Friday 21 January 2011

Bekas Bendahari Pemuda Labis: Calon BN Dun Tenang

Sekali lagi pengiktirafan diberi kepada Calon dikalangan orang muda. Kali ini ruang dan peluang diberi kepada bekas Penolong Bendahari Pemuda UMNO bahagian Labis. Calon BN ini juga mempunyai kelebihan lain, termasuk datang daripada keluarga besar di kawasan itu yang mana sudah pasti tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan pengundi kerana bapa beliau adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Labis, manakala bapa saudaranya pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian itu.

Mohd Azahar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan."Kita fikir dia (Mohd Azahar) amat sesuai dari beberapa sudut, antaranya dia seorang yang mempunyai kelulusan baik dan kedua dia ada pengalaman sebagai ADO Pentadbir Tanah dan peringkat daerah, jadi dia faham segala keperluan dari segi pentadbiran dan mempunyai hubungan baik dengan pegawai lain di kalangan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). Maknanya bila dia jadi wakil rakyat nanti, Insya-Allah dia mudah membuat urusan bagi pihak pengundi di kawasan dia dengan kerajaan kerana dia kenal secara peribadi pentadbir dalam JCS yang lain," Dato Seri Najib mengulas kenapa BN memilih Azahar sebagai calon pilihan.

Dari Segi Kelulusan beliau merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. Ini akan memberikan peluang kepada beliau untuk menunjukkan kemampuan orang muda bekerja dengan baik dan cemerlang dalam Dun ini.

No comments:

Post a Comment