TIDAK DAPAT DI MANIPULASIKAN OLEH PEMBANGKANG. PEMBANGKANG SEMAKIN KETAKUTAN KERANA JIKA MAJORITI RAKYAT DAPAT BERHUBUNG TERUS DENGAN KERAJAAN DAN BANYAK BERITA KEPINCANGAN PEMBANGKANG DISALURKAN MAKA PEMBANGKANG MEMPUNYAI PELUANG YANG SEMAKIN MENGECIL UNTUK MENIPU RAKYAT DAN SETERUSNYA
PEMBOHONGAN KEPADA RAKYAT TIDAK BOLEH DTERIMA LAGI. JUSTERU APA LAGI YANG DITUNGGUKAN, KAMI ORANG-ORANG MUDA MENYOKONG EMAIL 1 MALAYSIA PERLU DILANCARKAN SEGERA AGAR EKSESS TERSEBUT AKAN MENJADI JAMBATAN EMAS ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT KHASNYA BAGI ORANG-ORANG MUDA.
BERIKRAR MEMENUHI IMPIAN DAN CITA-CITA YB KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA AGAR PEMUDA TERUS BERSATU DALAM APA JUA KEADAAN SERTA BERJANJI AKAN MENERUSKAN KEGEMILANGAN PEMUDA BERASASKAN ACUAN “PERPADUAN” INI DENGAN MENGHINDARI PERPECAHAN, SEMANGAT BERPUAK-PUAK SERTA MENYELESAIKAN SEGALA SALAH FAHAM DAN SENGKETA SECARA BIJAKSANA DAN PENUH PROFESIONALISME..
YAKINLAH, KUKUH UMNO SELAMATLAH MELAYU; TUMBANG UMNO HILANGLAH MELAYU.
POHON NYIUR DI TEPI LAUT,
DIMAKAN KUMBANG PUCUKNYA LAYU,
KEPADA UMNO KITA BERPAUT,
UMNO TUMBANG HILANGLAH MELAYU.
SEKIAN SAYA JAMALUDIN BIN RASIP WAKIL MEMBAWA USUL DARI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG MOHON DISOKONG…..
ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH…
DISEDIAKAN OLEH
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG
1HB MEI 2011.
No comments:
Post a Comment