Selepas beberapa minggu melewati mesyuarat pemuda diperingkat cawangan kedapatan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh saudara2 kita yang masih sayangkan parti keramat ini dan sememangnya wajar direnungi, antaranya:
1. Kelesuan dan ketidakprihatinan pemuda kita untuk hadir ke mesyuarat Pemuda UMNO diperingkat cawangan. Walaupun perkara ini dah dianggap lapuk dan kerap berlaku, apa yang menghairankan dan amat takjub sekali ialah kehadiran mesyuarat pemuda diperingkat cawangan pada tahun lepas amatlah menggalakkan. Ini disebabkan berlaku pertandingan pada masa tersebut. Persoalannya disini adakah kerana adanya pertandingan maka pemuda berpusu-pusu untuk hadir bermesyuarat dan ghairah untuk memilih pemimpin sahaja. Kalau inilah kehendaknya, rakan2 kita ada yang mencadangkan pemilihan di buat tiap-tiap tahun. Barulah mesyuarat pemuda diperingkat cawangan selalunya ramai hadir.
2. Tidakkah mereka sedar bahawa selain melaksanakan tanggungjawab untuk hadir ke mesyuarat tersebut, mereka juga berpeluang meluah dan menzahirkan segala permasalahan pemuda diperingkat cawangan untuk disampaikan kepada pihak bahagian. Ini tidak, semua isu mereka keluarkan dikedai kopi dan dimeja rundingan luar, tapi bila minta bersuara di dalam mesyuarat, mereka selalunya tidak hadir atau kalau hadir pun bila bertanya, membisu seribu bahasa.
3. Atau, pemuda kita memang tak berminat untuk hadir dan merasakan mesyuarat pemuda cawangan hanya sekadar melampiaskan syarat untuk mengisi borang 9? kalau itulah kefahamannya, percaya dan yakinlah natijahnya kita semua dah boleh agak pada masa akan datang.
4. Ada juga yang membangkitkan soal ekonomi. masalah sosial, pengaduan dan perlaksanaan program-program pemuda, tapi selama pemuda bahagian melaksanakan aktiviti, batang hidung dia pun tak nampak atas alasan tak diberitahu dan tak maklum. walhal, semua surat, sms dan seringkali telefon kepada semua ketua pemuda cawangan untuk dimaklumkan tentang aktiviti dan program. Atau mungkin Ketua Pemuda Cawnagan yang tak maklumkan pada ahli mereka? wajar ke pemuda bahagian memaklumkan terus kepada ahli? apalah gunanya ketua pemuda di peringkat cawangan? atau sikap sambil lewa dan malas ambil tahu kini dah sampai ke kemuncaknya? selesa sangat ke orang melayu ni....
5. Paling teruk, senarai nama ahli yang dilampirkan untuk semakan, bila ditanya satu persatu, Ketua Pemuda pun ada yang tak kenal ahlinya sendiri. Bila nak mula mesyuarat, barulah tergapai-gapai nak cari ahli untuk cukupkan korum. kalau masa pemilihan lepas yg datang dekat 40 orang, tapi tahun ni, oleh kerana tiada pemilihan, ketua pemuda nak cari 9 org pun payah siap jemput dari rumah ke rumah. Itupun setelah kena desak barulah datang tunjuk muka ikhlas tapi jauh masing2. Sedih. tapi itu yang berlaku.
Inilah antara iktibar dan perkara yang sering berlaku dalam mana-mana mesyuarat pemuda diperingkat cawangan. Ada yang bagus dan begitu membina mesyuarat pemuda mereka, namun kalau 10 yang bersidang, yang betul-betul berkesan mungkin hanya 1 @ 2 cawangan sahaja. Selainnya hanya nak melengkapkan prasyarat sebelum cawangan bermesyuarat. Minta pandangan rakan2 lain....
No comments:
Post a Comment