Sunday 14 June 2009

PBT Selangor Belanja RM 8 Juta Untuk PKR, DAP dan Pas

Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1 juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.

Menurut kiraan kasar Selangordaily, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos overhead dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.Sebelum ini PBT hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.

MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan.Hampir 95% ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut.

Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis.

Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.

Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT.

sumber http://www.selangordaily.com/

Komen PemudaUMNOSekijang: Dulu tuduh org salah guna wang rakyat, sekarang macam lagi teruk je diarg ni mentekedarah duit rakyat, ni pun org melayu kata pembangkang ni spesies pembela rakyat...lu pikir lah sendiri beb.....

7 comments:

  1. Sedapnya cakap! Selama 50 thn UMNO pegang kerajaan hang ingat aku tak tau depa guna duit rakyat atas nama kerajaan/kementerian/jabatan semasa berkempen PRU dan PRK? Buat perhimpunan Agung dan kempen pemilihan pun guna duit rakyat. Cheh!

    ReplyDelete
  2. Sikitnya! Saya rasa patut tambah lagi elaun tampung pajabat ahli majlis sebab ramai ang dapat selesaikan masalah penduduk. Mereka ni kerja kuat, bukan macam orang UMNO/BN dulu yang pandai mintak kontrak saja, sampai kita tak tau pun siapa ahli majlis kita. MP dan ADUN dulu pun tak pernah tunjuk batang hidung kat sini, apalagi ahli majlis yang rata-rata jadi agen mereka saja!!!

    ReplyDelete
  3. perjuangan belum selesai14 June 2009 at 22:15

    ...diorng ni mcm kemaruk kuasa,gila kuasa,kata membela rakyat tapi makan duit rakyat rupanya

    ReplyDelete
  4. ulasan 'tanpa nama' aku lihat antara respon mereka/pembangkang yang kalau kita beri kuasa utk mmerintah akan buat lebih truk lagi barisan nasional. korang bacalah ayat dia...nak balas dendam jer tu...sudahlah..dah terbukti korang mmg lagi teruk kalau mmerintah...pergi mampus la lu orng

    ReplyDelete
  5. MelayuSekijang,

    Setiap pendapat ada pro dan kontra, kalau tak setuju jgnla sampai minta orang mampus, beradap la sikit! Pandangan yg pertama tu diberi berdasarkan pengalaman bukan tuduhan semata2!

    ReplyDelete
  6. Sdr Sekelian, artikel ini nak memaklumkan kpd kita betapa sebenarnya kalau pembangkang dapat memerintah, mereka bukannya nak betulkan keadaan, buat yg terbaik utk rakyat, tapi lebih kepada nak balas dendam pd kerajaan sekarang, kalau tanpa nama tuduh UMNO ni cekik duit rakyat, sekarang depa pegang selangor bukan pakat cekik je, siap balun habis, konon nak tunjuk buat kerja, jaga rakyat..kalau betul nak berkhidmat sdr, gunalah pej parti sendiri, patut jgnlah buat perkara yg sama, ini tidak, malah lebih teruk pulak...kata nak bela rakyat bro...ni bukan 'bela' tapi nak tunjuk 'belang'

    ReplyDelete
  7. Apa ni? Kata nak berjuang merampas kembali Selangor tapi laman blog dah seminggu tak update! Cuba tengok blog pembangkang, tiap2 hari update. Mcm mana BN nak menang PRU13 nanti?

    ReplyDelete