Saturday, 23 January 2010

Sembah Takziah Daripada Warga PPUB Sekijang



Sembah takziah dari seluruh Rakyat Jelata di dalam Parlimen Sekijang terutama Orang Muda dan PPUB Sekijang Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman... Al-fatihah...

Belagsungkawa

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

- Bernama

Wednesday, 20 January 2010

Aktiviti Org Muda - Tarik Tali Di Medoi

Petang Sabtu Lepas, walaupun agak letih setelah melalui beberapa aktiviti sepanjang hari, ketibaan rombongan PPUB ke Felda Medoi ternyata memberikan suasana seronok dan agak berbeza pada petang tersebut.

Ini kerana, hampir 60 orang yang majoritinya generasi kedua dan ketiga di Felda ini berkumpul ramai bagi menyaksikan dan menyertai aktiviti Org Muda iaitu Tarik Tali. Walaupun suasana yg asalnya tenang di padang tersebut, ketibaan mereka seawal jam 5 ternyata meriuhkan suasana.


Tali yang direntang ditengah padang ditarik dan kelihatan beberapa org rakan yang keletihan apabila saingan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain agak sukar. Ada yang hampir kejang kaki akibat menggunakan tenaga menarik dlm keadaan terlampau. Tapi inilah keseronokan bersama mereka. Saya ingin memuji kekuatan sdr rahim Md Esa anak kpd Ketua UMNO Cwgn di Medoi, yang ternyata dgn celoteh dan keupayaan PR beliau berjaya memeriahkan suasana pertandingan ini.

Tahniah kpd pemuda dan belia di sana. Kumpulan Ketua Pemuda Cawangan Sdr Sabri berjaya mendapat tempat ke 2. Dimaklumkan juga aktiviti secara santai sebegini telah dilaksanakan hampir setiap minggu walaupun hadiahnya tak seberapa, tapi komitmen mereka yang menyertai dan keseronokan bersama mereka memang saya puji. Jika semua cawangan sebegini, saya yakin masyarakat akan lebih dekat dengan kepimpinan UMNO. Tahniah sekali lagi.

Wednesday, 6 January 2010

Pertandingan Futsal ( Bawah 15 Tahun & 18 Tahun )

PIALA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG
ANJURAN BERSAMA : BIRO PENDIDIKAN, BIRO SOSIAL & KEMASYARAKATAN DAN BIRO BELIA &
SUKAN


Tarikh : 19hb Disember, 2009 ( SABTU )
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Futsal Bandar Putra , Segamat


" PPUB Sekijang mengucapkan tahniah kepada para pemenang"


Posted by Picasa

Sunday, 3 January 2010

Isu Gula, Beban Musim persekolahan Dan Isu Kalimah ALLAH'



Salam perjuangan..salam satu malaysia. Pagi ini terpanggil untuk menulis setelah mendapat kiriman sms dihantar kepada saya "Seorang pelajar sk rendah kena bayar RM 67 buku kerja, RM 20 Yuran, Buku Tulis RM 24..total RM111 seorang! Bayangkan ada 3-4 orang anak lain, ditambah yang bersekolah menengah lagi, macam mana orang miskin dapat hidup? Gula dah naik harga semalam..waalupun 20 sen sekilo..kita tak tau apa barang lain nak naik lagi..apa dah jadi"

Walaupun dihantar tanpa nama dan ditujukan kepada saya, keprihatinan seperti ini wajar dihayati dan diterjemah bukan mengikut kata hati, tetapi menggunakan waras akal. Saya percaya bukan seorang dua rakan kita yang terbeban menjelang musim persekolahan bermula. Tidak kurang juga yang merasakan bila masuk je sekolah segala wang ringgit terpaksa dikeluarkan demi masa depan anak-anak. Mungkin dalam keadaan tertekan, apabila terdengar berita kenaikan arga gula, walaupun 20 sen beban berat tadi makin terasa dibahu mereka yang sememangnya kurang dari segi pendapatan.

Kadang-kadang kita alpha juga..hal sekolah anak-anak cukup kita berkira, tetapi dalam urusan hiburan seperti bil astro, urusan rokok dan sebagainya tidak pula kita terlalu berkira walhal pendidikan adalah perkara pokok dan asas yg perlu kita dahulukan. Enahlah, tapi kalau kita tanya dengan rakan kita yang berbangsa Tiong Hwa yang sememangnya pelajaran merupakan teras utama perbelanjaan mereka, kita pasti malu dan segan. Mereka menyimpan wang demi persediaan anak-anak bila tiba musim persekolahan. jarang kita dengar keluahan daripada mereka menjelang awal tahun. mereka sememangnya membuat simpanan khas untuk perkara-prkara melibatkan pendidikan anakanak. Amalan baik seperti ini wajar kita pelajari dan turuti. Jangan samapi kita asyik berbelanja kepada perkara yang kurang berfaedah dan ia menjadi beban kepada kita menjelang musim persekolahan anak-anak.

Namun, sebagai rakyat yangmarhaein kita faham bukan semua saudara kita senang dan mempunyai pendapatan untuk mereka simpan. Masih ramai yang mmerlukan pembelaan. Jesteru, di sini Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang memohon agar pentadbiran YAB Perdana Menteri yang memastikan rakyat didahulukan, agar melihat dan tmengkaji masa yang sesuai untuk menaikkan harga gula dalam keadaan musim persekolahan yang baru bermula. Sebelum membuat keputusan, kami yakin kepimpinan YAB PM tentunya boleh mengambil kira pelbagai faktor dan masa sebelum ianya dilaksanakan.

Apa yang penting kini, diperingkat akar umbi, ramai yang melihat dan bakal menilai apakah kepimpinan ini begitu erihatin tentang permasalahan rakyat. Kami PPUM Bhg faham akan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sekarang. Namun, berbaloikah kita kehilangan sokongan rakyat hanya kerana menaikkan harga gula dimasa dan suasana yang kurang tepat. Berbaloikah kita melihat, penilaian rakyat yang rata-ratanya masih belum sedar sepenuhnya hasrat kerajaan bagi memastikan pengambilan gula dikurangkan atas sebab kesihatan? sedangkan pembangkang terus mengeksploitasi isu2 seperti ini bagi kepentingan mereka.


Isu Penggunaan Kalimah ALLAH

Kepada barisan pimpinan sekelian..isu penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh Herald Tribune Sarawak baru2 ini begitu mengguris perasaan umat islam. Kalau dulu kami tak pernah dengar perkara-perkara seperti ini berlaku. Adakah memang benar kehendak Allah, sudah tiba masanya Islam begitu diletakkan dalam keadaan hina kerana sikap pemimpin melayu islam dan ulamak yang sekadar hanya suka bercakaran sesama sendiri dan lbih suka menumpukan isu politik dan perjuangan parti daripada menjaga erpaduan dan kekuatan ummah.

Alhamdulillah malam tadi selepas program Ceramah Rakyat, atas rasa keinsafan dan rasa tercabar, kami telah melancarkan tandatangan bagi menyatakan rasa kurang senang degn isu ini. Seramai hampir lima ratus orang menandatangani dokumen Menentang Penggunaan kalimah'ALLAH' oleh gama selain Islam. Dan Kita akan hantar bantahan ini kepada Mufti Kerajaan negeri Johor untuk tindakan lanjut.PPUM bhg juga seiring dengan badan2 NGO Islam lain di Malaysia menentang perkara ini. Dan Kita mengharapkan semua pihak agar mengambil peranan masing2 samada dalam konteks individu mahupun badan2 pertubuhan untuk bangun bersama membantah tindakan herald tribune ini yang kita anggap terlalu kurang ajar untuk mereka menggunakan kalimah 'ALLAH' ini dalam agama mereka.

Sdr bayangkan contoh kisah dibawah ini dibawakan oleh penceramah kita Sdr Lokman Adam malam tadi. Katanya Disekolah semasa belajar subjek pengetahuan Islam, anak kita diberitahu oleh guru 'Allah' menyuruh kita bersembahyang dimasjid secara berjamaah 5 kali sehari..kemudian semasa berbual dengan seorang rakan yang baru selesai belajar subjek pendidikan moral, kebetulan guru itu berbangsa kristian, menyatakan dalam pembelajarannya 'Allah' menyuruh sembahyang berjemaah sekali seminggu di gereja...tak ke haru dan peningnya kepala anak2 kita kelak...fikir2kan...janganlah esok..perkara seperti dalam gambar diatas dilakukan, kita orang2 islam masih lagi membiarkan kutukan dan kecaman yang berterusan tanpa ada rasa jihad dalam diri ini