Thursday 26 May 2011

USUL/ISU/CADANGAN/PERMOHONAN DARIPADA PEMUDA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN DALAM BAHAGIAN SEKIJANG ( DITERIMA TANPA BAHAS )

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN PAYA PULAI

1. Mohon semua barisan kepimpinan UMNO Bahagian dan sayap-sayapnya supaya lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli cawangan.
2. Cadangan supaya Pemuda UMNO menolak kepimpinan UMNO Bahagian Sekijang kerana mengamalkan istIlah “double standard” terhadap kepimpinan Pemuda baik di peringkat Bahagian mahupun di peringkat Cawangan.Tiada langsung sikap prihatin dan mengambil tahu terhadap Pemuda.
3. Mohon supaya Pemuda Bahagian lebih kerap mengadakan akiviti dan program kerana kedapatan Persatuan Belia lebih aktif daripada Pergerakan Pemuda.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN POGOH 2
1. Cadangan mewujud dan mengambil Insurans secara berkelompok di kalangan ahli Pemuda seperti Takaful kerana dilihat bahawa anak muda masa kini tidak mengambil tahu peri pentingnya mengambil insurans untuk faedah diri sendiri mahupun keluarga.
2. Cadangan mewujudkan pelan pembangunan ekonomi di kawasan Kg. Pogoh 2 yang diusahakan oleh ahli-ahli pemuda dan belia kampung.
3. Mohon memantau dan mengambil tindakan drastik berhubung isu keahlian yang sehingga kini banyak lagi nama tidak tersenarai dalam rekod nama yang layak bersidang untuk tahun ini.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. MELAYU BUKIT SIPUT
1. Mohon dibina gelanggang futsal untuk aktiviti pemuda dan belia di Kg. Melayu Bukit Siput kerana tapak telah ada untuk tujuan tersebut.
2. Mohon peruntukan peralatan sukan daripada Pemuda Bahagian Sekijang seperti mesin rumput dan lain-lain.
3. Mohon peruntukan pembinaa pintu gerbang masuk ke Kg Melayu Bukit Siput.
4. Mohon dibina papan kenyataan di simpang jalan bagi memudahkan panduan kenderaan yang masuk ke Kampung tersebut.
5. Mohon dibaiki jalan masuk ke kampung yang berlubang dan rosak dikhuatiri akan membahayakan nyawa pengguna jalanraya.
6. Mohon Pemuda Bahagian sekijang mengadakan program wacana ilmu atau percambahan ilmu berhubung isu-isu semasa dan politik.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO FELDA REDONG 1
1. Mohon dibina gelanggang futsal dan padang awam di Felda Redong 1.
2. Menyentuh berkaitan isu harga barang naik yang semakin menjadi-jadi.Mohon kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan memantau perkara ini supaya rakyat tidak terkena tempiasnya.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN PAYA LENGA
1. Cadangan supaya seminar/kursus/taklimat diadakan bagi persediaan menghadapai Pilihanraya akan datang.
2. Mohon supaya kursus jati diri diadakan di peringkat Cawangan atau Bahagian dan tindakan oleh Ketua Pemuda Bahagian dan Biro Latihan Pemuda.
3. Menyelar bahawa program dan aktiviti yang diadakan oleh Pemuda Bahagian tidak sampai ke pengetahuan pemuda cawangan.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAHANG RIMAU
1. Mohon supaya Pemuda Bahagian membantu pemuda cawangan menambah ahli baru dan mendaftarkan terus mereka sebagai pemilih yang sah.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BATU 3, KG. JAWA
1. Mengusulkan supaya projek pembangunan di Bandar Utama, Segamat diberhentikan seketika atas alasan kawasan tersebut sebelum ini adalah merupakan kawasan tadahan banjir dan kerja-kerja pembangunan yang dijalankan dikhuatiri menyebabkan kejadian banjir besar terutamanya di kampung berhampiran seperti Kg. Jawa.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN PELANGI
1. Meluahkan rasa kurang senang terhadap kekurangan ahli pemuda yang datang menunaikan tanggungjawab menghadiri mesyuarat tahunan.Berharap Pemuda Bahagian dapat berbuat sesuatu bagi menangani perkara ini yang saban tahun akan terjadi.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN FELDA PEMANIS 1
1. Mohon jalan rosak di hadapan bengkel dibaikpulih segera.
2. Permohonan bagi penempatan generasi ke 2 Felda mestilah diurus dan dibantu oleh cawangan
3. Masalah berhubung keahlian UMNO perlu diselesaikan segera

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. JABI 1
1. Mohon bantuan pihak –pihak berkaitan supaya rumput di padang bola Kg. Jabi dibentuk dan dirapi (trim) semula.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. TUNGKU TIGA
1. Mohon peruntukan bantuan bot dan peralatan banjir untuk kegunaan semasa banjir.
2. Mohon balai bergerak berukuran 12’ x 10’ untuk kegunaan semasa berlakunya kematian penduduk kampung.
3. Meluahkan isu generasi baru kini yang tidak lagi berminat menjadikan permainan tradisional seperti kompang sebagai warisan berzaman kerana banyak dipengaruhi gadjet dan permainan maya di Internet. Mohon kerap diadakan pertandingan atau seumpamanya bagi menarik minat anak-anak muda menyertainya.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN SEGAR
1. Mohon peruntukan bola dan jersi bola sepak.
2. Mohon dibina gelanggang futsal di Taman Segar untuk aktiviti pemuda.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BANDAR PUTRA
1. Mohon dipasang lampu jalan di kawasan-kawasan taman yang tidak dibekalkan lagi lampu tersebut.
2. mengusulkkan supaya pihak berkuasa mengadakan rondaan jalan lebih kerap di kawasan-kawasan taman Bandar Putra bagi mencegah berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti pecah rumah,gangguan mat rempit dan sebagainya.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. TEKAM
1. mengusulkan kepada cawangan supaya amanah dan tanggungjawab diberikan kepada pemuda bagi menjaga bot bantuan banjir kerana pemuda sentiasa ada apabila diperlukan.
2. mencadangkan supaya Pemuda Bahagian lebih kerap mengadakan program-program di cawangan-cawangan bagi mengeratkan lagi tali Silaturrahim di kalangan ahli-ahlinya.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. JAWA
1. Mohon Pemuda Bahagian dan agensi-agensi kerajaan memberi apa sahaja bantuan yang dapat dihulurkan kepada penduduk-penduduk Kg. jawa yang terlibat banjir baru-baru ini.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SRI DAGANG
1. Mencadangkan agar Pemuda Bahagian memberi peruntukan sebanyak RM 250.00 kepada setiap cawangan-cawangan pemuda untuk menjalankan aktiviti dan program.

2 comments:

  1. Mohon dibina gelanggang futsal baru dan selesa untuk aktiviti pemuda dan belia di Kg. Kechil Bukit Kepong kerana gelanggang futsal di tempat kami tidak lengkap,selesa dan tidak selamat.

    ReplyDelete
  2. MOHON KERAJAAN BARISAN NASIONAL BUKA GELANGGANG FUTSAL DI KAMPUNG CHANGKAT JAYA GOMBAK 53100 KUALA LUMPUR SELANGOR. KERJASAMA PIHAK TUAN/PUAN AMAT DIHARGAI OLEH BELIA KAMPUNG CHANGKAT JAYA GOMBAK :)

    ReplyDelete