Monday 3 January 2011

Jelajah One Malaysia Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Felda Chemplak, Labis



Satu pagi yang cerah di Dewan Semai Bakti kelibat YB Khairy Jamaluddin bersama-sama rombongan program Jelajah One Malaysia telah sampai di Felda Chemplak, Labis.

Pagi 26hb Disember, 2010 tersebut merupakan hari yang bertuah bagi masyarakat di sekitar Felda Chemplak kerana YB Khairy sanggup turun untuk menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada anak-anak felda yang terpilih.

Saya bersama-sama KP Bahagian Sekijang, Sdr. Anuar dan beberapa AJK Pemuda Bahagian antaranya Sdr. Suratman, Sdr. Eady, Sdr. Khairi dan Sdr. Amin tidak ketinggalan hadir bagi memberi sokongan kepada program ini.

Kelihatan hadir sama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Labis, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Cikgu Rosdin, KP Bahagian Labis, Sdr. Mansor Biraj dan sayap-sayap UMNO Bahagian Labis.Turut hadir KP Negeri Johor, Sdr. Mohd Fadil Muskon dan Pn. Mariam yang merupakan Pengarah GiatMara Malaysia.

Pada hari tersebut juga telah diadakan demonstrasi daripada Pelatih-pelatih GiatMara Malaysia.Antaranya demonstrasi solekan dan gunting rambut.Difahamkan mereka ini telah berkampung selama tiga hari di Felda Chemplak ini.

Terdahulu dalam ucapan, YB Khairy menyentuh tentang Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau menyeru supaya masyarakat Felda di sini tidak mengendahkan dakyah-dakyah atau berita karut yang akan dibawa pembangkang.Beliau percaya masyarakat di sini telah matang membuat keputusan parti mana yang layak disokong.

Sepertimana program-program ini di negeri-negeri yang lain, diakhir program YB Khairy akan singgah ke rumah penduduk Felda yang telah terpilih untuk melihat sendiri kedaifan rumah dan mengambil kesempatan bersama-sama membaikpulih rumah tersebut.Gerak kerja baikpulih dan bantuan tenaga ini telah mendapat kerjasama daripada pelatih-pelatih GiatMara Malaysia.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di sebuah restoran. Sambil makan ada di kalangan kami yang cuba meneka-neka siapakah yang akan dicalonkan sebagai ADUN Tenang yang baru!!

Adios!!

SU...

No comments:

Post a Comment