Salam Semua, lama benar rasanya tidak menulis didalam blog pemuda setelah tamat pilihanraya kecil di bukit gantang kelmarin. Ada beberapa makluman untuk diberitahu kepada semua rakan-rakan pemuda sekelian:
1. Mesyuarat UMNO diperingkat Cawangan akan bemula 15hb Mei 2009 hingga 30 Jun 2009
2. Mesyuarat diperingkat Bahagiaan Pula bermula 16hb Julai 2009 Hingga 16 Ogos 2009
Oleh yang demikian, Pemuda Sekijang akan menganjurkan satu taklimat berkaitan dengan Pengurusan Pemuda dan persediaan mengendalikan mesyuarat diperingkat cawangan pada 12hb Mei 2009 di Dewan Majlis Daerah Segamat jam 8 malam. Ini bertujuan bagi membantu pihak pengurusan pemuda UMNO diperingkat cawangan terutama yang masih baru berpeluang memahami, Mengendali dan Menstruktur mesyuarat di cawangan masing-masing.
Adalah digalakkan semua Ketuia Pemuda, Setiausaha dan Juga salah seorang daripada pegawai diperingkat cawangan(Naib Ketua, Bendahari , Ketua Penerangan) untuk hadir mendengar dan memahami apa juga perkara berkaitan mesyuarat diperingkat cawangan.
Surat makluman telah dipos kepada Ketua Pemuda di cawangan masing-masing dan saya sendiri telah SMS untuk maklumkan berkenaan dengan taklimat ini.
No comments:
Post a Comment