Thursday 4 August 2011

Ziarah Santai Merdeka Ramadhan Siri ke 2














Ziarah Santai Merdeka Ramadhan Siri Ke 2 kini bermula. Seperti tahun lepas, kali ini seawal 3 ramadhan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah pun menggerakkan jentera untuk mula mengagihkan sumbangan bagi bulan ramadhan kepada insan-insan istimewa yang berada didalam Parlimen Sekijang. Terima kasih kepada ketua-ketua pemuda cawangan yang telah dapat bersama memberikan senarai nama untuk tujuan tersebut.

Setiap Cawangan akan menyenaraikan 5 penerima. Setakat ini 8 cawangan telah dapat diserahkan dan mengikut maklumat yang diberi, seramai hampir 150 penerima akan dapat menerima bantuan ini nanti. Ini adalah salah satu usaha bagi mendekatkan Pemuda UMNO terutamanya dengan masyarakat selain daripada program-program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Alhamdulillah, sepanjang penyerahan tersebut dibuat, semua penerima mengucapkan rasa terima kasih terutama ke atas usaha-usaha yang telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO ini. Ada yang pernah menerima pada tahun lepas mengaku mereka tertunggu-tunggu kehadiran bantuan seperti ini yang bagi mereka bukan 'barangan bantuan' yang diutamakan, tetapi usaha melawat dan hadir bertanya khabar itulah yang mereka harapkan. Ini sebenarnya hasrat daripada kepimpinan tertinggi kita bagi memastikan seluruh jentera terutama sayap-sayap parti bekerja untuk menggerakkan usaha seperti ini.

No comments:

Post a Comment