Friday 14 November 2008

Angkat Sumpah Pegawai dan AJK Pemuda Sekijang



Majlis Angkat Sumpah dan Mesyuarat Pertama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah diadakan pada Rabu, 12 November 2008, jam 09.00 malam bertempat di Bilik Gerakan, UMNO Bahagian Sekijang.


Majlis ringkas tersebut telah disaksikan oleh Ketua Pemuda Sekijang, Sdra Anuar bin Haji Abd Manap. Beliau kemudiannya telah mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa dengan mengumumkan perlantikan pemegang - pemegang jawatan kuota lantikan Ketua Pemuda dan pembentukan biro - biro.

Beberapa perkara penting yang menyentuh soal perjalanan Pemuda Sekijang untuk tempoh penggal 2008 - 2011 turut dibincangkan.

1 comment:

  1. tahniah kerana anda orang pertama mengambil inisiatif membuka blog pemuda umno sekijang ,moga blog ini ini menjadi medan penyebaran maklumat terkini dan membuka minda orang melayu khusus nye ahli umno untuk mencintai agama bangsa dan negara....t.kasih juga kerana sudi memaparkan gambar esco belia dan sukan perg pemuda umno bah sekijang.

    ReplyDelete