Wednesday, 29 December 2010

Jamuan Barbeku Pemuda Zon 1

Pada 24hb Disember 2010, Pemuda Zon 1 telah merancang satu jamuan barbeku bersama-sama yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Sg. Chodan kira-kira jam 9.00 malam.Jamuan ini telah dirancang oleh Sdr. Asman Bin Biru selaku AJK Pemuda Bahagian dan Sdr. Nor Azmi Bin Mislan, KP Cawangan Sri Rahmat.

Kehadiran ramai pemuda dari cawangan Zon 1 telah memecahkan keadaan sunyi sepi pada malam tersebut.Ramai yang hadir menunggang motosikal.Tidak kurang juga ada yang memandu kereta membawa keluarga masing-masing.Makan beb! Siapa yang tak nak! Hehehe....Saya difahamkan pada sebelah petangnya pemuda-pemuda ini baharu sahaja selesai bermain sepak takraw di tempat yang sama. Malamnya pula mereka ini ingin bergumbira!!!!

Berpandukan apa yang disampaikan oleh Sdr. azmi, tujuan diadakan jamuan ini adalah bagi merapatkan jurang antara pemuda-pemuda dalam cawangan-cawangan bersebelahan kerana kebanyakkannya kata beliau ada di kalangan mereka ini pernah berjumpa tetapi tidak pernah bertegur sapa.Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini mereka akan lebih mengenali antara satu sama lain.Harap begitu!!

Bagi saya tujuan dan niat murni Sdr. Azmi dan Sdr. Asman wajar dipuji kerana merapatkan Silaturrahim antara sesama insan adalah amalan yang sangat dituntut di dalam Islam.Jamuan berakhir lebih kurang pukul 1.00 pagi.Pada malam itu,saya telah membawa balik banyak cerita-cerita dan luahan isi hati mereka ini tentang banyak perkara!!.Adios!!

Catatan oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Sekijang


Wednesday, 22 December 2010

Pertandingan Futsal Suka-Suka Zon 1 Pemuda Sekijang








Tanggal 19hb Disember 2010, Zon 1 Pemuda UMNO Bahagian Sekijang yang diketuai oleh Pengerusinya, Sdr. Hj. Md Salleheen Bin Hj. Mohamad telah menganjurkan Pertandingan Futsal Suka-Suka dengan kerjasama Persatuan Belia Generasi Baru ( BGB ) Paya Pulai bertempat di Padang Permainan Taman Pelangi, Segamat, Johor. Pertandingan bermula kira-kira jam 8 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Program telah berlangsung dengan meriah walaupun keadaan cuaca kadang-kadang tidak mengizinkan.Namun begitu, atas semangat kesukanan program ini diteruskan dengan penyertaan seramai 10 pasukan yang terdiri daripada cawangan-cawangan Pemuda UMNO dalam Zon 1 iaitu Cawangan Paya Pulai, Kg. Pogoh 2, Tekam Restu, Kg. Sedeng, Taman Pelangi, Bukit Senggir dan Lubuk Selumar.

Sedari pagi kejohanan bermula, kelibat orang ramai yang menonton perlawanan amat memberangsangkan.Namun, kira-kira jam 3 petang kelihatan orang ramai mula datang berpusu-pusu bagi menyokong pasukan kegemaran masing-masing.Sementelahan pula, ada di kalangan pemain-pemain terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga sendiri.

Turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Sekijang, Sdr. Anuar Bin Abd Manap, Naib Ketuanya, Sdr. Hj. Jamaludin Rasip dan barisan AJK Pemuda Bahagian.Pada hari itu juga Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Sekijang telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pendaftaran Pemilih SPR dan pengambilan ahli UMNO baru.

Pasukan Cam Ye Ye daripada Belia Kg. Pogoh 2 muncul juara dalam pertandingan ini. Tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan Kaki Bangku FC. Manakala, Pasukan Asal Boleh Cinta dan Pasukan Spain masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Sdr. KP dan NKP Sekijang.

Kesempatan ini sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada jabatan dan individu yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung termasuk pasukan medik daripada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat yang sanggup turun padang bagi memberi bantuan kecemasan kepada pemain-pemain yang mengalami kecederaan.Tetapi, Alhamdulillah sebarang kejadian yang tidak diingini tidakpun berlaku.

Moga pertandingan sukan seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang bagi mendekatkan lagi golongan muda-mudi dengan aktiviti sihat seperti ini. Tahniah diucapkan kepada Sdr. Hj. Salleheen dan barisan jawatankuasa dalam Zon 1!!

Lepak Santai Bersama Pemuda-Pemuda Cawangan dan Majlis Meraikan NKP Sekijang

Baru-baru ini Pemuda Bahagian Sekijang telah menjemput Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Jawatankuasanya bersama-sama dengan kami bagi memberi peluang kepada mereka bertukar-tukar pandangan dan menyampaikan informasi terkini Pemuda sambil menjamu selera di Restoran Juara Ikan Bakar, Segamat.

Kehadiran ramai ahli-ahli Pemuda Cawangan telah menggamit kami untuk meraikan sekali kembalinya NKP Sekijang, Sdr. Jamaludin Rasip daripada menunaikan Haji di Mekah.Kelihatan Sdr. Jamaludin gembira dan terharu dengan kehadiran ramai pemuda-pemuda yang datang bagi meraikan dan bertanya khabar beliau.Antara Pemuda yang hadir adalah dari cawangan Sri Dagang,Felda Redong, Tekan Restu, Sedeng, Taman Segar dan ramai lagi.

Dari pengamatan kami, program ringkas seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kami dan pemuda cawangan.Siapa kata kami tidak pernah mengambil peduli perkembangan Pemuda di peringkat bawahan!.Dengan adanya program seperti ini membuktikan bahawa kami sebenarnya prihatin akan kewujudan mereka.

Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jawatankuasa pemuda cawangan yang sudi bersama-sama kami pada malam itu.Diharap dapat bersama-sama dan berkumpul seperti ini lagi!

Saturday, 18 December 2010

AlFatihah: Allahyarham Dato Sulaiman Taha, ADUN Tenang


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki. Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut bekas ahli parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahli politik Johor itu akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Labis hari ini. Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan. Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.


Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil dijangka Januari Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008. BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Tuesday, 7 December 2010

Lawatan Pulang Jemaah Haji: Sdr Jamal NKP



Setelah selesai majlis di bandar putra, kami sempat singgah dirumah Sdr Hj Jamaluddin Hj Rasip, NKP Sekijang yang baru pulang daripada Mekah setelah selesai menunaikan haji. Selamat Pulang dan Selamat menyambung perjuangan sahabat...

Sambutan Awal Muharram 1432H



Pada 6hb Disember 2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, bertempat di Balai Islam Bandar Putra, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian SEkijang telah mengambil inisiatif bersama Jawatankuasa Balai islam untuk mengadakan majlis menyambut awal muharram.



Majlis bermula sebelum solat maghrib dengan membaca doa akhir tahun, solat berjamaah maghrib dan membaca doa awal tahun. Kemudian untuk mengisi ruang masa menunggu solat Isyak, kami mendengar tazkiran Maal Hijrah oleh Ustaz Fauzi.



Alhamdulillah kehadiran pada majlis tersebut amatlah memberangsangkan. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa-masa mendatang. Majlis diakhiri dengan jamuan bubur lambuk dan kuih muih.