Monday 8 June 2009

Perlawanan Sukan Persahabatan Dan Desakan Ke atas MCA Bkt Siput

Salam hormat, Salam Satu Malaysia. Untuk kali ini walaupun sudah agak lama menyepi, kami akan terus memaklumkan kepada Sekelian penatap setia blog kami untuk maklumat berkaitan dengan aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang.

Tanggal 25hb Mei 2009, sekali lagi kami dipertemukan dengan Pemuda UMNO Bhg Segamat. Kali ini bukan dalam penganjuran program secara bersama tetapi bertanding dalam sukan Futsal secara persahabatan. Walaupun perlawanan sering bertukar pemain akibat masing-masing 'handal' bermain, namun masa selama sejam yang diperuntukan untuk bermain bersama digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua wakil AJK masing-masing bagi mempamerkan kehebatan melanyak dan dilanyak antara satu sama lain. Pemuda Segamat sedang menunggu Sekijang untuk perlawanan balas, mungkin Badminton pula pada masa tersebut. Terima Kasih kepada Jiran kita Pemuda Bhg Segamat.

Pada 5hb Jun 2009 yang lepas pula, pada sebelah malam kami berpeluang untuk bermain badminton Persahabatan dengan Pemuda UMNO Cawangan Melayu Raya. Kehadiran ramai pemain dan juga penonton dikalangan warga penduduk dan pemuda cawangan sedikit merancakkan suasana perlawanan persahabatan tersebut. Kehadiran YB Adun Kemelah sebagai pelengkap program pada malam tersebut u ntuk menyampaikan cenderahati dan juga hadiah bagi perlawanan tertutup antara pemuda cawangan tersebut. Terima kasih kepada cikgu shamsul yang sudi menjemput kami menghadiri perlawanan persahabatan ini.

Kemudian pada 30hb Mei 2009 pula, kami digegarkan dengan kehadiran bendera Parti Keadilan Rakyat yang dikhabarkan mula membuka pejabat mereka dipintu masuk ke Pekan Bukit Siput. Kibaran bendera mereka menggamit kami daripada Pemuda Barisan Nasional untuk menggantung bendera BN disekitar kawasan tersebut. Dan hasil daripada desakan berterusan kami, pejabat MCA yang berada dihadapan bangunan PKR tersebut telah mula menggantung dan mempamer bendera parti dan juga Barisan Nasional. Pada malam tersebut, hampir 30 orang pemuda UMNO, 10 Orang Pemuda MCA dan 5 orang Pemuda MIC berkumpul diperkarangan pejabat MCA bukit siput untuk merealisasikan hasrat mendesak dan menekan kempimpinan MCA dibukit siput agar berunding sesama mereka bagi mengelakkan ahli mereka terus ditarik masuk ke PKR. Terima kasih kepada Sdr Zaki dan Ketua Cawangannya Tn Hj Sabtu yang hadir membantu bersama pemuda mereka pada malam tersebut. Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kg Sedeng, Kemelah dan juga Sermin. Tidak Dilupakan juga Ketua Cawangan Taman Sri Medoi yang hadir mengambil gambar pada malam tersebut. Hidup BN. Kami selaku sayap barisan nasional akan terus pertahankan kekuatan parti keramat ini.

2 comments:

  1. Salam..kata negara demokrasi..parti lain x boleh nak beroperasi ke? takut utk bersaing?

    ReplyDelete
  2. Sebab demokrasilah aku tengok pemuda BN gantung bendera kat kawasan tu, sajer nak tengok reaksi pembangkang, nak operasi boleh, kami pun nak operasi jugak bro....takut? bodoh apa nak takut...BN masih memerintah beb....

    ReplyDelete