Wednesday, 9 September 2009

Laporan Malaysiakini, 09 Sept 209, 3.04 pm

Laporan asal boleh diikuti menerusi http://www.malaysiakini.com/news/112478.
PKR, Umno anjur majlis serentak timbul tanda tanya

Salhan K Ahmad Sep 9, 09 3:04pm
Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis 'serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.

Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ.

"Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga.



"Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.

Solat Tarawih

"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar.

"Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.

Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata:

"Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.

Naik kain rentang


Mengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor.

"Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.

Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut.

"Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.

Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini.

10 comments:

  1. murni sungguh hati pemuda sekijang, sanggup melupakan beza ideologi politik dan bersalaman sesama Islam di bulan Ramadhan...

    ReplyDelete
  2. alangkah hebatnya pemuda sekijang sanggup bersalaman dengan pengkhianat!.... murni sungguh hatimu.....

    ReplyDelete
  3. ha ha ha akhirnya ada jugak pencacai2 pakatan haram decalre DSAI pengkhianat...mmglah murni bro...bulan ramadhan ni bukan ke kita diajar agar menjaga akhlak dan tauladan. Sebab tu bdk2 sekijang ni mmg baik bkn mcm spesis korang bulan puasa pun dok mai hamun, sumpah seranah malah sesama islam pun kafir mengkafir dan carut memarut...

    ReplyDelete
  4. Siapakah yang naikkan banner Anwar Pengkhinat? Tu bukan caci orang ke ???

    ReplyDelete
  5. err..kalau dah bdk2 sekijang ni baik hati, murni mcm yg ko sebut td...maknanya ni mesti kerja2 org PKR @ pakatan haram sendiri yg saje nak buat citer busukkan nama diaorg ha ha....kesian DSAI dtg ke segamat smpi org2 pas aku tgk sanggup semayang trawikh kat dewan cina sang hai kee tunggu pak sheikh dtg.....

    ReplyDelete
  6. oi pemuda. tak baik menipu.

    budak pejabat agama segamat bagitau awak maklumkan pada dia org pun seminggu sebelum majlis. apa benda yg kononnya dah rancang awal?

    sebelum puasa lagi awak dah pasang banner tu. tapi lepas tu kena tarik dengan cikgu zul. pemuda yg ramai & muda tapi tak boleh buat apa-apa dengan cikgu zul org tua pencen tu.

    malam sebelum majlis pun awak kerah supir2 awak basang semula banner tu. pasang banner cuma sehelai, tapi yg datang 10 kereta.

    lepas tu semuanya duduk menunggu banner macam jaga tak ada gaji. pukul 3 pagi pun tak balik lagi. lepak depan masjid muka macam org pecah rumah. nampak sangat takut dengan cikgu pencen tu. pasang banner pun upah gangster.

    tak usah nak menipu la kononnya awak dengan ayob kutuk anwar. esok2 awak berdua jadi org yg terawal yg lompat parti.

    ni ada article pasal perbuatan korang. bacalah.

    http://anakomak76.blogspot.com/2009/09/bukit-gantang-kj-separuh-umno-separuh.html

    ReplyDelete
  7. oi..budak pejabat agama mana ko tanya...ko tanya budak pejabat agama yg sokong pmbangkang mcm ko mmg la dia kata seminggu. Bukan aku x kenal muka talam kat dlm pejabat tu.

    ohh pasang spy gak korang ya..patutlah mlm tu ada dekat 20 keta pembangkang (yg muka mcm pengkhianat bangsa gak) dgn cikgu zul ke hulu ke hilir dok pantau Pemuda wat keje...kalau dah tau hebat buat apa nak risau bro...takkan setakat banner mcm tu pun dah nak heboh satu malaysia siap masuk malaysiakini lagi.

    Gangster..tak main la gangster2 bro..lu ingat ni DAP ke main gangster mcm kat selangor yg 'take beer' dgn korang. Itu komitmen pemuda nak signal kat korang Anwar x welcome kat Sekijang. Oklah tunggu depan masjid, ada juga yg ambil kesempatan qiam malam tu..drpd bdk2 korang..sanggup tak terawikh tunggu Anwar kat dewan Cina..

    Takkan baru buat program mcm tu dah nak lompat parti..ko ingat kami ni mcm pemmpin PKR ke yg jenis mmg suka dok lompat mcm korang kat Perak dgn Kedah tu bro...

    tentang artikel anak omak ni utk pengetahuan ko yg suka ambil tahu hal org UMNO (sebenarnya minat dgn UMNO tp dah terdeclare sokong Pembangkang..dah malu)..blogger ni mmg benci dgn KJ psl calon yg dia sokong kalah masa pemilihan lepas. Jenis tak boleh terima kekalahan. Biasala parti besar mcm UMNO ni mmg byk musuh dlm selimut. Cuma jenis blogger mcm ni tak berani nak declare siapa dia...penakut gak mcm ko ni guna nama Anonymous jer..

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa dan selamat hari raya yang akan menjelang tiba....bermaaf-maafan la sesama umat..

    ReplyDelete
  9. ...HIDUP MELAYU ,HIDUP UMNO ,HIDUP ISLAM...TAKBIR(UMNO LA PARTI SEBENAR-BENAR NYA MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU ISLAM)PARTI2 LAIN HANYA NAK KAN KUASA SAHAJA DAN MENGABAIKAN RAKYAT

    ReplyDelete
  10. Alamak...tangkap slow plak...k lah...Salam Aidilfitri, Maaf atas kekasaran bahasa, semoga selamat perjalanan utk berhari raya...ingat..ops sikap kini dah bermula...hati2 la ya

    ReplyDelete