Friday, 1 May 2009

Seminar Usahawan Muda

Atas inisiatif Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sekijang yang diketuai oleh HAJI MD SALLEHEEN BIN MOHAMED, satu Seminar Usahawan Muda akan diadakan pada 17hb Mei 2009 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Putra. Seminar ini dijangka akan dihadiri oleh 100 orang pemuda dariapad semua cawangan di dalam bahagian sekijang

Seminar ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada golongan muda tentang peluang-peluang perniagaan dan juga pinjaman yang disediakan oleh agensi -agensi kerajaan seperti Tekun, Mara dan juga kementerian-kementerian berkaitan seperti Tabung Ekonomi Belia dan lain-lain lagi.

Tahniah atas usaha yang dijalankan. Semoga seminar ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ke arah 'Satu Pemuda Cawangan Satu Industri'

2 comments: