Wednesday, 23 December 2009

Ceramah Rakyat: Isu Dan Peranan Generasi Muda


Pada 2hb Januari 2009, jam 9 malam bertempat di Dewan Raya Felda Redong, tatkala semua org sibuk menyambut dan meraikan tahun baru dgn laungan azam dan percikan bunga api, kami telah menjemput 2 penceramah hebat untuk memberikan input dan maklumat berkaitan dasar2 kerajaan terutama berkaitan Felda dan juga berkaitan parti.


Terima kasih kepada En Ehsanuddin Pengarah Seranta di jabatan Perdana Menteri yang sudi hadir (Walaupun ada desas desus dari orang UMNO sendiri mengatakan penganjur iaitu MBFM dan Pemuda Sekijang memperdaya semua yang hadir malam tu dgn menjanjikan pemilikan tapak rumah generasi kedua dan tanah) tetap ceria menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan isu-isu pembangunan dan dasar berkaitan Felda.



Sdr Lokman Adam pula walaupun memulakan ceramah agak lewat malam itu jam 11, namun tetap hebat berpidato dan menerangkan kepada semua kepincangan dan kelemahan parti pembangkang.



Mungkin ada kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Namun, Pemuda Bhg tetap berbangga kerana pada malam tersebut seramai hampir 50 org telah didaftarkan sebagai ahli baru dlm keluarga UMNO. Begitu juga dengan pendaftaran SPR. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dlm MBFM Felda Redong, pemuda, JKKR, GPW terutama Mak Kiah dan ibu2 yang bertungkus lumus semenjak dari awal pagi bergotong royong mengemas, memasak dan melayan karenah pengunjung yg hadir pada majlis tersebut. Jasa kalian hanya Allah yang mampu menbalasnya.



Selain Kaunter keahlian dan daftar pemilih, kita juga menyediakan borang soal selidik untuk Generasi kedua(Bukan borang dapat tanah dan rumah) serta pendaftaran kad iktiraf yang boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak baik daripada pengunjung. Alhamdulillah respon dan tindakbalas yang kami terima, ramai ketua2 cawangan yang hadir meminta agar program yang hampir sama dilaksanakan ditempat mereka.



InsyaAllah selepas dari hari ini, Pemuda Bhg akan terus melaksanakan program Ceramah Rakyat yang seperti ini. Permulaan hari ini adalah momentum utk kami terus bekerja pd hari esok. InsyAllah jika diizinkanNYA, kami akan menagnjurkan Ekspo/Karnival Jualan di dataran Segamat dalam bulan Februari nanti.

2 comments:

  1. tahniah!pemuda & persatuan belia MBFM cawangan dan bahagian.tanpa kerjasama semua organisasi yg ada sudah tentu sambutan x semeriah ini.kita perlu bsikap positif dan rasional dalam sesuatu majlis dan program yg dianjurkan justeru itu pastinya ada kebaikan dan maklumat yg dberikan oleh pemimpin serta penceramah pastinya menjadi input pada yg dtg lebih2 lg generasi muda.cuma sebilangan kecil yg hadir agak kecewa sbb penceramah tidak memberikan fokus kpd tajuk "isu dan peranan generasi muda"padahal disitulah gelanggangnya yg sebenar dimna yg hadir 75% adalah golongan generasi muda . Walaubagaimanapun jutaan terima kasih pd pihak penganjur yg telah meramaikan dan memenuhi dewan hingga ke luar yg pasti desas-desus telah mengatasi prog samb H/raya yg ada makan nasi beriani yg lepas .

    ReplyDelete
  2. Tkasih Sdr atas komen...pemuda UMNO buat program bukan nak syok sendiri. Kita buat program kerana kita nak pastikan matlamat dan tujuannya tercapai. Kita nakkan feedback dan komen yg berterusan. InsyaAllah dari semasa ke semasa akan diperbaiki. Lagi satu program ceramah seperti ini bukanlah nak menandingi mana2 program yg pernah dianjurkan. Kita tak pernah nak bersaing, malah PPU Bhg Sekijang mengalu-alukan kerjasama dan gabungan dgn mana-mana pertubuhan dan NGO dlm memastikan matlamat dan tujuan kita dlm menyampaikan maklumat dan dasar yg telah dilaksanakan oleh parti disampaikan terus ke akar umbi dlm cara yang paling berkesan

    ReplyDelete